CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2609|Reply: 1

REZA RAHADIAN buka rahsia 10 tahun

[Copy link]
Post time 2-10-2015 05:29 PM | Show all posts |Read mode

                                    SEJAK diperkenalkan melalui watak ustaz antagonis bernama Shamsuddin dalam filem Perempuan Berkalong Sorban (2009), telah melonjakkan nama Reza Rahadian sebagai antara aktor papan atas industri perfileman Indonesia.
Beliau juga pertama kali menang anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem tersebut ketika Festival Filem Indonesia (FFI).
Prestasi memberangsangkan sebagai aktor paling dikehendaki terbukti apabila dua kali meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik FFI iaitu dari filem Habibie & Ainun (2013) serta 3 Hati Dua Dunia, Satu Cinta (2010).   
Setelah sepuluh tahun bergelar anak seni, pria kelahiran Bogor pada 5 Mac 1987 itu membuka rahsia pernah putus asa dengan kerjaya seninya ini.
“Sudah tentu pasti ada masa-masa sulit dalam perjalanan karier yang adakalanya membuatkan saya rasa putus asa. Itu semasa di awal pembabitan.
“Tanpa adanya filem Perempuan Berkalong Sorban, maka tidak akan adalah nama Reza Rahadian dalam dunia perfileman seperti sekarang.
“Saya berterima kasih banyak pada pengarah Hanung Bramantyo yang telah beri kepercayaan dan mengadakan naskhah yang cukup hebat ini buat saya.
“Kejayaan yang saya raih sekarang sebenarnya hasil dari rasa tidak putus semangat belajar ilmu dan pengalaman daripada para penggiat filem lain.
“Saya tidak terlalu mengejar anugerah tetapi ialah kepuasan dalam setiap perkara yang saya lakukan. Saya orangnya sangat mementingkan kesempurnaan. Saya begitu terperinci dalam setiap hal melibatkan kerja,” kata Reza.

Reza dan Bunga Citra Lestari dapat pujian untuk filem Habibie & Ainun.

Pria berusia 28 tahun ini juga bersyukur lantaran perjalanan kariernya mendapat sokongan padu keluarga tercinta. Beliau sudah membintangi kira-kira 30 buah filem.
Lahir atas nama Reza Rahadian Matulessy, ibu bapanya bercerai ketika beliau berusia enam bulan. Sejak itu Reza berada dalam jagaan ibu serta neneknya.
“Keluarga beri pengaruh besar dalam karier saya. Berkat dorongan keluarga adalah antara faktor kejayaan saya. Setiap karakter yang diamanahkan, saya sentiasa mahu berikan yang terbaik. Saya punya visi dalam seni,” jelasnya.
Reza juga buat pertama kali cuba menyanyi apabila berduet dengan Acha Septriasa untuk soundtrack film Brokenhearts pada 2012.
Terbaru, Reza memegang watak Tony dalam filem televisyen bersiri, Halfworlds untuk siaran HBO Asia pada November depan.
Barisan pelakon hebat lain yang turut membintangi filem arahan Joko Anwar itu antaranya, Adinia Wirasti, Tara Basro, Ariffin Putra serta aktor Malaysia, Bront Palarae.

Bakal muncul dalam filem televisyen Halfworlds.

TRIVIA FILEM REZA RAHADIAN:
  • Perempuan Berkalung Sorban (2009)
  • Kirun + Adul (2009)
  • Queen Bee (2009)
  • Perjaka Terakhir (2009)
  • Emak Ingin Naik Haji (2009)
  • Hari Untuk Amanda (2010)
  • Alangkah Lucunya Negeri Ini (2010)
  • 3 Hati Dua Dunia, Satu Cinta (2010)
  • Love Story (2011)
  • Tanda Tanya (2011)
  • Jakarta Maghrib (2011)
  • The Mirror Never Lies (2011)
  • Hafalan Shalat Delisa (2011)
  • Dilema (2012)
  • Brokenhearts (2012)
  • Perahu Kertas (2012)
  • Test Pack (2012)
  • Perahu Kertas 2 (2012)
  • Habibie & Ainun (2012)
  • Finding Srimulat (2013)
  • Wanita Tetap Wanita (2013)
  • Something in the Way (2013)
  • Tenggelamnya Kapal Van der Wijck (2013)
  • Ketika Tuhan Jatuh Cinta (2014)
  • Pendekar Tongkat Emas (2014)
  • Yasmine (2014)
  • Strawberry Surprise (2014)
  • Kapan Kawin ? (2015)
  • Guru Bangsa: Tjokroaminoto (2015)
  • Battle of Surabaya (2015)
                                                                    
                                manggaonline


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2015 03:11 PM | Show all posts
minat sangat ngn dia ni..most of his movie mmg ada kelas la.
maybe dia memilih jugak la kot..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.057906 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list