CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ckenj

Lumrah Kehidupan

[Copy link]
 Author| Post time 12-11-2015 05:30 PM | Show all posts
Cerita 13

Lama sudah tak update kat sini, hewhewhew. ok kali ini aku nak cerita pengalaman aku mase belaja kt university. aku amik diploma kat selatan malaysia, standard la u paling byk kat malaysia nie suka buat kat kawasan2 kg..supaya senang belaja katanya. mase aku part 6, memang banyak keje grouping,oleh sebab aku n bff aku duduk bilik 2 org, jadi ape2 bekampung dlm bilik aku. Ada satu hari ni, sebab suka buat keje last minit jadi time nak tido sgt la limit n share2 la katil tu, dalam pukul 4 pg, aku macam stress sikit la, aku pun amik angin kt tangga dekat ngn bilik aku. ibarat amik angin di waktu yg indah,sebab angin sejuk n suasana amat tenang,aku pun duduk la lepak sesorg kat tangga...masa aku duduk tu, aku ada tenampak nampak perempuan duduk. tapi sebab aku jenis rabun, aku abaikan je. da duduk 20 minit, aku pun masuk bilik n tido.

mase aku tido tu, aku didatangi seorg perempuan, dia ceritakan asal usul perempuan yg duduk kat tangga tu.. dia cerita kenapa perempuan tu duduk situ, dia tanya aku y duduk kat situ pulak...byk dia cerita kat aku cuma aku tak ingt. last skli lepas sembng dia kenalkan diri dia sbgai mak kepada perempuan tu...

nie cerita lain, aku sllunya kalau ujung minggu kat u..standrd bangun lambt. tapi ada satu hari tu, tgh sedap aku tido smpai pukul 10 pg kalau tak silap aku,tetiba telinga aku kena jerit suruh bangun...siot betul..sebelum kena jerit tu, aku dengar bunyi tapak kaki macam bebdk bdk bekejaran. cume pelik,tak kan la boleh tembus dinding or pintu bilik aku...ermmmm. lepas kena jerit, aku tgk kwn aku aman je tido...cessssss~

ending dia...normal kalau duduk u kena kacau..hewhewhew..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-11-2015 05:47 PM | Show all posts
cerita 14

Oleh sebab kerajinan melanda, aku pun share cerita lg. perasaan je aku ni ade org baca cerita aku.hewhewhehw.ok, lepas abis diploma, aku continue dgree kat puncak perdana, mse aku belaja tu. puncak tu tak de la meriah mcm keadaan skrg. aku dapat duduk kat hostel smpai la abis belaja sebab aku rajin kumpul kupon and buku aktiviti aku penuh je. standard la, nak duduk hostel kena active. heee. selalunye lepas register hostel, aku tak balik rumah sebab tak de transport mcm kekwn aku yg lain. hotel aku tu mcm satu rumah, so satu rumah boleh duduk 8 org. aku duduk bilik 2 org. jadi aku sesorg la dalam umah yg besar tu.

Malam aku tido tu normal je, tapi tetiba aku macam mimpi, cam mimpi dalam mimpi..aku tido di bilik yg sama, tapi aku nampak macam2 bentuk bende, bende tu ade rupa clown la, ada muka tak siap la, ada yg tengah tgk aku dan ada pula tgh buat hal sendiri. keadaan bilik ibarat tengah berparty. aku masih dapat rasa cara diorg pndg aku skrg nie...bg diorg aku nie macam pegacau party diorg sebab duduk bilik tu...oleh sebab jiwa aku kental, kununya...aku tesedar n aku pusingkan badan aku ke arah lain dan tido sampai pagi...

ending dia...masuk rumah yg da lama kosong kena bagi salam..hewhew.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2015 06:09 PM | Show all posts
Cerita 15

Masa aku belaja kt puncak tu,aku jarang blik rumah jadi aku selalu kena tinggal ngn kwn2 aku. sebabnyer sorang tu suka stdy kat rumah family dia n sorang lg suka dating.tak kan aku nak sibuk.hewhehwe. jadi activiti aku ujung minggu tgk movie.tido.makan. tu je la. hehe. Ada satu petang nie, dalam pukul 6 lebih, aku dengar satu suara..bunyi suara tu macam menyanyi tapi aku tak paham bahasa ape..kalau korang pernah tgk filem kuntilanak indon tu, lebih kurang la bahasa dia time kuntilanak tu nynyi. time tu aku dgr kt tingkap. oleh sebab aku kagum ngn bahasa ape dia nynyi, lalu aku pun bukak la tingkap..tgk2 la kt bawah, kat atas..tak de bende pun. tapi suara tu makin lama makin kuat. tetiba dgr suara perempuan mejerit, menjerit telolong2 mcm org kena rasuk..aku pun g la kt beranda pulak, nak cari suara menjerit2 tu, rupanya bila pandang kt bawah, ada org tgh usung katil kt ambulans tu n ada beberapa org tgh masuk dlm tu. ada macam org2 pakai kopiah tgh ckp2 ape tah.

oleh sebab aku nie kaki sibuk, aku g la turun..diorg ckp budak2 perempuan tu kena rasuk.ada la dalam 2 org kena rasuk lepas balik dari mandi air terjun kat mana tah. masuk je dlm rumah aku, start la seram sejuk. da la aku sorang dlm umah tu. lepas mahgrib pun aku dgr la suara meyanyi tu. rasa takut sesgt time tu, aku sndri pun tak taw. aku cuba lawan n aku call mak aku. mase aku cerita kat mak aku time tu, mak aku ckp terasa seram sejuk gak even dalam hp. mak aku da siap2 pesan kat aku tido awl n tido bukak lampu. first time dlm hidup aku, rasa macam memgigil n takut sgt2. kaki2 aku pun lemah sgt time tu. aku rasa la klu aku lemah semangat time tu, mesti aku boleh kena rasuk gak...ermm

ending dia..kalau dgr suara pelik2 tak yah cari!


Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 11:23 AM | Show all posts
ckenj replied at 12-11-2015 05:30 PM
Cerita 13

Lama sudah tak update kat sini, hewhewhew. ok kali ini aku nak cerita pengalaman aku ma ...

Tt mmg x ingat lgsung ke apa yg diceritakan oleh pompuan yg ngaku ibu pada pmpuan yg dok kat tagga yg tt nampk tu? Citela apa jd kat anak dia tu lau tt ingt. Nak gak tau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2015 11:57 AM | Show all posts
RinIna replied at 16-11-2015 12:23 PM
Tt mmg x ingat lgsung ke apa yg diceritakan oleh pompuan yg ngaku ibu pada pmpuan yg dok kat tagga ...

memang tak ingt...sebab pjg la.hehehe.mase tu byk bnde lg nak ingat sebab final sem kan.hee.

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 12:17 PM | Show all posts
ckenj replied at 16-11-2015 11:57 AM
memang tak ingt...sebab pjg la.hehehe.mase tu byk bnde lg nak ingat sebab final sem kan.hee.

Alaaa.. frust.. huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2015 04:29 PM | Show all posts
Best cite TT ni. Pastu mmg kental la jiwa TT ni. Dh la blh nmpk benda2 tu. Patu blh sound mcm tu je. Hehehe. Nyway, nanti up lgi cite ye TT!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2017 05:51 PM | Show all posts

Cerita 16

hi semua, lama tak update. ni cerita terbaru. aku ada sorang anak sekarang ni, namanya juju. anak aku ni boleh dikatakan hijab terbuka or normall bg budak kecik boleh nampak sesuatu yg ghaib.

kisahnya start bila lepas mak mertua aku meninggal. aku duduk kt kg suami aku seminggu. normal la tahlil 3 hari 3 malam. pada mlm ke 4, bila aku nak tido..anak aku mati2 tak bg tutup lampu, dia ckp takut takut...lepas tu tunjuk arah tempat gantung baju. aku jadi stress sebab da la siangnya penat mengemas. standard la bila mak da tiada kat rumah, tangungjawab urus rumah jatuh kat anak menantu. Sudahlah siangnya anak aku tak tido, malam pun tak tido. bila dia tido, husband aku off lampu, dia akan sedar dan nangis2 suruh bukak lampu. so kiteorg tido bukak lampu. mlm ke 5 pun macam tu..cuma malam ke 5, aku dengar org ketuk2 almari..bila aku bukak mata, ketukan tu berhenti tp bila pejam mata, ketuk2 pulak. oleh sebab aku da penat, ada aku kisah ngn ketuk2 tu.

kisah tu aku ingt tak belanjutan, rupanya adik beradik laki aku kena. bila diorg tido kat rumah tu, asyik dengar org ketuk2 kat bilik belakng. owh ya, untuk pengetahuan korang, bila balik ke rumah suami aku , kiteorg akan tido di bilik belakang. kalau tak de kiteorg, tak de sape nak tido situ.hanya dijadikan bilik sembahyang. ketuk2 tu makin kerap dan kekdg tu time siang pun ada. mase kejadian ni, anak aku bercakap tak lancar lg, so ape dia ckp kteorg tak paham sgt.

lepas beberapa minggu, kiteorg balik lg..anak aku da lancar sikit ckpnya...dia akan ckp..mama ada kakak dalam bilik...
lepas tu setiap minggu aku balik..dia akan ckp..mama ada kakak dalam bilik..tp anak aku da boleh tido tnpa bukak lampu..
ada satu hari time aku balik,sampai2 je aku tanya anak aku..ada kakak ke dlm bilik ni...
anak aku ckp..ada mama, dia tgh tgk juju...leps dr pertanyaan tu...bila aku nak tido..aku kena hempap...sampai skrg aku masih teringat kain putih kepam dia atas badan aku..dan baru aku tahu why anak aku panggil kakak..sebab benda tu muda lagi...dan aku rase dia nak tunjuk muka dia kat aku, muka dia buruk n rambut pendek.tp dia tak kacau anak aku lg..so aku biar je la..mls nak pikir.balik kg pun tak lama.

until now, anak aku still ckp kakak ada lg...cuma tak kerap..cuma aku tak kan tanya lg kat anak aku..

p/s; lain kali jgn nak gatal mulut tanya..kang kena hempap.hehe.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.444094 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list