CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1583|Reply: 5

Melayu penduduk asal Malaysia

[Copy link]
Post time 9-11-2015 06:01 PM | Show all posts |Read mode
Melayu penduduk asal MalaysiaNovember 9th, 2015 | by admin

Persamaan antara Mitochondrial DNA (mtDNA) antara orang Melayu dengan Orang Asli dan perbezaannya ber-banding orang China boleh dianggap bukti yang mendiamkan keriuhan golongan yang mencanangkan teori Melayu sebagai pendatang.

Kajian genetik yang dilakukan Universiti Sains Malaysia (USM) bersama Universiti Oxford dan Universiti Leeds itu, mendapati mtDNA orang Melayu lebih berusia berbanding orang China dari Tanah Besar China.

Data yang dibandingkan dengan dapatan Kong EtAl pada tahun 2010 itu, membabitkan sejumlah 6,093 sampel individu dari 84 kawasan penempatan di China itu, menolak dakwaan sesetengah pihak yang menganggap orang Melayu sebagai pendatang dan bukan penduduk asal kepulauan Melayu.

Pengarah Penyelidikan Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia USM, Prof Madya Dr Zafarina Zainuddin, berkata dapatan itu menunjukkan mtDNA Melayu di kepulauan Melayu berusia di antara 50,000 hingga 60,000 tahun, iaitu 15,000 tahun lebih tua daripada orang China.

“Kajian ini merumuskan pergerakan manusia di Tanah Besar bermula dari bahagian selatan dan naik ke utara China selepas berlakunya banjir besar di benua Sunda dan bukan sebaliknya seperti sering didakwa.

“Bukan setakat mtDNA di selatan China lebih muda dibandingkan dengan kepulauan Melayu, malah penemuan arkeologi turut membuktikan sudah ada kehidupan di kepulauan Melayu sejak 40,000 tahun yang lalu katanya pada Forum Bicara Bestari, Melayu Bukan Pendatang di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Hasil dapatan tepat, tersimpan

Forum dipengerusikan Pengarah ATMA, Prof Dr Nor Hashimah Jalaluddin itu, turut dibarisi Felo Penyelidik Utama ATMA UKM, Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman dan Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, (DBP) Prof Datuk Seri Dr Md Salleh Yaapar.

Zafarina berkata, hasil dapatan daripada MtDNA adalah tepat kerana ia diwarisi turun-temurun daripada satu generasi kepada generasi dan tidak akan ‘terputus’ dengan mudah, melainkan berla-ku bencana besar-besaran yang menyebabkan seluruh populasi hilang.

Katanya, DNA terdapat dalam semua sel badan dan boleh didapati daripada sel biologi seseorang sama ada ketika hidup atau mati, malah berupaya kekal dalam jangka waktu yang lama sehingga ia boleh didapati daripada sampel fosil yang disimpan dengan baik.

Tambahnya, bukti mtDNA dilakukan USM bersama Universiti Leeds dan Oxford, senada dengan kajian yang mengatakan populasi peninggalan paling tua di dunia ialah Orang Asli Semang dari Semenanjung.

“Apabila membuat kajian DNA berkenaan, kita temui sesuatu yang hampir sama dalam DNA orang Melayu dan Orang Asli Semang yang menandakan kedua-dua masyarakat ini berada dalam rumpun yang sama, sekali gus menjadikan Melayu sebagai bangsa yang sangat tua dari kepulauan Melayu.

“Rumpun Melayu berasal dari kawasan yang luas tetapi disebabkan faktor seperti perubahan geografi dan politik, ramai merasakan Melayu hanya merujuk kepada Melayu di Semenanjung Melayu saja,” katanya.

Mengenai dakwaan orang Melayu berasal dari Taiwan, Zafarina berkata, ia lebih mudah untuk dinafikan kerana pergerakan keluar dari Taiwan hanya ditunjukkan dalam tempoh 10,000 tahun yang lalu.

Terikut teori lapuk

Sementara itu, Md Salleh berkata, masyarakat perlu dididik mengenai kebenaran kerana sehingga kini masih ada sesetengah pihak termasuk ahli politik yang terikut teori Out of Taiwan dipelopori ahli arkeologi, Peter Bellwood.

Beliau yang kesal dengan keadaan itu berkata, daripada menghukum mereka yang masih terus menganggap masyarakat Melayu adalah pendatang dari China dan Taiwan, lebih wajar mereka dididik melalui siri forum mengenainya.

“Kepercayaan mereka ini disebabkan tulisan Bellwood melalui Taiwan and the Prehistory of the Austronesians-Speaking Peoples pada tahun 1998.
“Bellwood mendakwa 4,000 tahun lalu rumpun manusia Melayu-Polynesia berhijrah dari selatan China, melalui Taiwan ke Asia Tenggara dan seterusnya ke pulau di Pasifik Selatan serta ke Madagascar.

“Teori ini tidak mempunyai bukti kukuh, malah kajian menunjukkan nenek moyang Melayu-Polynesia sudah mencapai kemahiran pertanian di kepulauan Melayu lebih awal,” katanya.

Menurut Md Salleh, teori Out of Sundaland oleh Ahli Sains Universiti Oxford yang juga mantan profesor arkeologi USM, Dr Stephen Oppenheimer yang disokong berasaskan analisis DNA, arkeologi dan etnologi adalah lebih tepat, malah selaras dengan bukti genetik oleh Human Genome Organisation.

Hanya kepulauan Melayu terselamat Oppenheimer menghujahkan sekitar 16,000 tahun lalu, Asia Tenggara sebagai tanah besar yang juga pusat awal peradaban dunia dinamakan Sundaland, sekali gus sudah mempunyai penduduk tempatannya sendiri. “Bagaimanapun, pada akhir Zaman Air Batu, benua Sunda ditenggelamkan banjir besar disebabkan kenaikan paras air laut menyebabkan hanya kepulauan Melayu tinggal di atas paras air.

“Disebabkan kejadian itu, sebahagian besar penduduk benua Sunda terpaksa berhijrah ke tempat lain termasuk ke Indochina dan Taiwan di utara dan ke pulau Pasifik Selatan di timur serta ke Madagascar di barat, manakala yang lain kekal tinggal di tempat asal yang sekarang dikenal sebagai Kepulauan Melayu,” katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2015 04:27 PM | Show all posts
org asli baru penduduk asal malaysia.
melayu adalah keturunan org cina dan india
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 03:51 AM | Show all posts
melayu adalah keturunan Nabi Adam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2015 09:35 AM | Show all posts
org asli baru penduduk asal malaysia.
melayu adalah keturunan org cina dan india


INDIA DAN CINA PUN TAK SAMPAI LAGI KAT TANAH MELAYU....
INDIA DATANG KE TANAH MELAYU PAKAI KAIN PUTIH JE..MASA TU DIPANGGIL KELING PARIA..KASTA PALING RENDAH DAN DIHALAU DARI INDIA SEBAB KAUM INDIA KAT INDIA PUN TAKNAK MEREKA..
CINA DATANG TANAH MELAYU SEBAB MEREMPAT KAT TANAH SENDIRI...DIBUNUH OLEH KAUM SENDIRI..OMPUTIH TANGKAP DAN DIJADIKAN KULI KAT TANAH MELAYU..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2015 09:38 AM | Show all posts
Kedatangan Imigran Cina ke Tanah Melayu

1. Pembangunan dan kepesatan ekonomi Tanah Melayu telah menggalakkan kedatangan buruh-buruh asing untuk bekerja di kawasan perlombongan bijih timah, estet-estet getah dan kawasan pertanian ladang.
2. Faktor ekonomi merupakan pendorong utama kemasukkan imigran ditambah lagi dengan pemerintahan kuasa British di Pulau Pinang dan Singapura yang telah memudahkan lagi kemasukan imigran.
3. Kemasukan imigran ini adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor penolak iaitu yang mendorong mereka untuk meninggalkan negara masing-masing seperti peperangan, kebuluran dan lain-lain.
4. Kerajaan British juga telah menggalakkan agar imigran ini berhijrah ke Tanah Melayu.
5. Orang-orang Melayu juga tidak menentang kedatangan kaum imigran ini.
6. Imigran China dan India telah lama mengenali Tanah Melayu sebagai salah satu pusat perdagangan yang penting suatu masa dahulu, ini telah mendorong mereka untuk berhijrah ke Tanah Melayu.
7. Keadaan ekonomi Tanah Melayu yang sedang pesat membangun melalui perusahaan Getah dan bijih timah telah membuka banyak peluang pekerjaan.
8. Politik di Tanah Melayu juga berada dalam keadaan stabil di bawah penjajah British, dan ini telah menarik lebih ramai golongan pemodal dan imigran asing ke Tanah Melayu
Kedatangan Buruh Cina
1. Kedatangan Buruh dari China secara besar-besaran bermula sejak awal abad ke-19 yangkebanyakkan berasal dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Kwangsi dan Fukien.
2. Kedatangan buruh ini ke Tanah Melayu adalah melalui beberapa cara seperti sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan, dan sistem pengambilan rumah kongsi.
1. Ramai dikalangan imigran Cina telah datang ke Tanah Melayu melalui sistem tiket Kredit.
2. Imigran Cina yang ingin datang ke Tanah Melayu akan dikumpulkan oleh Kheh-thau ( Ketua ), orang yang bertanggunjawab mengumpulkan masyarakat tempatan di China sebelum di bawa ke Pelabuhan.
3. Kheh-thau ini akan dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran China yang dibawa oleh mereka.
4. Imigran yang datang ini dipanggil Sin Kheh dan diletakkan dibawah pengawasan nahkoda kapal atau agensi buruh yang biasanya telah menerima bayaran daripada bakal majikan imigran berkenaan.
5. Imigran yang datang dengan cara ini terikat dengan perjanjian untuk bekerja bagi satu tempoh masa sehinggalah hutang tambang mereka dijelaskan.
6. Selepas itu mereka bebas berkhidmat dengan sesiapa sahaja yang merek suka.
7. Mereka akan dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka akan tuju serta keterangan sama ada mereka bebas atau berhutang.
8. Mereka akan dibawa oleh orang tengah atau pemborong buruh dengan bayaran tertentu kepada pihak majikan.
9. Kerajaan British di Tanah Melayu telah mewujudkan jawatan pegawai pelindung buruh dari China pada bulan Mac 1872.
10. Ia adalah bertujuan untuk mengawasi kemasukan buruh dan imigran dari China.
11. Beberapa undang-undang telah dilaksanakan bagi membaiki sistem pengambilan buruh.
12. Pada 30 Jun 1914, sistem tiket kredit ini telah digantikan dengan dengan sistem pengambilan Kakitangan ataupun pengambilan rumah kongsi.

Sistem Pengambilan Kakitangan
1. Melalui sistem ini, majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China bagi mendapatkan tenaga buruh.
2. Segala tambang dan perbelanjaan buruh tersebut akan dibiayai oleh majikan.
3. Pegawai yang dihantar tersebut adalah bertanggungjawab untuk mengiringi buruh-buruh tersebut sehigga mereka sampai di tempat majikannya.

Sistem Pengambilan Rumah Kongsi
1. Di bawah sistem ini, pemgambilan buruh adalah dilakukan oleh pegawai dinegara China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi.
2. Pegawai tersebut akan membaiyai segala perbelanjaan buruh-buruh tersebut sehingga mereka sampai di rumah kongsi.
3. Pembawa buruh tadi akan dibayar oleh tuan punya rumah kongsi dengan kadar yang telah dipersetujui bagi setiap buruh yang dibawanya.

Secara Berkumpulan ( Foochow )
1. Pada awal abad ke-20, cara kedatangan imigran ini telah berubah terutamanya di Sarawak.
2. Charles Brooke melalui syarikatnya di Singapura telah menaja kemasukan buruh ke Sarawak.
3. Buruh ini masuk ke Sarawak secara berkumpulan seperti yang dianjurkan oleh orang Foochow di Sarawak.
4. Kumpulan pertama dibawa masuk selepas adnya persetujuan di antara Wong Nai Siong, seorang ketua Foochow di Sibu, dengan Charles Brooke untuk menjemput petani Cina menerokai Lembah Rajang.
5. Lebih kurang 570 orang Foochow telah dibawa masuk ke Sibu pada bulan Januari 1901 dan bulan Mac.
6. Kaum imigran ini amat diperlukan untuk mengusahakan tanah dan membangunkan sektor pertanian gambir dan lada hitam.



Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 01:41 AM | Show all posts
phonon replied at 25-11-2015 03:51 AM
melayu adalah keturunan Nabi Adam.

keturunan yg mengamalkan INCEST   
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.064654 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list