CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8969|Reply: 77

[Tempatan] Mossy Forest Malaysia Penuh Lumut Dengan Pampers Budak Yang Dibuang

[Copy link]
Post time 5-10-2015 08:17 AM | Show all posts |Read mode
Pampers Anak Penuh Najis Tinggal Kat Lokasi Pelancongan!                                Oct 2, 2015                596



248Shares


SUDAHKAH anda membaca mengenai ‘Mossy Forest’ atau ‘Hutan Berlumut’ di Gunung Brinchang, Pahang yang terkenal dengan flora eksotik dan lumut yang tumbuh subur bak  permaidani tetapi terpaksa ditutup untuk jangka masa panjang kerana masalah sampah-sarap?
Kalau tidak, klik di sini.
Persoalannya kini, dari mana datangnya sampah sarap yang begitu banyak di kawasan itu sehingga ia perlu ditutup berbulan-bulan?
Tak perlu fikir jauh untuk jawapan kerana sudah tentu pada pelancong tempatan atau rakyat kita sendiri.
Jangan cuba menyalahkan pelancong asing kalau pun nak jadi hero.
Bak kata salah seorang pemandu pelancong, K. Subramaniam, 65, rakyat Malaysia sendiri yang memetik dan memusnahkan tumbuh-tumbuhan di kawasan itu.
“Mereka tidak mendengar nasihat kami, berbeza dengan pelancong dari benua Eropah dan rantau Timur Tengah.
“Kadang-kadang, orang asing juga membantu membersihkan tong sampah,” katanya.
Sorry to say, tetapi sebahagian masyarakat kita ini terlalu mementingkan diri.
Masalah sampah di ‘Mossy Forest’ bukan isu terpencil.
Lihat la di semua lokasi pelancongan (yang bukan lokasi pelancongan dan tepi-tepi jalan apa semua tak payah nak cerita pun la).
Datang melawat satu keluarga, nak balik, pampers anak penuh taik akan ditinggalkan begitu sahaja di tempat yang kononnya dilawati sebab ia cantik.
Bodoh ke apa…
Sampah lain tak payah cerita la.
Benda macam puntung rokok macam dah takda kisah langsung. Bekas makanan polistrine lepas piknik beramai-ramai cam lumrah aje dibiarkan. Kotak rokok, plastik jajan…macam-macam lagi.
Tanpa rasa bersalah akan ditinggalkan begitu sahaja.
Sebenarnya, orang-orang seperti ini sepatutnya pergi melancong ke pusat-pusat pembuangan sampah seperti di Kepong atau yang sama waktu dengannya.
Sebab apa perlu melawat tempat yang cantik tetapi tak reti menghargai atau memahami bahawa tempat seperti itu perlu kekal cantik dan sebab itu tak boleh ada sampah sarap?
Takkan tak boleh faham orang lain yang datang melancong pun nak menikmati pemandangan serta keindahan alam dan bukannya pampers penuh taik anak anda!
Anda dah puas tengok…so cukup? Orang lain tak payah menghayati keindahan pulak ke?
Kalau dah benggap sangat, tolong la melawat loji najis atau tempat pembuangan sampah sahaja kerana di sana jiwa dan perangai anda sesuai dengan tabiat buruk anda!
Tolong la jangan beri alasan seperti tong sampah takda apa semua yea.
Kalau tong sampah takda, kutip dulu sampah-sarap anda, simpan sekejap dan buang la bila dah jumpa tong sampah.
Apa salah kalau anda himpun semua sampah anda dalam satu beg plastik dan buang bila dah bawak balik?

Bersama-samalah dalam menjaga keindahan negara kita ini.
Namun yang dilihat, sikap tak sekolah dan bodoh yang tak bertempat.
Apa yang berlaku adalah cerminan sikap pengotor rakyat kita yang semakin lama semakin teruk.
Di pihak kerajaan dan kementerian berkenaan pun takda sebarang kempen atau program bagi mendidik mengenai kepentingan kebersihan dilakukan.
Pendidikan sivik sudah lama ditamatkan di sekolah-sekolah menjadikan warga pelajar pun tidak reti apa itu maksud kebersihan.
Semua ini terbuku dan lama-lama menjadi satu tabiat serta budaya yang meluas dalam masyarakat kita.
Buat apa cerita hendak jadi negara maju, berpendapatan tinggi kalau IQ dan sikap rakyat adalah rendah?
Lihat Jepun, ia maju dari segi kebendaan dan mentaliti rakyatnya terutama dari segi kebersihan juga begitu maju dan tinggi.
Malaysia pula seolah-olah begitu asyik mengejar kemajuan material sehingga kemajuan sivik hampir lumpuh!
‘Mossy Forest’ adalah contoh simbolik betapa kroniknya masalah kesedaran kebersihan dan sivik rakyat kita yang tidak diambil pedulik oleh sesiapa pun, baik kerajaan mahupun masyarakat sendiri.
Sekali lagi, ‘Mossy Forest’ bukan contoh terpencil tetapi gambaran sikap pengotor rakyat kita yang mana sampaikan tempat alam sekitar yang indah pun dipenuhkan dengan  sampah-sarap.
Justeru tertanya la…untuk apa rakyat kita pergi melancong?
Oleh: Satu Hala
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2015 08:26 AM | Show all posts
patutnya banned terus pelancong tempatan dari masuk hutan belantara.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 08:48 AM | Show all posts
tak de sivik.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 08:51 AM | Show all posts
tong sampah ada tak?

kebanyakkan hutan tempat pelancongan ini .. nak carik tong sampah mmg susah..even di tempat org ramai.. tak caya u all perati la..

tak semua la.. ada yang ada..

attitude pun problem gak
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 5-10-2015 08:26 AM
patutnya banned terus pelancong tempatan dari masuk hutan belantara.

kann.....

dorang bkn kagum pun dgn alam flora semua ni....

suruh dorang piknik kat KLCC je, mcm masa KLCC baru bukak dulu....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 08:53 AM | Show all posts
macam mana pulak boleh ada pampers budak dekat situ? masing masing bawak kanak-kanak/bayi ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2015 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
mossy forest dah jadi messy forest
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 08:58 AM | Show all posts
tu yg aku tk suka kemana2..tgk smpah dibuang merata mcmni nk tegur org kang kata kita pulak poyo...aku kan sampah even secubit je aku rasa amat tidak bertanggungjawab dibuang merata..anak2 diajar hargai alam sekita gitu..choiii sgt org malaysia (melayu kot) ckp bungbang tapi civic tadak!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2015 09:01 AM | Show all posts
aku sokong je kl die tutup trus mossy forest, gunung brinchang ngan irau nih....mentaliti lokal bodoh kemain....x kisah la tempat xde tong sampah ke hape...dh ko bw sampah, ko bw la balik sampah tuh..duhh....once again...bodoh!
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 09:02 AM | Show all posts
xtau la sikap pengotor di tempat awam ni,
dah pengotor,pemalas pl..
di sekolah, masuk kelas, kena jerit dulu,bersihkan kelas,
baru boleh mengajar...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Eeiii..pengotornya. Dasar tak ada tanggungjawab.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak ada tong sampah, aku sanggup bungkus sampah aku bawa balik daripada campak merata-rata. Mungkin dasar didikan org Malaysia ni kalau tak jumpa tong sampah, campak aje merata-rata
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 09:14 AM | Show all posts
kt ats tu memang xde tong sampah.. tpt hiking kn.. klu dh bawak sampah naik, pandai2 lah bawak turun.. syglah, tpt tu mmg cantik..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 09:16 AM | Show all posts
google Gunung Brinchang cam menarik jer tempat ni....  
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 09:23 AM | Show all posts
tentera_laut replied at 5-10-2015 08:51 AM
tong sampah ada tak?

kebanyakkan hutan tempat pelancongan ini .. nak carik tong sampah mmg susah. ...

kalau tak ada tong sampah sekali pun .. make it as a habit kalau masuk hutan tu .. what ever sampah sarap kita buat .. masuk plastik dan bawak balik. buang dlm tong sampah kat luar atau kat rumah sendiri. geng2 mendaki dan geng2 masuk hutan tu mmg amalkan benda2 macam ni la. mmg la dalam hutan tempat2 camping .. susah nak jumpa tong sampah. hutan macam tu buat ada cleaner yang akan masuk daily atau weekly tuk menyapu dan mengutip sampah dalam tong tong sampah.  bottom line nya .. thats not the facility being provided ke tidak .. tapi kesedaran sivic memasing la.

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 09:24 AM | Show all posts
ultra78 replied at 5-10-2015 09:09 AM
Kalau tak ada tong sampah, aku sanggup bungkus sampah aku bawa balik daripada campak merata-rata. Mu ...

exactly kan sis. sanggup ku genggam atau masuk je dlm handbag what ever sampah.. contoh pembalut gula2 .. rather than buang gitu2 je walau ia cuma secebis kertas.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2015 09:30 AM | Show all posts
tentera_laut replied at 5-10-2015 08:51 AM
tong sampah ada tak?

kebanyakkan hutan tempat pelancongan ini .. nak carik tong sampah mmg susah. ...

Bila kita masuk hutan, sampah sarap semua kita hendaklah bawa keluar balik.
Kalau ada banyak tong sampah, impak dia ada banyak tikus.
Bila banyak tikus, ada banyak kencing tikus.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang kita ni...
1. Piknik mesti bbq la. Sampah..satu hutan bau ayam hanyir dia takde masalah. Tak kira tepi pantai tepi waterfall senua worang mesti hidu bau bbq dia. Kita pergi sbb nak fresh air la bongok.
2. Rokok kat tempat yg org menikmati fresh air. Selayaknyala kena jerebu umat2 ni.
3. Nak buang pampers kat rumah pun bukan nak rinse solid najis ke dalam toilet bowl dulu baru buang. Buang je dgn najis2 taik tu dlm tong sampah. Najis ni will eventually polllute ground water ok. Kalau ke rumah orang melawat etc pun main tinggal je pampers ni kat dlm toilet atau tong sampah orang. Bawak la balik esp time2 raya tu. Mak aku selalu komplen sbb dia kata nak bakar pun bukan boleh terbakar pampers ni. Maklumla kampong bukan selalu lori sampah tu datang.
4. Belajarla pakai less dispos. Kami yg biasa pakai cloth diaper cloth pad semua kami simpan dan bawak balik. Jimat kos. Saves the environment dan ground water supply. Tak gunala komplen pprt buang kat hutan aklau kita jugak memenuhi landfill dgn benda yg sama.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 09:53 AM | Show all posts
tentera_laut replied at 5-10-2015 08:51 AM
tong sampah ada tak?

kebanyakkan hutan tempat pelancongan ini .. nak carik tong sampah mmg susah. ...

kalau dekat hutan selalu etika dia bring back what you brought in

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 10:12 AM | Show all posts
tempat amik wuduk pun selamba buang pampers anak... ditegur, kata tak de anak apa tau...
ni kan pulak kawasan tersorok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.076519 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list