CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1750|Reply: 14

[Tempatan] Denda RM1,000 jika hilang MyKad kali ke-3

[Copy link]
Post time 11-10-2015 09:44 PM | Show all posts |Read mode



PUTRAJAYA – Kadar fi atau denda bagi penggantian MyKad yang hilang akibat kecuaian akan dinaikkan bermula 15 Oktober ini, kata Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Dasar Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Adenan Ab. Rahman.

Beliau berkata, fi bagi kehilangan kali pertama kekal pada kadar RM100 manakala kehilangan kali kedua dinaikkan daripada RM200 kepada RM300 dan bagi kehilangan kali ketiga dan seterusnya dinaikkan daripada RM300 kepada RM1,000.

Bagaimanapun katanya, pengecualian kadar fi diberikan kepada orang kelainan upaya, fakir miskin, warga emas berumur 60 tahun ke atas, mangsa bencana, kes jenayah se­perti kecurian, samun dan ragut serta remaja warganegara Malaysia berusia bawah 18 tahun.

“Kenaikan fi itu adalah sebahagian daripada penambahbaikan prosedur penggantian MyKad berikutan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan kadar kehilangan MyKad akibat kecuaian dari 2010 hingga September 2015 adalah 1,356,135 kes.

“Kaedah pelaksanaan penambahbaikan prosedur ini tidak akan mengambil kira sejarah kehilangan kad pengenalan sebelum ini dan kadar fi baharu hanya akan bermula pada tarikh kuat kuasa prosedur ini," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2015 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
uwaaa......dlm masa 5thun 1.3mil kes....


brp byk dah nepal,mynmar , vietnam & indon dah sama  nama dgn msian...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Good move....
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduyaiiiii mhl nye rm1000....kang lps ni sapa yg da hilang kali ketiga terus x buat ic smp ke sudah....
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
klu kena ragut rompsk curi purse@wallet dgn ic sekali derang ambik ptt x yah la kena denda la..aku dulu onh kena ragut..kena denda jgk hu hu.ptt dh ada polis report dh yah bayo denda..bkn sengaja nk hlgkn.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 06:31 AM | Show all posts
baguih ar ... utk mengajar those to be extra careful menjaga IC deols
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2015 06:39 AM | Show all posts
Bagus. Ni memang betul2 kena cash.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 04:07 PM | Show all posts
kdg2 kemalangan takleh dielakkan......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2015 04:45 PM | Show all posts
rosmahisham replied at 12-10-2015 06:20 AM
klu kena ragut rompsk curi purse@wallet dgn ic sekali derang ambik ptt x yah la kena denda la..aku d ...

kalo kena ragut, hilang atau diseluk saku hingga hilang kena denda....

unless kalo dirompak dgn menggunakan senjata, baru tak kena denda....

aku dgn kawan2 aku penah kena..katanya kalo tak nak kena denda, kena edit balik laporan polis kata dirompak bersenjata...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 04:48 PM | Show all posts
denda SERIBU tu untuk warganegara je.
untuk pendatang bangla, nepal, myanmar yg nak buat
suma free je (sekali extra tittle bumi)
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 04:51 PM | Show all posts
katanya rekod sebelum2 ni semua akan jd 0..
lepas tu ada kategori.. kalau hilang sebab jenayah, oku, bdk2, bencana etc. dikecualikan denda tu..
gitu la kiranya...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
green_coffee replied at 12-10-2015 12:17 AM
Aduyaiiiii mhl nye rm1000....kang lps ni sapa yg da hilang kali ketiga terus x buat ic smp ke sudah. ...

iols le tu...
xmau hilang weiiii
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 05:08 PM | Show all posts
rosmahisham replied at 12-10-2015 06:20 AM
klu kena ragut rompsk curi purse@wallet dgn ic sekali derang ambik ptt x yah la kena denda la..aku d ...

kalo ikut ayat atas tu


Bagaimanapun katanya, pengecualian kadar fi diberikan kepada orang kelainan upaya, fakir miskin, warga emas berumur 60 tahun ke atas, mangsa bencana, kes jenayah se-perti kecurian, samun dan ragut serta remaja warganegara Malaysia berusia bawah 18 tahun.

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 05:09 PM | Show all posts
shernazz replied at 12-10-2015 04:53 PM
iols le tu...
xmau hilang weiiii

sorry..

nak tanya..mcm mana boleh hilang ic..hilang purse jgk ke? sbb ic selalu dlm purse kan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Good move

Hati2 ye, selepas ini indon tuju dompet dulu. Bukan uang nya tapi ic nya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-5-2025 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.046318 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list