CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6033|Reply: 14

Filem seram di TV9 sepanjang Oktober di slot Saranghae

[Copy link]
Post time 7-10-2015 10:45 AM | Show all posts |Read mode
Edited by annehuda at 7-10-2015 11:27 AM

SEPANJANG Oktober ini, slot Saranghae TV9 bakal menyajikan filem-filem seram dari Korea pada setiap hari Ahad bermula pukul 10.00 malam.
Dimulakan dengan filem Yoga malam ini mengisahkan wanita yang mengikuti kelas yoga untuk menjadi cantik. Namun di sebalik latihan yang dilalui oleh Hyo Jung, ada rahsia disembunyikan oleh pengasas pusat yoga tersebut. Filem ini membariskan pelakon-pelakon seperti Eugene, Cha Soo-Yeon, Park Han-Byul, Jo Eun-Ji, Rie Young-Zin, Kim Hye-Na dan Hwang Seung-Eon.

Pelakon Lee Min Ho bakal menemani peminat pada 11 Oktober menerusi filem Be With Me. Ia mengisahkan kisah-kisah misteri yang berlaku selepas Seo Hee, Nam Hee dan Lan bermain kad tarot. Mengimpikan peluang keemasan, namun seram menghantui mereka. Min Ho bergandingan dengan Shin Ji Su dan Han Ye RI.
Kisah seram sebuah rumah hantu menjadi paparan dalam The Haunted House Project yang bersiaran pada 18 Oktober. Biar pun larangan memasuki rumah berkenaan telah dibuat, namun sebuah syarikat produksi memberanikan diri mengadakan penggambaran di sana. Pelakon yang terlibat adalah Shin So Yul, Yoon Yi Na dan Shin Gyeong Seon.

Filem lakonan Eun Jeong Han, Hyomin dan Min Woo No berjudul Ghastly untuk siaran 23 Oktober. Berkisar tentang sepasang suami isteri yang sering diganggu selepas mengambil seorang anak angkat. Ada kisah misteri yang perlu dibongkarkan dari kanak-kanak tersebut untuk menyelesaikan semua masalah.

manggaonline


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2015 11:02 AM | Show all posts
nak tengok.. awek cun...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 02:14 PM | Show all posts
wah.. citer antu... i loike.. tapi nape ahad malam.. esok tu nak keje.. buat la sabtu malam
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 03:31 PM | Show all posts
ala dh tlepas yg Yoga.. hmm... xpe tgu next week!
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 04:12 PM | Show all posts
ok noted...setiap ari ahad...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 05:04 PM | Show all posts
Mcm best jek tp kol 9 da kena masuk bilik tidokan anak anak. Tengok online je la jawabnye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2015 05:23 PM | Show all posts

i loike korean horror stories!!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 03:58 PM | Show all posts
korea filem ok juga i suka....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2015 03:59 PM | Show all posts
mandybibigan replied at 12-10-2015 03:58 PM
korea filem ok juga i suka....

banyak korea filem i suka tengok
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 04:00 PM | Show all posts
banyak filem korea i pun minat tengok.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 12:24 AM | Show all posts

tv9 ni setiap hari ahad, mmg diorg rajin tayang movie2 korea ni dan me bole cakap pilihan movie2 yg diorg pilih tak pernah mengecewakan setakat ni!
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 09:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 10:17 AM | Show all posts
tapi byk yg da ulang2
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengok yoga sekerat, tengok ghastly sekerat. Iklan panjang sangat. Dalam ghastly, budak tu anak sedara they all, bukan anak angkat. Tapi macam mana ntah ending nya.

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 10:34 AM | Show all posts
ala x sempat pn tengok, xde lagik ker
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.294826 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list