CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12515|Reply: 104

Che Ta Mampu Raih RM 200,000 Sebulan Melalui Perniagaan

[Copy link]
Post time 5-10-2015 11:09 AM | Show all posts |Read mode
Rozita Che Wan atau Che Ta sememangnya satu nama yang cukup popular di kalangan peminat industri hiburan Malaysia. Dia juga sering dilihat bercuti ke luar negara dan memberi hadiah mewah kepada anak-anaknya.
Baru-baru ini misalnya, dia mengadakan sambutan ulangtahun kelahiran anak sulungnya Ammar Effendy dengan serba mewah dan menghadiahkan jam tangan bernilai sekurang-kurangnya belasan ribu ringgit buat Ammar.
Oleh sebab itu, ramai mempersoalkan cara hidupnya yang serba mewah itu memandangkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dia dilihat jarang muncul dengan drama atau telefilem baru. Menurut Che Ta kepada mStar Online, dia sedar perkara itu diperkatakan oleh orang ramai.
Biasalah mulut orang. Padahal ramai yang tahu saya turut sibuk dengan perniagaan saya. Itu adalah sumber pendapatan utama.
Setakat ini saya menjalankan sebanyak empat jenis perniagaan iaitu syarikat produksi, bidang fesyen menerusi label Padusi, minyak wangi (Precious dan Gorgeous) dan tak lama lagi produk kecantikan pula.
Dia berkata begitu pada majlis pelancaran dan pelantikannya sebagai duta produk Rysya di Ruang Khamis lepas.
Che Ta juga adalah duta kepada 11 produk lain, antaranya Logivite, Jakel, Tropika, stroler Mini Cooper, Idola dan sebuah jenama perabot yang bakal diumumkan.


Che Ta berkata dia masih memerima pelbagai tawaran lakonan namun tidak mempunyai masa untuk menerimanya memandangkan tempoh penggambaran menuntut masa yang lama. Dia bersikap selektif dan hanya akan menerima tawaran berlakon sekiranya watak yang diberi berbeza dengan lakonannya sebelum ini, namun tetap memilih perniagaan sebagai kerjaya utama.
Saya fikir macam ni, jika berlakon saya raih pendapatan kira-kira RM70,000 sebulan. Tetapi dengan perniagaan, saya boleh buat sehingga RM200,000 sebulan.
Jadi saya fikir, lebih baik berniaga sendiri dan saya pun puas hati apabila penat lelah kita bersengkang mata sampai ke pagi berhasil.
Berbeza dengan kerjaya lakonan. Tetapi lakonan memberi populariti di mana ia boleh membantu meningkatkan perniagaan yang dijalankan.
Sejujurnya kami tidak kisah Che Ta berbelanja mewah untuk anaknya kerana dia bersusah payah untuk meningkatkan pendapatannya. Jika kami mewah sepertinya mungkin kami juga akan melakukan perkara yang sama untuk anak kami.
Iyalah, bukan dia berbelanja menggunakan duit kami pun. Yang penting, kami suka melihat gambar-gambar majlis anjuran Che Ta dan gayanya bersama suami dan anak-anak terutamanya baby super cute Aaisyah Dhia Rana.
So keep them coming, Che Ta.

-beautifulnara-


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2015 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Rezeki ko le tu nekta ....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 11:36 AM | Show all posts
rezeki masing-masing so dibelanjakan ikut lh kehendak mereka
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 11:38 AM | Show all posts
kecewa shahir
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni pn propa gak kot cam fizo omar

Prffftt
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 11:46 AM | Show all posts
takat gitu jelah dia nih...kalu bukan citer dia berbelanja mewah, dia citer kemampuan dia utk berbelanja mewah...produk dlm bidang seni tatau apa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2015 11:47 AM | Show all posts
beso2 nye gelang aisyah
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 11:49 AM | Show all posts
artis yg berjya dlm business hanyalah KRU shaja..yg lain hancussss.jgn lg 20 tahun dia ni tersenarai artis yg memerlukan bantuan dr seniman pula yer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2015 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
dia ni dah g haji lom..cam nabil tu..sementara duit tgh bnyak ni...takan g umrah je kot..g londong boleh 3,4 kli setahun..

aritu aku p gali gosip kt bod kenamaan retis yg pernah jd pompan simpanan serremmm mak baca..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:14 PM | Show all posts
ecah ni makin lama makin dah tak comel
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
maxim replied at 5-10-2015 11:43 AM
Ni pn propa gak kot cam fizo omar

Prffftt

propa camna ne tu sis?


beliau kn ada padusi picture
tudung
kasut zain
minyak wangi
duta jakel
duta produk bayi tropika
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:59 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 5-10-2015 12:14 PM
ecah ni makin lama makin dah tak comel

makin nampak ke empatsegi an muka dia, cam makcik elsa frozen dia tuh   
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 01:28 PM | Show all posts
cik ta kena upah bodyguard utk jaga ecah
mahal nilai ecah tu
mana gelang lg
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 01:31 PM | Show all posts
che da ngan angka tak dapat dipisahkan
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 5-10-2015 12:55 PM
propa camna ne tu sis?



Tu semua propa. I dont buy it
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 02:09 PM | Show all posts
beriya che ta dok citer kemewahan dia... korang tak percaya jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2015 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Byknye income. Tpi tak selamanya kot boleh jd duta. Berpada2 lah dlm berbelanja.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 02:21 PM | Show all posts
ternganga ex husband dia dgr. . emmmm rezeki  dia kan
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 02:24 PM | Show all posts
selagi heshe tak perah uang dari puki akak memang akak tak peduli pun heshe nak berbelanja sejuta sebulan ke apa./
tak luak apa2 pun terhadapan kehidupan akak.
so why bother??
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 02:26 PM | Show all posts
income masuk ratus ribu..gaya hidup mewah..tah2 keluarnya ratus ribu gak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.245793 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list