CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14926|Reply: 132

[Politik] Kesian..Wanita Mahu Tolong Bapa Tapi Dihentam Netizen

[Copy link]
Post time 2-10-2015 01:52 PM | Show all posts |Read mode
MEMALUKAN.. jelas pemikiran segelintir masyarakat di Malaysia ini masih cetek dan berada di takuk kuno!
Gara-gara meminta bantuan melalui status di facebook menggunakan Bahasa Inggeris, seorang wanita ini akhirnya dikutuk dan dihentam netizen yang jelas memiliki tahap pemikiran yang tidak terbuka.
Niat Khairunhanisah Azlan Hanif ini sebenarnya hanyalah ingin membantu bapanya yang mengalami kerugian kerana keretanya baru sahaja dirompak.
Beberapa barang penting serta dokumen mengenai penyakit bapanya telah hilang dan memohon bantuan rakan-rakan di laman sosialnya itu untuk kembalikan kepada mereka sekiranya terjumpa.
Walau bagaimanapun, tindakan wanita itu dikritik dan dihentam oleh pengguna laman sosial hanya kerana menggunakan Bahasa Inggeris yang kononnya tidak memartabatkan bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu.
Alahai, macam mana nak maju jika Bahasa Inggeris mudah sebegitu juga sukar untuk difahami? 5 tahun lagi negara ini bakal menuju ke arah Wawasan 2020 tapi tahap pemikiran masyarakatnya pula masih ditakuk lama.
Isu kecil sebegini bila diperbesarkan seolah-olah menunjukkan pemikiran yang tidak matang. Jika ada yang tidak faham dengan penulisan wanita itu, bacalah terjemahan ringkas mengenainya di bawah ini:

Assalamualaikum wbt, saya hargai kerjasama dari anda! Seseorang telah memecah masuk ke dalam kereta ayah saya menerusi tingkap belakang dan kebanyakan barangan penting telah dicuri.

Barang yang hilang adalah sebuah beg serta semua dokumen atau medical report dari HuKm (Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia), wang ringgit serta ubat penyakit kansernya.

Kami sangat memerlukan semua laporan itu semula kerana bapa saya baru sahaja menghidap penyakit kanser.

Semua butir-butir, temu janji serta rawatan susulan ada di dalamnya. Saya perlukan bantuan anda untuk pulangkan semula beg dan dokumen tersebut kepada kami jika terjumpa.

Nama ayah: Azlan Hanif Bin Mohd.

Lokasi: Tempat letak kereta di hadapan Grand Dorsett Subang

Masa: Kira-kira 8.15-8.45 malam

Haaaa… kalau tak faham lagi tak tahulah kan.. sudi-sudilah membantu wanita yang dalam kesusahan ini.
Dan sekiranya tak dapat membantu atau tiada apa-apa kata positif yang boleh disarankan, lebih baik diam.
– MYNEWSHUB.CC



p/s:dengar kata sekarang trending geng2 setaz & setazah jadian fb suruh2 retis pakai tudung pulak


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2015 01:56 PM | Show all posts
ada dua kepantangan ummah melayu sunni suci murni ya sis.

pertama : jgn la nak hangpa nak sembang dlm bahasa inggeris. mcm kapir je katanya.

no dua : jangan lah pompuan muslim tak pakai tudung. hina dina hokeyyy. tak islam gituh. tak layak dibuat bini.

sekian terima kasih.

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
bi die tu simple je. aku pun pham.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 02:10 PM | Show all posts
melayu mengutuk melayu lain cakap BI mmg satu kegemaran sstgh rakyat melayu kita
pastu bila dikutuk balik, ada ati nak compare ngan negara jepun memartabatkan bhs depa...tang pangai jepun rajin pembersih tu tak pulak nak ngikut
yg duk mengomen kat fb tu pon hah....kutuk2 org tak memartabatkan bahasa melayu la apa la...bistu nama kat FB ko tu melayu sangat??
sejak bila org melayu ada nama "Sam Sung" apa ko bajet koya???? kalau yer nak nama glamer skalipon apesal tak letak "Jantan Sendu" ker haper


Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 02:11 PM | Show all posts
kalau nak buat status facebook make sure : 1. pakai tudung 2. cakap melayu
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 02:11 PM | Show all posts
la... biar lah dia tulis english ..
kot2 viral ngan cina ke indian ker  yg  x mahir BM
meleis nih  sentap pelik2 ..
poyo je memasing komen .... sekolah dulu ponteng kelas BI ker ?
bukan tahap tinggi pun ..simple BI ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2015 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah knp..bagus lah dia cakap bi.simple bi je kot.
Yg baca status tu bukan melayu je kot.
Mana lah melayu nak maju,bila org cakap bi je dikeji diumpat
Kang ada lg keluar kata bi pun bterabur nak sibuk speaking lah.
Bio lah sekurangnya dia ada keyakinan.payah betol nk puaskan hati org
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
OH, bodohnya. Lah. Yg. Nih. Pun. nk. Viral........ sebodoh. TT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2015 02:14 PM | Show all posts
nyampah betol dgn org yg sibuk sgt nk tegur bab BI BM nih...bukan luak pon...

kau baca, ko paham, respon...
kau baca, kau tak paham, tanya...

benda mudah...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 02:17 PM | Show all posts
typical meleis memang mcm ni lah. dalam fb, twitter, insta kena speaking londongg baru la nampak high class sikit status update tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Negara jepun tetap maju biarpun penguasaan bahasa inggeris mereka sgt hauk
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 02:17 PM | Show all posts
pittjie replied at 2-10-2015 01:56 PM
ada dua kepantangan ummah melayu sunni suci murni ya sis.

pertama : jgn la nak hangpa nak semban ...

buang anak, kerat2 anak, buat maksiat tak per janji pakai tudung!
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 02:18 PM | Show all posts
Org dlm kesusahan pon sempat lg ummah pefeeling jati diri betulkan bahasa la apa la... Harap manusia2 mcm ni mamps jah, membazir oksigen sebegitu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 02:18 PM | Show all posts
wow..penghencap online kini dah upgrade jadi ahli dewan bahasa dan pustaka plak
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 02:19 PM | Show all posts
Tulis kat fb dia pon... Bkn dlm group 'Kelas Memartabatkan Bahasa Melayu' yg nak melenting sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 02:20 PM | Show all posts
pittjie replied at 2-10-2015 01:56 PM
ada dua kepantangan ummah melayu sunni suci murni ya sis.

pertama : jgn la nak hangpa nak semban ...




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2015 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bungarose at 2-10-2015 06:13 PM

ada 2 typical pandangan kalau ckp english

tau ckp english jer pandai, hebat

yg guna english tu blagak dan menunjuk2 pandai

guna je ler bahasa apa yg ko selesa dan maklumat ko sampai..org faham. xyah ler nak sentap2 bab bahasa ni..bukan dia guna bahasa xelok pon.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 02:21 PM | Show all posts
ini pun nak jadi isu korang tak paham udah,...ramai lagi yg paham
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 02:24 PM | Show all posts
bila bangsa lain communicate dengan famili dalam bahasa inggeris...malayu jeles....

bila melayu cakap bahasa inggeris dikata berlagak....

haisshhh tak paham laa
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 02:24 PM | Show all posts
apa masalahnya communicate in english?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.069080 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list