Edited by MissMamamia75 at 7-10-2015 11:09 AM
komen KHK buat pakcik - https://www.facebook.com/KHK9Nyawa/posts/1490505467942357
Ke hadapan pakcik. Saya tahu ada kemungkinan tulisan saya ini tidak sampai kepada pakcik, namun saya tawakalkan saja. Mulanya ingin saya ucapkan selamat kembali ke tanah air setelah selesai menunaikan ibadah haji pada tahun ini.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan takziah dan simpati di atas tragedi yang menimpa anak perempuan pakcik. Semoga rohnya aman di sana dan mendapat tempat yang dekat dengan tuhannya. Adapun benarlah yang pergi sudah sememangnya kekal pergi, namun tidak bermakna perkara yang di dunia ini sudah selesai dikambus tanah jua. Kebenaran itu andai tidak diletak di tempat yang sepatutnya, maka zalimlah kita, pakcik. Zalim terhadap arwah dan juga zalim terhadap masyarakat.
Walaupun pakcik mengatakan jika arwah masih hidup, pasti arwah akan memaafkan abangnya, namun itu adalah jika dan hanya jika arwah itu masih hidup. Malang realitinya arwah telah meninggal pakcik. Memang kalau hidup, kita boleh cuba selesaikan cara orang hidup. Boleh pujuk mangsa ampunkan. Tapi sekarang ini kisahnya mati pakcik. Dirogol sehingga menyebabkan pendarahan yang membawa kepada kematian oleh abang kandung, anak sulung pakcik sendiri.
Pakcik katakan telah membuat keputusan setelah bersolat hajat. Sepatutnya pakcik lakukan istikharah pakcik. Mungkin kerana kesilapan teknik meminta petunjuk itu menyebabkan pakcik tega untuk mendiamkan jenayah yang berlaku terhadap tanggungan pakcik. Pakcik ketahuilah sesunggahnya hanyalah insan psychopath sahaja yang akan sanggup melakukan jenayah rogol, dan jenayah rogol terhadap adik kandung sendiri maknanya lebih - lebih lagilah tidak stable keadaan mentalnya. Tidakkah pakcik sedar dengan mendiamkan kes ini bermakna pakcik membiarkan seorang pemangsa/penjenayah/psycopath untuk berlegar - legar dalam masyarakat?
Ya pakcik mungkin ada hak untuk membuat keputusan terhadap apa yang berlaku terhadap anak perempuan pakcik kerana pakcik adalah wali arwah. Namun adakah pakcik mampu memberi jaminan yang anak lelaki pakcik itu tidak akan bertindak sama terhadap anak - anak orang lain di sekelilingnya? Adakah pakcik mampu untuk menampung beban kesalahan lagi kerana membiarkan seorang penjenayah bebas mencari mangsa?
Pakcik, saya tidaklah tahu latar keluarga pakcik. Tidak tahu samada pakcik memilih untuk berdiam diri kerana mahu menjaga air muka keluarga, atau pun kerana anak lelaki pakcik itu adalah provider bagi keluarga pakcik. Kita baru sahaja selesai menyambut hari raya korban pakcik. Pakcik juga baru selesai menjalankan ibadah haji. Ambillah pengajaran dari nabi ibrahim. Demi tuhan yang maha benar, sanggup baginda tinggalkan isteri dan anaknya di tanah kontang mekah. Begitulah pakcik seharusnya bersedialah juga untuk berkorban. Berkorban nama dan keselesaan hidup demi sebuah kebenaran.
Pakcik, sedangkan saya orang asing juga merasa sebak membayangkan arwah anak pakcik itu terlantar keseorangan, sendirian menghadapi maut, tiada sesiapa yang membacakan yassin, tiada sesiapa menyapukan air di tengkuk, tiada siapa yang mengajarkannya mengucap. Tak mungkin pakcik selaku ayahnya tidak mampu untuk membayangkannya bukan? Dan permintaan terakhirnya disampaikan kepada pihak kami supaya kebenaran dan keadilan bagi pihaknya dapat ditegakkan. Saya harapkan pakcik terbuka hati untuk menyempurnakan wasiat terakhir anak perempuan pakcik ini. Jangan biarkan kenangan bersama arwah dicemari dengan kezaliman orang - orang terdekat yang dia kasihi. Sekian saja pakcik, semoga pakcik terbuka mata, terbuka hati.
|