CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7253|Reply: 110

[Tempatan] Lebih 1,000 Orang Sambut Ketibaan Najib Di KLIA

[Copy link]
Post time 5-10-2015 01:14 PM | Show all posts |Read mode
Lebih 1,000 Orang Sambut Ketibaan Najib Di KLIA                                Oct 5, 2015                47

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan orang ramai sejurus tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini setelah mengadakan lawatan kerja ke Milan dan New York. - Foto BERNAMA


3Shares


SEPANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pulang ke tanah air hari ini setelah mengadakan lawatan kerja ke Milan dan New York, dengan lebih 1,000 orang menyambut ketibaannya di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.
Pesawat khas yang membawa perdana menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mendarat pada 9.55 pagi.
Penyokong-penyokong yang begitu bersemangat menyambut ketibaan pemimpin nombor satu negara itu tiba di perkarangan kompleks itu seawal 7 pagi.
Mereka turut memegang sepanduk dan kain rentang tertera “Selamat Pulang Wira Negara dan Keamanan Sejagat”, “Najib Razak Pejuang Keadilan Terhadap Palestin dan Umat Islam”, “Allah Selamatkan Najib, Allah Selamatkan Palestin” dan “PM Najib Help Palestine, Save Syrian Refugees, We Are With You”.
Turut menyambut kepulangan Perdana Menteri ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; menteri-menteri kabinet antaranya Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai serta pegawai tinggi kerajaan.
Najib mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Milan mulai 2 Okt bagi meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dengan Itali.
Ketika di Milan, Najib menghadiri resepsi Hari Malaysia di Ekspo Milano 2015, yang dianjurkan oleh penganjur ekspo berkenaan pada Sabtu dan kemudiannya melawat Pavilion Itali di ekspo itu.
Pada malamnya, Najib melancarkan Festival Makanan Malaysia di Pavilion Malaysia pada ekspo itu.
Sebelum mengadakan lawatan ke Milan, Itali, Najib berada di New York, Amerika Syarikat untuk menghadiri Sesi Ke-70 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang bertemakan “PBB pada 70: Jalan ke Arah Keamanan, Keselamatan dan Hak Asasi Manusia” pada 1 Okt.
Di luar persidangan itu, Najib yang mengetuai delegasi terdiri daripada beberapa menteri kabinet juga mengadakan rundingan dua hala dengan beberapa ketua kerajaan dan ketua negara yang menghadiri perhimpunan agung itu.
Pada sesi ke-70 PBB, Najib merupakan antara pemimpin yang berucap pada Sidang Kemuncak PBB untuk Menerima Pakai Agenda Pembangunan pasca-2015 mengenai Pembangunan Mapan dan juga Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Sedunia mengenai Kesamarataan Gender dan Pemerkasaan Wanita.
Najib juga menyampaikan ucapan pada Sidang Kemuncak para pemimpin mengenai Pemeliharaan Keamanan dan juga mengenai Pembanterasan ISIL dan Keganasan Melampau yang turut dipengerusikan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.
Dalam ucapannya, perdana menteri antaranya mengumumkan bahawa Malaysia akan membuka pintu kepada 3,000 pelarian Syria dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi membantu meringankan krisis pelarian.
Tumpuan lain perdana menteri semasa berada di New York adalah mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik dalam pertemuannya dengan pemimpin perniagaan dan peneraju industri Amerika Syarikat. – BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2015 01:19 PM | Show all posts
bapa kebangsatan malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini bukan kipas dah...ini dah tahap windmill

Rosmah mana rosmah?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 01:23 PM | Show all posts
Ramai yang pemimpin pembangkang bercita cita ingin menjadi pm, ingat senang ke jadi pm..antaranya perlu bertindak sebagai ketua executive perniagaan untuk mencari pelabur untuk membuka bisnes di dalam negara  dan mencari pasaran untuk produk keluaran negara..kalau setakat bercakap dan berceramah pom paang  pom pang semua boleh...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 01:25 PM | Show all posts
AHMADVW replied at 5-10-2015 01:19 PM
bapa kebangsatan malaysia

Berjantung-jantung dgn penulisan anda or awak bakal disimen
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 01:25 PM | Show all posts
berapa agaknya upah dorang dapat yer?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2015 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa elaun gi sambut pM ni?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Adui awat x habaq bleh aku serial samah wat makey
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2015 01:36 PM | Show all posts
edisi dijek menjilat sampai bersih
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok banner/placard semua nampak sepesen

Upah rm10 dgn nasi bungkus..boleh lah tu utk pegang banner
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
hidup najib!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa anjur ne...? Mustahil benda ne nm dijayakan jikalau xda "bantuan" dari atas
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 01:39 PM | Show all posts
banner sepesen
nampak sgt sambut sbb dibayar
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 01:49 PM | Show all posts
hidup najib!!!
- x kn ditangkap

tangkapnajib
- ditangkap
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 01:55 PM | Show all posts
rosmah mana??
jgn tinggal kat milan sudah
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 02:00 PM | Show all posts
diaorg ni dah kenapa...mcm dah lama sangat tak jumpa PM...rindu ke???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2015 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 02:07 PM | Show all posts
hari1 replied at 5-10-2015 05:23 AM
Ramai yang pemimpin pembangkang bercita cita ingin menjadi pm, ingat senang ke jadi pm..antaranya pe ...

meols pin selalu fikir sis, kalo jibby letak jawatan, who's next? zahid komedi? nak tak nak terpaksa la tunggu the next election. by the time harap2 la segala krisis dalaman ni akan selesai..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.078251 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list