CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2588|Reply: 0

Do More With Less (PTL)

[Copy link]
Post time 9-10-2015 06:50 PM | Show all posts |Read mode
Tugas utama kapal selam ialah covert operation. Perperangan mereka adalah senyap malah operasi mereka adalah sangat rahsia. Tetapi berpandukan buku2 akademik dan juga journal2 terkini kita beruntung kerana sedikit sebanyak kita boleh membaca mengenai sejarah dan taktik kapal selam. Itulah tugas utama kapal selam TLDM yang dikategorikan paling senyap di dunia.

Namun pada berberapa hari lepas sebuah kapal selam Australia kononnya menggemparkan kerana tiba2 muncul di Penang. Sebenarnya kapal selam tersebut telah lama mengumumkan lawatan mereka dan sudah ada syarikat yang pakar dalam naval husbandry yang menguruskan lawatan ini. Kapal selam tersebut memang tidak akan menyelam di port awam tanpa kebenaran dan mematuhi prosedur port visit yang kita tetapkan.

Apapun insiden ini memanggil MMP untuk menulis satu lagi tugas kapal selam yang sangat jarang diperkatakan. Malah begitu asing sekali konsep ini kebanyakkan orang awam akan keliru dgn tugas sebenar kapal selam. MMP akan cuba seperti biasa menulis dalam bahasa yang mudah supaya rakan semua mudah faham dan tidak tenggelam didalam bahasa2 tentera yang rakan2 jarang guna dan dengar.

Ok camgini. Kapal selam memang tugas utama nya ialah cari dan musnah.. Atau cari dan intip.. Namun ada satu lagi role kapal selam dalam menjamin kedaulatan negara.. Iaitu Maritime Diplomacy.

Sebagai contoh.. HMAS Sheean hadir dalam eksesais bersama TLDM dan juga goodwill port visit di Pulau Pinang. Melalui kes ini mari kita kenal pasti cara2 sebuah kapal selam boleh berinteraksi dalam bidang diplomasi maritim, sejauh mana cara2 ini dilaksanakan dan tugas apa sebenarnya yang disandang oleh kapal selam dalam diplomasi maritim.


Ada enam tugas kapal selam dalam diplomasi maritim yang anda perlu tahu.

1. Good will visit

Ini ialah lawatan mesra. Kapal selam singgah di perlabuhan negara dalam lawatan mesra. Lawatan dah di atur dari awal dan kapal selam akan mematuhi protokol yang negara aturkan. Dari segi diplomasi ini menandakan persahabatan dan niat baik. Bukan nak melancarkan perang atau nak invade P. pinang ke apa.. Lebih kepada nak Shoping ada la.

2. Pertukaran Pegawai dan anggota.

Sebenarnya kita dan banyak negara yang bersahabat dgn kita selalu bertukar2 personel. Masing2 akan di tugaskan di kapal2 atau di fasiliti2 dan sering kali pertukaran ini amat menguntungkan kita kerana pengalaman yang kita boleh timba dari mereka. Walaupun ini perkara biasa dalam kapal2 perang.. Ia belum lagi di laksanakan pada kapal selam kita. So far.. Kesemua kapal selam kita tetap dianggotai oleh warga terlatih TLDM. Dari segi diplomasi, negara yang begitu yakin dan sanggup melakukan personell excange merupakan negara sahabat dan sekutu yang baik dan boleh dipercayai

3. Multinational exercises,

Latihan dua atau lebih negara sama dalam kes HMAS Sheean kapal selam ini akan melaksanakan latihan bersama kapal selam Scorpene TLDM. Ini bukan kali pertama Scorpene berlatih Subaswex dgn negara asing. Dulu KD TAR pernah sesah kapal selam SSN hunter killer nuclear kelas Rubis milik perancis 10-0. Latihan bersama TLDM dan Australia dan jua perancis menandakan betapa rapatnya hubungan kedua negara ini.

4. Multinational operations,

Ini ialah operasi kombat dgn negara sahabat. Jarang terjadi dalam kes scorpene buat masa ni kapal selam jiran masih segan nak melakukan operasi bersama dgn scorpene. Mungkin sebab langsung tak dengar scorpene kut.

5. Kemampuan kapal selam untuk deliver payload pada kapal lawan. Ini kira diplomasi jugak. Basically mesej yang kita nak sampaikan kepada kapal lawan ialah "wei aku tak suka la lu masuk area gua" dan mesej itu disampaikan dengan missile atau torpedo ke arah kapal lawan. Semoga mereka dapat membaca mesej itew.

6. Kemampuan menghantar payload kepada sasaan darat. Ini boleh jadi dalam bentuk kruis missile juga atau melalui penghantaran pasukan khas ke celah celah refinery lawan. Mesej yang seperti ini dalam bahasa diplomasi agak kurang ajar sikit.. Mesej biasanya sampai dan ada la se biji dua fasiliti lawan tu berasap.

Dah tu je semuanya metod metod kapal selam kita berdiplomasi dengan negara sahabat dan lawan. Jika anda betul2 baca 1 hingga 6 anda akan perasan takda satu pun tugasan itu melibatkan mencari dan menyelamat kapal terbang terhempas. Kerana sesusngguhnya memang bukan tugas kapal selam ni Search and Rescue tetapi tugas utama nya ialah Search and Destroy.



Sebenarnya sukar aset kapal selam kita nak memenuhi kesemua tugasan ini dgn penuh komitment. Salah satu sebabnya ialah kerana jumlah kapal selam kita terlalu sedikit. Jumlah ideal yang MMP cadangkan ialah 4 buah kapal selam. Tapi sayangnye tade bajet.

Ikan Jerung Hantu

Sumber rujukan theories on maritime diplomacy oleh Christian La Mière dan James Cable

http://malaysiamilitarypower.blogspot.my






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.051081 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list