CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: d_dalia

Produksi A.Aida dan TV3 berpisah tiada..update:bln dpn 1 telefilem utk TV3

[Copy link]
Post time 18-11-2015 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
AshkieLa replied at 18-11-2015 08:43 AM
mak beto yg sumpah noks..
then beto dtg kampung tu untuk leraikan sumpahan...
arahan Melissa Sai ...

Itu memula, mak dia sumpah diorg akan jadi pemarah. Last skali Beto sumpah penduduk tu pulak jadi selembut lembutnya. Hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2015 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 18-11-2015 08:42 AM
Haah yg tu la.series dh x de beto n shera.mcm x best je.

Tak silap iolss heroine dia bagi si Intan Ladyana pegang. Maybe sebab Shera Aiyob dah pakai tudung kot.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 03:56 PM | Show all posts
selalu dgr anak2 jiran nyanyi..

sory sory sygku...i love u...
sory sory sygku...i miss u..

pk sorg diri...lagu apa la budak2 ni nyanyi..dah la baru umo 7,8 tahun..

rupanya...hahahah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2015 11:50 AM | Show all posts
Puas duduk pejabat sendiri


Ketika penerbit lain mengeluh peluang menghasilkan drama semakin tertutup, A Aida pula terus gigih melebarkan empayar A Aida Production.
Selepas lima tahun menyewa, Aida, 43, mampu tersenyum bangga apabila mempunyai pejabat sendiri serta menggajikan 16 pekerja.
Menerusi perancangan rapi serta hasil berjimat cermat, Aida puas impiannya menjadi kenyataan.
“Syukur usaha saya membuahkan hasil dan dapat merasa duduk di pejabat milik sendiri. Saya anggap ini rezeki yang dikongsi dengan semua kakitangan saya.
“Proses pengubahsuaian pejabat ini menelan kos RM100,000 dan saya sangat puas hati kerana dapat melihat keindahan bandar raya Kuala Lumpur termasuk Menara Berkembar Petronas KLCC dari bilik saya,” katanya.
Meskipun gembira, Aida mengakui awalnya ragu-ragu untuk mempunyai pejabat sendiri kerana dihantui pelbagai kemusykilan.
“Macam-macam persoalan bermain di fikiran, antaranya bimbang tak mampu bayar gaji pekerja yang ramai. Saya ada juga bertanya dengan kawan-kawan dan mereka bagi pandangan berbeza.
“Akhirnya saya berjumpa seorang ustaz bagi mendapatkan nasihat dan terpikat dengan kata-katanya yang sangat mendalam. Jelasnya mungkin ini rezeki saya yang datang menerusi pekerja.
“Ia menguatkan azam saya untuk terus membangunkan A Aida Production serta memiliki pejabat sendiri. Selain kakitangan tetap, saya juga mempunyai 60 pekerja sambilan dalam bidang produksi,” katanya ketika pelancaran pejabat A Aida Production di Wisma Rampai, Setapak, baru-baru ini.
Menurut Aida, pejabatnya dilengkapi bilik mesyuarat, bilik suntingan, bilik rakaman audio dan bilik penyimpanan peralatan penggambaran.

Tak kisah berbelanja besar

Jelas Aida, dia bersyukur apabila dalam sebulan ditawar menerbitkan tiga hingga empat drama. Paling sikit pun, dua drama sebulan.
“Saya bekerja keras menghasilkan kertas kerja drama untuk mana-mana stesen TV. Kalau satu tawaran ada 25 episod, ia sudah memadai untuk kerja sebulan.
Kini, produksi saya sibuk menyiapkan penggambaran telefilem Cik Siti Tanah Masyhur yang menemui penonton di TV3 bulan depan. Saya sanggup berhabis untuk projek ini memandangkan ceritanya sangat menarik.
“Saya beli kamera berteknologi tinggi berharga RM150,000 dan drone untuk digunakan ketika penggambaran.
“Cik Siti Tanah Masyhur adaptasi kisah benar yang berlaku di Johor. Ia mengisahkan seorang wanita berkahwin dengan 99 lelaki yang dibintangi Izara Aishah, Sabhi Saddi dan ramai lagi nama besar,” katanya.
Aida turut sibuk dengan penggambaran drama Bodyguard yang membariskan pelakon Fattah Amin, Idris Khan, Azrel Ismail dan Lan Siro.
“Selain menampilkan pelakon berpengalaman, saya tak lupa selitkan nama baru dalam drama saya. Dalam drama Hello Mr Perfect misalnya, saya ambil Nur Ruhainies.
“Tak dinafikan saya ada dengar macam-macam komen mengenai persembahan pelakon saya, tetapi tak kisah apa orang cakap kerana yang penting Hello Mr Perfect jadi trending.
“Selain itu, saya berhasrat memiliki saluran televisyen sendiri satu hari nanti. Persediaan dibuat ke arah itu,” katanya.


Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 11:52 AM | Show all posts
mcm2 tajuk skang kan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 12:35 PM | Show all posts
dia kira berjaya la. kat tv3 bukan sng nak dapat slot. org org tertentu sahaja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2015 01:28 PM | Show all posts
and sure tv3 tgk performance slot.. bape banyak org tune in tgk slot tu.. kalau tak banyak, mesti xkan dpt contract lg ngan tv3.. kalau xnak tgk cite tu, baikla alih gi channel lain jangan dok hadap.. nanti dorg nye stats harusla tak accurate.. kihkihkihh...

aku stuju je cite2 a.aida nie serba serbi tak best.. dari pelakon, jalan cite, tajuk cite, ost..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
wpun drama terbitan sheols hauk & tasteless tp aku kagum dgn semangat sheols yg pandai meniaga dan menten business.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.049036 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list