CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2641|Reply: 4

[Tempatan] Syukur ada Alvin Tan – Nik Aziz Afiq Abdul

[Copy link]
Post time 13-11-2015 08:54 AM | Show all posts |Read mode
Syukur ada Alvin Tan – Nik Aziz Afiq Abdul                                                                                                                                                                                                                Published: 12 November 2015 10:52 PM

                                  Hari ini seperti biasa dan terlalu kebiasaan sebenarnya umat Islam marah-marah pada Alvin Tan. Ekoran gambar beliau yang "menghina" Al-Quran.        Habis dihamburi ejekan, kejian, doa laknat, malah ugutan bunuh demi "mempertahankan" kesucian Islam.


Waktu ini adalah waktu terbaik untuk menunjukkan masing-masing adalah jaguh.


Siapa paling kuat berkokok maka dialah pemenang.        Ketika saya dijemput menjadi ahli panel dalam forum mahasiswa di festival Konvokesyen Unisel beberapa minggu lalu saya sebutkan dengan jelas.


Malaysia negara penuh krisis, ketirisan sana sini, ketidakcekapan urus tadbir yang menakutkan namun segala isu dan krisis ini dengan mudah dilupakan bila kita bangkitkan sentimen agama dan kaum.       

                     Percaya atau tidak gambar Alvin ini lebih mendidihkan darah masyarakat kita berbanding dengan berita kemasukan gergasi (raksasa kapitalis) syarikat multinasional Amerika ke dalam negara sesudah TPPA dimuktamadkan?       

Adakah Al-Quran terhina dengan tindakan Alvin?        Bagi saya kita melihat dalam dua aspek, jika melihat Al-Quran itu sebagai sebuah buku yang ada helaian muka surat dari kertas, maka ya ia dihina. Kertas itu sudah kotor.       

Namun jika kita melihat Al-Quran sebagai kalam Allah yang memimpin dan menjadi panduan pada kita maka tindakan Alvin itu hanyalah keanak-anakan. Ibarat budak tadika yang menconteng satu sudut dinding rumah saja. Ia bukan isu sangat pun!

Al-Quran dan Islam tidak terjejas kesuciannya.        Kalau kita melihat Al-Quran dengan perspektif kedua (bukan sekadar buku bertulisan Arab) maka pasti kita akan bangkit menentang pemimpin negara yang bergelumang dengan rasuah.

Mereka berada di atas sana dengan memakai nama Islam namun pecah amanah, tidakkah itu menghina wahyu Allah yang kononnya mereka imani?

Mereka menghalalkan apa yang diharamkan Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan Allah adakah itu tidak cukup kuat untuk kita mendidih marah?

Bila berdepan pemimpin begini kita kata sabar, bila berdepan dengan taik Alvin kita menggila.

Tidakkah itu sejenis kebodohan?        Belum dilihat para mufti setiap negeri.

Bila berfatwa maka yang keluar dari lidah adalah apa yang diredai dan direstui pemerintah.

Bukan perkara aneh mufti kita menghukum bughah pada orang yang tidak bersubahat dengan rejim pemerintah dan menghukum harus pada upacara syirik masuk rumah demi menyenangkan hati menteri besar a.k.a punca rezeki mereka.

Kadang-kadang sendawa pun dengar mirip-mirip sama antara mufti dan pemerintah dek kerana kerap mengajuk dan mengiakan selama ini.        Kenapa penghina Al-Quran dalam kelas begini tidak dilawan? Tidak dikeji? Tidak dihamburkan makian?

Mereka lebih menghina Al-Quran kerana mengaku dan menzahirkan diri sebagai Islam.


Alvin tu kafir maka nak hairan apa tengok dia tak hormati Al-Quran?        Tinggalkanlah isu remeh yang ditimbulkan individu atau kumpulan yang gersang perhatian.

Kita ada banyak isu besar yang perlu dilawan. Memaki hamun pada Alvin tidak menjadikan Islam semakin suci pun.       


Buat Alvin, saya kesal kerana sikap kamu terus menyemarakkan rasis, rasis menjadikan rakyat negara ini berpecah belah dan tidak bersatu melawan syaitan kapitalis yang makin galak menghisap darah rakyat. Kamu telah menjadi penyebab pemimpin negara makin tak malu untuk rasuah sana sini, kerana walau buruk mana pun peribadi mereka, semuanya berjaya terhindar dan mengaburi mata rakyat dengan taik kamu.

Rasuah berbilion sekalipun, taik kamu menjadi penyelamat mereka. Akhirnya masyarakat sibuk melawan kamu daripada kerajaan korup.        Jauh di sudut hati, saya doakan kamu beroleh taufik hidayah, atau paling tidak daripada zuriat keturunan kamu lahirnya generasi abid yang mengenal dan memahami indahnya hidup bila Allah menjadi tujuan. Amin.


– 12 November, 2015.        * Penulis ialah ahli jawatankuasa Pusat Pemuda Sosialis.        * Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider. -


Sumber: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.va0eOTMD.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2015 09:00 AM | Show all posts
laaaaa.....tak habih2 lagi duk komen isu anak cina bewak ni....
biag pi la dia nak provoke sampai terkeluag juboq dia, kita toksah duk tolong viralkan ...
lg kita duk komen viralkan, lagi dia suka, sbb tu la yg dia nak
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Yer ker...mamat ni ddk dlm tempurung ke apa..isu negara lg org mendidih..takat anak cinapig terlebih ulat babi dlm otak tu xde la org heran sgt berbanding isu2 besar lain...just another guy with his stupid opinion..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
......Apabila manusia sudah menjadi 'tuhan'(kiasan).
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 10:34 AM | Show all posts
penulis baru keluar gua ker?  dia tak pernah tgk kemarahan rakyat semasa perhimpunan BERSIH?

kes Alvin ni tk der pun org meroyan sampai nak berhimpun bagai.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.051500 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list