CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23129|Reply: 255

Sikap Menunjuk Harta Benda Akan Memakan Diri

[Copy link]
Post time 5-10-2015 11:49 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Raline at 5-10-2015 11:52 AM

Sikap Menunjuk Harta Benda Akan Memakan Diri

Sekarang ini majoriti semua orang ada Facebook, malah budak sekolah rendah pun dah ada Facebook. Dan seperti dah menjadi budaya, ramai orang nak share atau kongsi semua benda kat Facebook, nak makan pun update status, nak berak pun bagitau, nak tidor pun sempat lagi tulis. Tu baru Facebook, belum lagi Twitter Instagram dan seangkatan dengan nya. Sekarang semua bajet nak jadi selebriti Internet jadi Twitfamous.

Ok lantaklah diorang nak jadi famous ke apa. Cuma sekarang Facebook, Twitter, Instagram, dan lain2 apa jadah haram lagi telah membentuk satu budaya iaitu budaya riak dan takabur tanpa kita disedari.  Hebat kan agenda yahudi ini

Sekarang aku nak tanya korang;

Korang beli kereta Toyota Camry baru, ambik gambar lepas tu upload kat Facebook, untuk apa?
Korang beli sport rim baru, ambil gambar, upload kat Facebook, untuk apa?
Pergi melancong kat Paris, ambil gambar dengan Eiffel Tower, upload kat Facebook, untuk apa?
Makan kat hotel 5 bintang, ambil gambar makanan, upload kat Facebook, untuk apa?
Anak korang dapat no. 1 dalam kelas, ambil gambar buku report diorang, upload kat Facebook, untuk apa?
Korang beli rumah banglo atas bukit, ambil gambar, upload kat Facebook, untuk apa?


AKAN DATANG TEKNOLOGI AKAN BERTAMBAH CANGGIH, BAYANGKANLAH SIKAP MANUSIA KETIKA ITU


Korang buat semua tu sebenarnya untuk apa? Tak lain tak bukan untuk tunjuk kepada orang lain bukan? Kalau korang takde rasa nak tunjuk kepada orang lain, korang takkan upload gambar2 tu bukan? Dalam Facebook tu pulak bukannya setakat ada family, tapi ada kawan2 pejabat, kawan2 sekolah yang dah 10 tahun tak jumpa, kenalan2, dan orang yang tak kenal pun main accept je jadi friend.


Gambar hiasan

Rasa2 diorang perlu ke tahu apa2 yang korang upload tu? Menjadi satu kerugian kepada mereka ke kalau diorang tak tahu benda tu? Adakah menjadi satu kerugian kepada anda pula ke kalau anda tak tunjuk benda2 tu pada mereka? Adakah korang mengharap orang lain komen, like dan memberi pujian? Kalau aku tengok ada orang tunjuk gambar2 diorang yang macam tu, SERIOUSLY I REALLY DON'T CARE AND DON'T GIVE A DAMN SHIT.





Gambar hiasan



"Baru je dapat kunci rumah baru, ingat nak extend dapur dan renovate kasi jadi 3 tingkat pulak lepas ni."

Memang kadang2 kita takde niat nak riak, tapi bila kita tunjukkan kepada orang lain kemegahan kita pada orang lain, dah nama pun "nak tunjuk" pastilah ia berasal dari sifat riak dan takbur.

Dan bila kita "tunjuk kemegahan" kita terutama kepada orang yang jauh dari kita, secara tak langsung ia boleh mendatangkan perasaan tidak selesa kepada orang lain dan mungkin orang akan mempunyai persepsi seperti berikut:

Tau la kaya beli kereta mahal2, tak payah la nak menunjuk sangat.
Beli sport rim pun kecoh. Orang lain beli cover rim tak kecoh pun.
Nak pergi melancong tu pergi jelah, kalau setakat tunjuk gambar tapi tak beli souvenir baik tak payah.
Gambar makanan tu kalau aku dapat makan sekali takpe la jugak nak tunjuk kat orang.
Time anak ko dapat no. 1 upload kat Facebook, time anak ko dapat no. 20 takde pulak nak upload.
Beli rumah atas bukit diam2 sudah, tak payah nak berlagak sangat. Kalau runtuh nanti jangan lupa ambil gambar jugak upload kat FB.




"Alhamdulillah, tak sangka anak aku dapat A+ dalam ujian. Bukan senang test ni, dia sorang je dapat A dalam kelas dia."

Tak salah nak kongsi kegembiraan dan kehebatan anda, tapi rasa2 adakah orang lain akan turut gembira dengan kegembiraan anda? Kalau rasa nak kongsi sangat just kongsi dengan orang2 terdekat seperti ahli keluarga dan sahabat. Orang lain yang jauh dengan anda tak perlu tahu pun kegembiraan dan kehebatan anda tu. Kadang2 bukan sahaja boleh menyebabkan orang lain meluat, malah akan menimbulkan perasaan cemburu dan persaingan yang tidak sihat. Masing2 akan dok compare anak sapa lebih pandai, kereta sapa lebih besar, kitchen cabinet sapa lagi cantik dan sebagainya.

Cuba jadi orang yang rendah diri sikit, biar harta bertimbun, rumah besar, kereta bertingkat, tapi kalau tengok Facebook anda tak tahu pun yang anda ni sebenarnya orang kaya.

Adakah media sosial telah mencapai matlamat dan objektif penubuhannya? Bagi aku, ya.





Akhirnya rumah kena rompak, kereta kena samun, anak kena culik dgn 'pedo' itulah kehebatan tayang harta benda
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2015 12:06 PM | Show all posts
nak buat cemana sis, dah manusia ni macam2 ragamnya...

ada tu suka menunjuk2 sambil kuar la hadis fatwa bagai...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:18 PM | Show all posts
ada juga yg bergaduh adik beradik, update status maki bukan2..perli2 pasangan itu ini, mak mertua sindir menantu pun dalam fesbuk juga..
macam2 perangai...sy pernah unfriend org macam ni, lps tu tanya kenapa unfriend..lps tu sy hide status ja..aman damai semuanya..tidak terbaca status yang negatif begini..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:19 PM | Show all posts
tetibe teringat ratu show off..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:20 PM | Show all posts
abih tu..bukak fb nak tengok apa..
kekadang seronok gak nengok peel depa-depa ni kat fb..sambil mengkagumi kekayaan mereka semua
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:25 PM | Show all posts
so ape fungsi media sosial sebenarnya?

(aku bukan kategori suka update2 ni)

tp suka nengok post org lain

wp kdg2 nyampah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2015 12:26 PM | Show all posts
i can tell org yang saja nak show off dgn org yang nak share pengalaman dan info. mmg ada je yang jenis suka show off. gambar2 show off tu mmg iols bo layan. tak akan sama sekali menge-like hatta menurunkan komen.

mcm iols ... mmg agak pemalas nak bukak album tuk letak gambar2. tp kadang2 kalau pegi berjalan dgn kawan2 .. tu la cara nak passing around our gambar2 kan. dan salah satu sbb letak gambar dlm fb sbb nak simpan gegambar tu agar jgn hilang. tu pun pilih2 gambar la. tak banyak letak gambar yang ada muka. kalau letak je dlm hp ke simpan dlm pc ... boleh hilang jgk atas kesilapan. dah banyak kali jadi lagu tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:27 PM | Show all posts
akak paling geli dgn ummah yg suka upload gambo anak
kalo anak tu comel lain la citer kan
ni muka pun hauk jah ikut DNA parents tu
x selera saya lihat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2015 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka diorg nak buat apa..yg panas tu kenapa. Tak payah laa follow
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:29 PM | Show all posts
'alhamdullilah..anakku nur fatin zehra qaseh alisyya damia dapat 100% ujian bahasa melayu tabika perpaduan.. tahniah kakak..mama bangga dengan kakak'

*post gambo tangan mama yang dihiasi gelang beso rantai basikal  pegang kertas ujian*
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:30 PM | Show all posts
aku cukup benci kalau org post selalu letak #
eeeeeeeee.....mcm nak sound ja...
#jemputmakan#mknbiasaja#kepalahotakberjambul.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:32 PM | Show all posts
Tidak berminat serta malas layan perkara2 sebegini
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:35 PM | Show all posts
hak individu.. tapi betul gak consequences nya bila asik show off segala benda.. ada org lain yg akan take chance nak buat jenayah.. in fact, lagi mudahkan keje jenayah yg dia nak buat tu sebab semua dh terpampang. tapi to Muslims, kena beringat gak.. bila asyik menayang, ada hak org yg kte tak tunaikan, besok pening nak menjawab kt akhirat.. kadang2 kte tak sedar n tak terfikir..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:36 PM | Show all posts
smiskin tak habis habis jaki dgn orang kaya...

lu orang tarak harta mau show off...duk dediam sudah la..

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 5-10-2015 12:27 PM
akak paling geli dgn ummah yg suka upload gambo anak
kalo anak tu comel lain la citer kan
ni muka  ...

kan.....kekadang dgn anak yg sememeh tgah mkn pun nk upload....

serious...aku geli.....

klu iya pun upload lah gmbar yg elok sikit...dah lah tak comel, comot pulak tu....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:46 PM | Show all posts
Bila baca ayat diorang guna up status sweet&menunjuk2, jadi hiburan kat iols .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2015 12:54 PM | Show all posts
aku akan hide status2 show off. yg banyak kluar kat wall aku, resepi. aman sket mata tgk pic makanan
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Xboleh nak jwb soklan TT pasal aku xbuat semua tu
Mungkin ratu show off - cik ta boleh tlg jwbkan
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 01:11 PM | Show all posts
aku lak.. klau nmpak cam ciri2 org tu lbih kpd nak menunjuk nunjuk
unfollow jerk org tu..
drpd duk mengutuk dlm hati..dpt dosa free..baik unfollow..bila x nmpak xde ler nak mengutuk
kang kalau unfren..nampak sgt menyampah kt org..huhuhu...
apa2 pun try la pujuk hati sendiri bersangka baik dgn org..

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang duk share masalah laki bini di Facebook pun menyampah juga baca..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.102581 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list