CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9190|Reply: 27

Susahnya Jadi Wanita Noks - Ezany

[Copy link]
Post time 31-10-2015 01:09 PM | Show all posts |Read mode

Di Malaysia boleh dikira dengan jari pelakon yang berani memegang watak lelaki lembut atau berpakaian seperti wanita. Tak kira menerusi drama atau teater lebih bersifat gurauan dan menyerlahkan sisi lucu melalui aksi liuk lentuk, lenggang lenggok dan solekan mampan, watak itu bukan semua pelakon lelaki mampu lakukannya. Hakikatnya, di negara kita ada pelakon lelaki yang berani mengambil watak seumpama itu antaranya Imuda, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Datuk Jalaluddin Hassan, Awie, Fizz Fairuz, Rusdi Ramli, Norman Hakim, Dafi dan Amerul Affendi. Terbaharu pelakon dan ahli perniagaan, Ezany Nizariff pula buat pertama kali melakonkan watak itu dalam super telefilem terbitan Zeel Production bagi siaran Astro.

Dalam super telefilem arahan Sabri Yunus itu, Ezany memegang watak sebagai Che Puteh, lelaki lembut yang bekerja sebagai tukang jahit di kampungnya dan pada masa yang turut menjadi penari hadrah pada sebelah malam. Penggambaran super telefilem ini dilakukan di Perlis baru-baru ini. Pengalaman pertama melakonkan watak sedemikian diakui Ezany cukup mencabar. "Susah juga nak jadi 'wanita' dalam cerita ini. Kusut jadinya sebab nak kena pakai bulu mata tebal dan coli. Ia pengalaman yang cukup menyeksakan namun saya cabar diri. Sekarang saya mula tahu betapa susah jadi penari latar di TV. Saya juga perlu menari dalam cerita ini. Tambah pula kena menari depan orang tetapi ketika sesi latihan tak ramai yang tengok. Che Puteh hanya memakai wanita ketika menjadi penari hadrah sahaja.

"Biasalah menjalani penggambaran di kampung, memang ramai yang berpusu datang ke set. Gementar punya fasal, habislah lupa langkah tarian. Mujurlah saya menari tanpa perlu pakai kasut tinggi. Bayangkan kalau saya kena menari pakai kasut tinggi, ke laut jadinya nanti. Yang bertambah lucu, ketika memakai perempuan... ramai yang tak perasan itu saya. Hinggalah saya bercakap, baru pecah lubang.

"Memandangkan Che Puteh ini seorang tukang jahit, jadi dia memang gemar bereksperimen pelbagai fesyen kebaya dan baju kurung," katanya. Menurut Ezany, watak ini sebenarnya cukup menguji mentalnya. Sabri selaku pengarah tidak mahu Che Puteh ini menjadi lelaki yang terlalu lembut.


"Jadi saya kena berada di tengah, tak boleh menjadi lelaki terlalu keras dan lembut perwatakannya. Di sebalik semua ini, Sabri cuba menyampaikan mesej bahawa orang Melayu mesti pertahankan budaya dan tarian zaman dahulu seperti Hadrah asalkan tidak keterlaluan serta melanggar batas agama," katanya kini yang berdepan kemelut rumah tangga yang belum berkesudahan dengan isteri, Lizda Nuryanti Abidin Super telefilem Che Pa dijangka bersiaran pada Februari 2016 di Astro Box Office. Selain berlakon, Ezany juga sibuk dengan perusahaan produk makanan seperti kicap, belacan dan sos.


Amboi, dah x de job ke sampai berlakon jadi podan pun sanggup.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2015 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada iras kak ton
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2015 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Rusdi ramli ttp d best...hujung2 saka rimau pun confuse
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2015 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm muka sajat pulak
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2015 04:17 PM | Show all posts
chuols x tahu ke projek drama hadrah sabri yunus ni berduyun2 retis lelaki berebut nk dpt part...sbb story pasal ghazal party queen ni mmg legend dan award material gitu

antara yg x lepas audition kabarnya Faizal Hussein

yg dapat ezany & namron.

silap2 ezany leh menang ASK next year

p/s: 15 tahun lepas teater ghazal party queen, watak ponen penari dipegang oleh abam Mubarak Majid.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2015 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput replied at 31-10-2015 04:17 PM
chuols x tahu ke projek drama hadrah sabri yunus ni berduyun2 retis lelaki berebut nk dpt part...sbb ...

Dulu watak2 ponen ni mmg rare chuols. Tak de laki yg berani bawak watak tu sampai era rusdi ramli jd pondan, br ramai yg nk pog watak pondan. Out from the closet gitu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2015 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols nk Aaron Aziz jd pondan
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2015 05:08 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2015 05:23 PM | Show all posts


Vole lawan Ashraf Muslim ke?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2015 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Adeh buruk nau muka asraf muslim
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2015 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Rhyno replied at 31-10-2015 05:23 PM
Vole lawan Ashraf Muslim ke?

Ya aMpun Ashraf Muslim


Nasib baik dah insaf
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2015 05:32 PM | Show all posts


Yang ni pun lawa uols....
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2015 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila dah mekap nampak cantik plak ezany
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2015 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
pondan pun pondan lah asal ada job
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2015 06:45 PM | Show all posts






Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2015 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Rhyno replied at 31-10-2015 05:32 PM
Yang ni pun lawa uols....

cantik,jehan eh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2015 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak susah mana pun jadi pompuan ori
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2015 10:31 PM | Show all posts
choiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2015 11:13 PM | Show all posts
arwah Faizal Yusof pun pernah berlakon jadi perempuan. drama Zaharul vs Zarina
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2015 11:16 PM | Show all posts
choii hahahahaha
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.071701 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list