View: 2943|Reply: 12
|
[Tempatan]
lagik viral kena tipu!isu budak diculik di thailand!
[Copy link]
|
|
Kota Bharu: Gambar ‘viral’ didakwa budak perempuan fasih berbahasa Melayu kononnya rakyat negara ini yang ditemui polis Thailand meminta sedekah di negara itu seperti tersebar sejak kelmarin, hanya rekaan semata-mata.
Pada masa sama, dakwaan bahawa pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat dihantar ke Thailand untuk pengesahan juga tidak benar.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Ahmad Taufik Abdullah berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung penemuan kanak-kanak itu.
Katanya, tiada pegawai polis IPD Tumpat dihantar ke Thailand untuk membuat pengesahan seperti didakwa.
"Perkara itu tidak benar dan setakat ini kita tidak menerima laporan berhubung penemuan budak perempuan itu.
"Kami juga tidak menolak kemungkinan maklumat palsu itu sengaja disebar pihak tidak bertanggungjawab," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Ahmad Taufik turut meminta orang ramai supaya menghentikan penyebaran maklumat palsu begitu dan merujuk pihak berkuasa untuk pengesahan lanjut.
Selain gambar yang tersebar di laman sosial dan aplikasi WhatsApp itu, dua nombor telefon turut disertakan dalam maklumat berkenaan supaya sesiapa yang mengenali kanak-kanak itu menghubungi nombor berkenaan.
Sementara itu, jurucakap Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman menafikan identiti dan gambar budak itu pernah wujud di dalam portal kanak-kanak hilang Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Katanya, pemeriksaan pihaknya mendapati budak perempuan terbabit tidak berada di dalam senarai orang hilang yang dikeluarkan portal itu.
Pada masa sama, pihak berkuasa Thailand juga tidak menghubungi Bukit Aman untuk meminta waris atau keluarganya tampil menuntut mangsa.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/81680#sthash.MpveATQo.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
Dah agak dah
Tu pasal benda2 bila suruh diviralkan kat fb/wsapp, kalau sampai kat aku, abis disitu sj la
Xnak aku forward/share benda yg xpasti sahih ni |
|
|
|
|
|
|
|
Mengabihkan data je...
Semua nak viral jer skrg...
Publisiti murahan... |
|
|
|
|
|
|
|
my father in law selalu sangat share berita berita viral nih. nak tegur karang kecik hati.. anak die sendiri pun tak nak tegur..so bertabahla kami dlm group whatsapp tuh.
|
|
|
|
|
|
|
|
adoyai
kita ni share la, kekonon nak tolong la sesape yg ilang anak kann
kalo asyik camni...camne??? ape lah mental sangat yg suka nk reka-reka citer ni???
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by k_a_a at 2-10-2015 12:03 PM
Yg sedihnya depa guna gambar Dirang yg mati dibunuh... sebijik gambar ni (tanpa sebarang tulisan ler)..
|
|
|
|
|
|
|
|
Mental betul depa tu.. gila nak dpt "LIKE" kut... sanggup menipu.. guna gmbar Dirang yg telah meninggal dibunuh, tak fikir sensitivi keluarga Dirang ..
|
|
|
|
|
|
|
|
tp yang saya dpt bukan gambar dirang ni. gambar sorang budak pompuan lebih kurang umur 5-6 tahun jg. muka sayu ... duduk bertimpuh menadah tangan. rambut agak perang di ikat satu. tak reti nak tepek gambar
|
|
|
|
|
|
|
|
yaa this is it. tq deknon. sorry ... akak ni nama je otai kat forum .. tp tak reti nak tepek gambo.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau perkara2 sensitif camni, xdenye polis kedua2 negara nak announce public... Akan deal sesama dorg dulu... Dah pasti, baru bawa balik... Ni xkan la senang2 je polis thai nak share pic bagai... Gilosss betul |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by k_a_a at 2-10-2015 12:40 PM
Ini dia post viral .. yg ditempek 2 gambar Dirang... Drp cuma satu gambar, depa gabung dgn 4-5 gambar lagi dijadikan 1 gambar, kemudian diviralkan pula... ini gambar yg sy download dari page FB yg viral post ini.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
siapalah yg buat kerja giler mcm nie.... kena kt famili sendiri baru ada akai!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|