CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9588|Reply: 16

[Politik] Fakta Menarik Mengenai Proton Perdana 2016 & Trak Pikap Konsep Proton

[Copy link]
Post time 4-10-2015 10:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Pandulaju.com at 6-10-2015 02:58 PM

NAK tengok Proton Perdana 2016dan trak pikap concept (Proton Pickup Concept) secara langsung? Jika ya, apa kata kunjungi Karnival ‘ALAMI PROTON’di Pusat Kecemerlangan Proton (COE), Shah Alam bermula hari ini sehingga esok (4 Oktober 2015).

Bukan itu saja, anda turut berpeluang melihat dengan lebih dekat Proton Perdana edisi limousine (Perdana-Accord) yang digunakan oleh Perdana Menteri dan Menteri kabinet yang lain.
Berikut adalah beberapa fakta menarik yang anda perlu tahu mengenai Proton Perdana 2016, Proton Pickup Concept dan Proton Perdana fasa pertama yang kini digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan.

PROTON PERDANA 2016
Seperti mana yang anda tahu, Proton Perdana 2016 sudahpun membuat kemunculannya dalam filem Kapsul.

Kami difahamkan, ia hanyalah model prototaip dan sudah menerima beberapa lagi perubahan. Tetapi model yang dipamerkan semasa Karnival ‘ALAMI PROTON’ adalah Proton Perdana 2016 yang sebenarnya. Malangnya, ia masih ‘berselimut’ dan kami masih belum berpeluang menyaksikannya secara live.

Walau bagaimana, kami dimaklumkan Proton Perdana 2016 akan menggunakan enjin Honda Accord. Bagi fasa kedua pula, kemungkinan Proton akan menggunakan enjin keluarannya sendiri. Dari segi saiz, Proton Perdana 2016 adalah lebih panjang iaitu 4,999mm berbanding model Accord generasi ke-8 yang hanya memiliki panjang 4,849mm.

PROTON PICKUP CONCEPT
Apa yang mengejutkan kami, Proton turut menyediakan model konsep trak pikap. Dari segi rekaan, sememangnya ia mampu membuatkan sesiapa saja teruja melihatnya.

Untuk makluman juga, ini adalah model pertama trak pikap keluaran Proton setelah 30 tahun berada di pasaran Malaysia. Kami dimaklumkan model konsep trak pikap ini menggunakan platform Proton Exora. Dari segi rekaan, ia mungkin diilhamkan menerusi model Ford F-150 Raptor. Manakala rekaan belakang pula menyerupai model SsangYong Actyon Sports.
Apa komen anda dengan rekaan trak pikap konsep ini? Mesti melelehkan air liur?

PROTON PERDANA-ACCORD
Biarpun sedikit kecewa tidak dapat melihat Proton Perdana 2016, namun ia sedikit terubat apabila diberi peluang melihat dengan lebih dekat lagi model Proton Perdana-Accord (hasil jalinan kerjasama bersama Honda) edisi limousine.

Untuk makluman, model Perdana-Accord yang dipamerkan adalah milik Pengerusi Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sudah menerima beberapa suntikan dan pembaharuan mengikut kehendak Tun.

Model yang sama juga turut diguna pakai oleh Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri buat masa ini. Berbeza dengan lain, Proton Perdana edisi limousine ini adalah 32 inci lebih panjang berbanding hanya 18 inci yang digunakan oleh Menteri kabinet.

Bagi anda yang datang Karnival ‘ALAMI PROTON’ 2015, saya yakin anda pasti tidak akan menyesal. Tambahan, bukan senang nak tengok model edisi terhad sebegini secara dekat.

FOLLOW: Pandulaju.com - Laman Web Berita & Analisis Automotif Terkini


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2015 12:18 AM | Show all posts
Kang truck brand lain naik harga kena cukai
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
perdana accord tu kuat bau jepun
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 07:33 AM | Show all posts
pikap laa pulak....kemah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 07:50 AM | Show all posts
keciknya lampu pickup tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Designer plotong nih xde taste ka? Omg montot perdana tu haukk btl...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2015 07:59 AM | Show all posts
Cntek gak pikap tu..mcm ade kretiviti tggi kt bhgn depan..xde la nmpk sama ja
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 08:13 AM | Show all posts
garang nya tgk pickup tu dari depan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2015 08:49 AM | Show all posts
Proton pickup to ada rupa ford raptor sket.

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 08:49 AM | Show all posts
lawanye pickup tu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Lampu belakang mcm persona ckit
BTW, brapa harga neh
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 09:02 AM | Show all posts
Pickup tu nmpk kemah? kalu harga ok, bleh beli sebijik... Tapi kalu harga lebih kurang Ford je, kim salam je la...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 09:03 AM | Show all posts
segmen kenderaan 4x4 amat besar
pasarannya di malaysia

peluang proton untuk mengambilalih
penguasaan amat besar
melalui harga dan khidmat lepas jualan yang kompetitif

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2015 12:16 PM | Show all posts
naina replied at 5-10-2015 08:57 AM
Lampu belakang mcm persona ckit
BTW, brapa harga neh

Baru konsep bro, masih banyak yang samar-samar lagi. Harap2 tak la mahal, baru orang beli kan. Haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2015 12:20 PM | Show all posts
namirulmukminin replied at 5-10-2015 09:02 AM
Pickup tu nmpk kemah? kalu harga ok, bleh beli sebijik... Tapi kalu harga lebih kurang Ford je, kim  ...

Design macam Ford, betul bro :-)

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 04:25 PM | Show all posts
kesian Proton Arena
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2015 08:44 PM | Show all posts
Dah buat prototaip bagus bagus kemudian senyap terus. Biasa lah .Proton
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.086375 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list