CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18808|Reply: 108

Nenek korang best tak?

  [Copy link]
Post time 19-11-2015 02:17 PM | Show all posts |Read mode
Bila baca kisah2 MIL kat sini, aku teringat mak aku. Saja aku buka thread ni nak cerita kesan pada cucu bila dapat MIL begitu. Terkadang jeles jugak aku tengok orang baik dengan nenek diorang. Tapi kitorang dari kecil dibenci die.

Mak aku memang bukan menantu pilihan nenek. Nenek aku dah plan untuk kawenkan ayah aku dengan sorang perempuan ni. Anak orang kaya kat kampong dia. Sayangnya ayah aku terkejar2kan mak aku. Mak aku ni pulak memang bukan keturunan kaya. Maknya pun kira asnaf still dapat zakat sampai harini. Jadi kawenlah mereka dengan kenduri yg kecil dan nenek aku langsung tak datang kenduri tu. Perempuan tu pulak jadi cikgu darjah 5 aku. Masa aku darjah 3, dia ada bagi kad kahwin dia kat aku. Time tu aku blur kenapa dia bagi kat aku. Mak aku pernah terjumpa cikgu tu masa kat klinik ibu dan anak. Bila aku dah tau cerita selalu gak usha cikgu n ayah aku bila dia dating amik report card. Yg best aku je tak pernah kena cubit dgn dia.

Sesudah mak ayah aku kawen, diorang pindah ke Borneo atas tuntutan kerja dan lahirlah aku. Masa aku lahir, nenek aku langsung tak datang tengok (takde Air Asia kot time tu) Hanya nenek angkat mak aku (yg sekampung dgn nenek aku datang). Penderitaan bermula selepas arwah atuk aku meninggal dan ayah bertukar ke semenanjung. Tinggal plak 4 batu dari rumah nenek. Nenek aku ni sangat jeles dgn mak aku sebab masa arwah atuk hidup, arwah kata mak aku rajin dan pandai masak. Selalu dia bawa keluar jalan2. Memang arwah layan mak aku dgn baik la. Yg nenek aku kerja pagi sampai petang bertandang rumah orang jaja cerita pasal mak aku. Jadi orang kampong tau pasal mak aku. Perangai nenek aku suka bertandang ni memang dari ayah aku kecil begitu. Dah la adik beradik ramai. Ayah aku la yg jaga diorang kat rumah bila nenek aku 'bekerja'. Berak kencing makan pakai semua ayah aku buat.

Tapi sayang, ayah aku tak disayang seperti sepatutnya. Bila ayah minta duit beli buku, dia kata takde duit. Bila datang adik beradik lain, ada pulak duitnya. Sampaikan ayah aku tak sambung belajar ke peringkat U disebabkan nak jaga nenek aku. Masa nak SPM, ayah aku dah tak belajar sampai cikgu pun menangis sebab ayah aku ni pelajar pintar tapi boleh cakap dia datang sekolah nak dapat sijil je. Fokus dalam kelas, buat kerja rumah semua dia buat tapi tak boleh nak belajar betul2 sebab nak jaga nenek. Nenek aku time tu ada anak kecil lepas tu dapat khabar atuk aku kawen lain (rasain) jadi macam sasau. Jadi ayah aku la kena jaga adik2 semua.

Jadi bila dah pindah, makin macam2lah nenek aku buat dekat mak aku. Aku kecil lagi time tu. Tapi ingatlah macam mana dia layan kitorang dgn dingin. Duit raya tak bagi kat kami tapi cucu lain dapat. Ada sekali tiba2 dia buat birthday aku (happy sangat aku) bila dah besar tanya mak, rupanya mak yg bagi duit Banyak kalilah aku nampak mak menangis sorang2. Kalau raya atau ada majlis makan2 memang mak aku sorang2 tertonggang tonggek masak untkk semua. Sampai rasa tak guna pakai baju cantik2 pergi raya yg akhirnya kena menunggu tangga dapur. Menantu dan anak2 lain dilarang buat kerja. Adik beradik ayah aku pulak macam lupa jasa abang dia, semua buat tak endah.

Paling terkesan masa satu kali raya tu, ayah aku memang ada motor je. So setiap kali raya memang akan ada adik2 dia datang ambil kami pergi ke rumah nenek. Bila malam nak balik, diorang akan hantar jugak. Tapi keadaan berlaku sebaliknya haritu, pakat masing2 kata kereta takde. Padahal kereta bergelimpangan dekat laman. Ayah aku pun tak cakap banyak terus ajak kitorang balik. Waktu tu dah 10 malam ke atas, kitorang plak 6 orang time tu. Ayah, mak, aku n adik dlm darjah 4 & 3, sorg 5 tahun n baby sorg naiklah motor merentasi malam yg sejuk dengan berhimpit 6 orang sampai adik aku hangus tapak kasutnya dek tersilap letak atas ekzos. 6 orang ok. Sebab tu bila Grand Livina keluar iklan yg naik motor 6 orang tu, aku berangan nak beli Grand Livina untuk family tapi tak berduit.

Ada sekali makcik aku kawen dan nenek suruh mak buat kuih2 utk tetamu makan. Mak aku pun ok aje dan cakap nanti jemputlah kitorang kat rumah. Tapi takde ye hantar kereta, penatlah menunggu siap call. Dia suruh naik bas dating. Dulu bas bukanlah kerap dan dgn kami yg kecik2, macam mana mak nak bawak barang semua. Tapi mak gagahkan jugak. Sampai je rumah nenek, terus kena maki hamun depan orang yg tengah rewang. Kenapa lambat? Bodoh ke orang dah lapar? Jangan nak malukan dia depan tetamu. Dan panjang lagi caci maki dia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2015 02:39 PM | Show all posts
Adalah sorg biras mak aku ni mualaf. Duduk berpantang rumah nenek aku. Nenek aku bagi dia makan telur. Habis berair luka dia. Menangis2 sakit orang tu. Terkejut mak aku tengok luka dia dan bernanah. Padahal tu menantu favourite dia. Jadi mak aku adalah geng dengan biras2 yg teraniaya. Sorg ni memang mak aku selalu contact dia tapi kantoi rupanya dia jadi informer nenek aku. Aku time tu ade sound mak aku jangan percaya orang sangat. Sekali dah terkena. Kalau mak aku beli hadiah, dia takkan pakai tapi dia keluarkan yg menantu lain bagi dan cakap tu lagi cantik lagi lembut wpn padahal kualiti mak aku beli tu lagi bagus dan mahal.

Kalau datang rumah kitorang memang macam2 dibeleknya. Lepas tu komplen. Ada barang yg die berkenan memang kena angkut punya. Nak2 Tupperware mak aku. Patu ada satu mesin jahit ni dia berkenan kata nak bagi makcik aku tu menjahit. Kesudahnya.....mesin jahit tu duduk bawah rumah dia berkarat dan penuh tanah. Kalau dia bungkus makanan untuk kami, korang tau dalam bekas apa dia bungkus? Dalam bekas Axion ok. Kecik hati ayah n mak aku tengok. Terus amik bawak balik dan buang je. Masa aku duduk asrama, ada jugak dia bungkuskan makanan untuk aku tapi proper sket kali ni. Ayah aku kata jangan makan, bagi orang lain atau buang je. Aku buang je lepas tu. Knowing nenek aku ni memang berbangga dia boleg=h seru Panglima Hitam. Yg tu keturunan dia katanya. Kalau kat rumah dia, scary sangat bahagia dapur dia. Sampai sekarang rasa.

Nenek aku ni macam2 cara dia pernah cuba nak pisahkan mak ayah aku. Tapi tak berjaya. Buta ayah aku benci dengan mak au tapi jadi dia benci dgn kitorg adik beradik. Selalu kena pukul time tu sampai ayah pergi berubat. Bukan tak pernah orang luar nasihat dia tapi memang mendapatlah orang tu nanti. Baik deraan fizikal mahupun rohani. Orang kampong memang kenal sangat nenek aku ni. Mak ayah aku selalu je dihina2 depan orang lain. Takde keretalah, kulit hitamlah... Bila ayah aku ada kereta, ayah aku la jadi mangsa drive dia sana sini. Even dia jatuh bilik air, tapi suruh adik ayah aku call ayah aku balik. Dia taknak orang lain angkat dia Nenek belah mak aku memang miskin, pernahlah dating rumah nenek aku. Boleh dia kata 'rumah kita cantikkan? rumah batu bukan macam rumah awak buruk...kayu...'

Sampailah satu kejadian besar berlaku. Masa tu 1st time mak aku beraya pada hari raya pertama dekat kampong halaman dia. Selama 15 tahun beraya belah ayah aku je ok. Tahun tu beraya belah mak aku. Jadi bila balik dari kampong kitorang terus pergi rumah dia pulak. Sampai2 muka dia memang masam habis, salam pun hujung2 jari je. Mak aku kepoh la tanya sihat ke, seronok ke raya. Dijeling sahaja ye. Then, naiklah kami. Drama bermula. Nenek aku terus cakap dia nak jual rumah yg kami duduk sekarang tu. Rumah tu sebenarnya atuk aku nak bagi ayah aku tapi tak sempat buat wasiat dia dah meninggal dulu. Ayah aku pun cakap, takpelah juallah. Nenek aku macam berang sebab macam tu je respon ayah aku. Dia cakap pulak dia nak duit sebab nak pegi Mekah. FYI, dia ni pergi haji dan umrah umpama kita pergi shopping complex gituh. Memang banyak kali ke sana tapi perangai still sama. Ayah aku dah nak dekat pencen time tu, jadi maknya nak duit pencen tu la. Ayah aku pun jawab duit tak dapat lagi sebab belum pencen lagi. Terus dia naik darah. Cakap mak aku dah habiskan duit tu semua, dah guna2kan ayah aku. macam2 ladia menuduh mak aku. Mak aku tenang je. Tapi aku adik beradik yg menangis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 02:44 PM | Show all posts
simpati............ siannya...........
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambunglah lg tt..syoknplaknbaca.nnti jgn lupa bagitau apa mslhnya ye.kang kena katup momod kalau stakat nk luah luah ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2015 03:03 PM | Show all posts
Dia cakap la mak aku kurang ajar dan kitorang cucu kurang ajar. Macam2lah dia melalut. Sampai satu part, dia cakap aku cakap dia jahat kat jiran dia. Ayah aku pun terus suruh aku cakap apa cerita sebenar. Aku time tu memang meletus tahap gunung berapi Karakatua, terus berdiri dan jerit kat dia. Terkejut mak ayah n makcik aku. Ayah aku siap tegur. Aku suruh semua diam biar aku nak cakap isi hati aku. Perkara sebenar ialah minggu tu aku pergi kenduri rumah kawan aku dekat kampong nenek aku tu. Ayah aku hantar lagi sampai rumah nenek aku. Aku pun ada tegur nenek aku dekat kenduri tu siap dia perkenalkan aku ni cucu dia. So balik petang tu hujan lebat. Kampung ni memang mudah naik air dan ayah aku pun dah pesan terus balik naik bas. Aku berjalanlah nak ke pondok bas dan ada jiran nenek aku tegur kenapa aku tak singgah rumah nenek aku dan suruh diorang hantar balik. Jadi kat sini ada twice cerita

>>> versi jiran itu (cerita yg nenek aku dengar - aku cakap aku taknak naik sebab buat apa nak pergi rumah nenek aku tu. Nenek aku jahat.
>>> versi aku - aku cakap ayah aku suruh balik terus sebab takut banjir.

Jadi panjanglah cercaan dan ceramahan aku pada dia sampai aku tak ingat intipatinya sampai sekrang. Yg samar2 ingat aku ada persoalkan yg dia tu nenek aku tapi kenapa nak fikir bukan2. Lepas aku dah habis cakap, ayah aku pun cakap dengan nenek aku jangan asik percaya cakap2 orang aje. Nenek aku naik gila lagi. Sudahnya ayah aku suruh kitorang balik rumah dulu naik bas. Kitorang pulak lupa dating sehelai sepinggan je. Duit raya ada tapi tak boleh cover 5 orang punye tambang. Jadi 2 orang lagi adik laki aku cakap diorang jalan kaki je la. Kitorang tunggu bas yg memang sendu amat tu. Tak lama ayah aku dating ambil kitorang. Dan pick up adik2 aku plak. Dalam kereta ayah aku Tanya kenapa cakap macam tu. Aku kata geram dah lama menahan sabar. Ayah aku kata tapi tu nenek kau. Aku cakap tau tapi sebab neneklah kena cakap macam tu. Bagi dia sedar.

Lepas tu kitorang pindah rumah tapi dalam taman yg sama. Oh ya mak aku pun tengah pregnant time tu. Ayah aku memang tak bagitau mak dia, dia pindah. Tup tup satu hari nenek aku muncul kat rumah kitorang. Alasan nak tengok cucu baru tapi tidak disentuh pun baby tu. Rupanya dia hantar spy follow adik aku balik dari sekolah. Kitorang bawak basikal dulu ke sekolah. Tak lama lepas tu kitorang pindah ke negeri lain. 10 tahun kitorang tak contact. Selalu jugak mak aku suruh ayah aku balik tapi dia taknak. Sampa satu hari, ada orang bagi number phone ayah aku dekat ennek aku. Dan2 contact balik. Alu memang tak jumpa langsung dia sampai beberapa tahun. Jumpa dekat kenduri adik aku kawen. Siap kena perli2 ingat tak kat dia. Aku cakap mana tak ingat, takkan boleh lupa punya (penuh sindiran). Adik beradik ayah aku pun menangis2 minta maaf kat ayah aku atas apa diorang buat sebelum ni tapi tidak nenek aku ye.

Masa kenduri tu again, dia belek lagi rumah aku. Siap Tanya pakai jubin apa. Jiran aku kata tu bukan jubin tapi tikar. Alih2 dia buat rumah dia pakai jubin lebih kurang tikar rumah kitorang Aku banyak kali kena kutuk dgn makcik aku kata aku cucu tak guna. Tak pergi jenguk nenek sendiri. Ada aku kisah?

Jadi inilah kisah aku. Memang tekanan gila aku disebabkan perkara ni. Kena pindah sekolah. Hari2 menangis. Tekanan kat sekolah baru.Aku rasa tu tahun2 mencabar aku

Nenek korang mesti best kan?
Aku pernah cite kisah aku kat kawan
Dia kata aku tipu sebab macam drama je
Macam aku ada2kan cerita...
Alasan yg nenek aku nk jual rumah tu
Dia kata nenek aku nak ayah aku berdikari
Tapi sekarang dia pun dah mendapat MIL yg hmm
Baru dia percaya kisah aku

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2015 03:06 PM | Show all posts
mokcikKSKB replied at 19-11-2015 03:01 PM
Sambunglah lg tt..syoknplaknbaca.nnti jgn lupa bagitau apa mslhnya ye.kang kena katup momod kalau st ...

terima kasih baca
tengah rest jap
kebas dah jari menaip
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-11-2015 03:16 PM | Show all posts
Edited by syue86 at 19-11-2015 03:17 PM

Jadi aku nak cakap impak terhadapa aku la. Aku jadi kurang yakin dgn institusi kekeluargaan. Takut nanti dapat MIL macam tu dan anak2 aku nanti terkesan dengan nenek sebegitu. Harap kawan2 yg ada MIL macam ni. Korang tengok2 jugak anak2 korang ye.

Sekarang ayah aku kerja sini balik. Jadinya dia duduk rumah nenek aku taknak duduk dengan aku. Katanya nak jaga mak dia. Padahal dia yg patut jaga diri sendiri yg tak berapa sihat tu. Nenek aku pulak asik la bagi hint suruh ayah aku keluar rumah. Siap bagi tilam besar ko dekat rumah aku dengan harapan anak dia pindah duduk dengan aku. Hari2 dia masak nasi goreng sahaja sampai ayah aku muak. Dah la ayah aku anti ajinamoto sebab sakit dia tu. Tapi ada nenek aku kisah? Memang hari2 menu sama ataupun tak masak langsung. Terpaksa ayah aku beli roti. Itupun selalu lesap sebab adik dia yg duduk sekali kerjakan. Susu, nescafe pun ayah aku beli sendiri tapi lesap.

Ayah aku tiap 2 minggu akan balik kampong jumpa mak aku. Sampai nenek aku cakap mak aku tak habis2 nak mengikis lagi duit ayah aku. Padahal ayah aku yg berkeras nak buat camtu. Aku pun dah penat pujuk dia duduk dengan aku. Masa ayah aku sakit, takde orang peduli pun. Mak aku gopoh2 call aku suruh tengok ayah aku. Masa aku pergi, ayah aku memang happy habis la. Nenek aku? hmmm duk menengok channel Zee sampai sudah. Air minum pn bagi air tin. Tapi aku tak minum pun. Jadi korang... macam mana nak paksa ayah aku ni??? Jenuh berbuih2 paksa dia Aku taknak tengok keluarga aku dilukai lagi. Aku pun cuak kalau dia meninggal sana, taknak lepas jenazah kat kitorang wpn ayah aku dah kata dia nak dibawak balik ke mak aku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2015 03:19 PM | Show all posts
manehnya replied at 19-11-2015 02:44 PM
simpati............ siannya...........

rasa sebak bila mgenangkan
mujur dapat dilalui time tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2015 03:20 PM | Show all posts
syue86 replied at 19-11-2015 03:06 PM
terima kasih baca
tengah rest jap
kebas dah jari menaip

hai sue,
nenek iols da meninggal. tp bukan nk cete hal2 yg tak baik
nenek iols xde la kejam sgt. arwah nenek iols meninggal sewaktu umo beliau 96thn.
cumanye dlu2 ms kami kecik2 arwah nenek iols mcm lebihkan sesetengah cucu je
ntah la iols pn x thu perlu ke iols cerite. tp iols rs nk cete sbb nk bg uols pn thu
itu kire cam lumrah, da nasib manusia bukannyer semua sempurna.
tp apa yg iols thu ms arwah sakit kan adik2 iols yg jaga arwah nenek, sayang nyer diaorg pd arwah nenek
mcm jaga baby, n ms nenek meninggal pn diaorg menangis dan x sangka nenek pergi jga.
buat cucu yg disayangi dlu iols x nmpk pn mna diaorg ms saat2 nenek sakit, nazak, sesekali je dtg menjenguk
ntahla mebi abah iols pn mmg anak yg baik, awal2 lg abah da angkat tangan nk jga arwah walaupn
abah bkn anak kesayangan jgk, so apa yg iols nk kata kt sni. anak2 ke cucu2 ke sepatutnye kite layan sama rata.
jgn pilih kasih,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2015 03:24 PM | Show all posts
intan_smsb replied at 19-11-2015 03:20 PM
hai sue,
nenek iols da meninggal. tp bukan nk cete hal2 yg tak baik
nenek iols xde la kejam sgt. ...

betul tu
patutnya jgn pilih kasih
tp itulah manusia kan
skg mmg ada cucu2 duk baik dgn dia
itupun masing2 nk mcukur duit dia
tp tetap itulah cucu yg terbaik n terbijak
bukan mcm ktorg la dingin je

yg kelakar kan intan
masuk gaduh besar tu aku form 3
then pindah lepas hbs PMR
masa aku form 5 ada kwn sekampung dgn nenek bgtau
'nenek ko tanya aku brp ko dpt ms PMR, aku cakap 5A'
lepas tu terus nenek ko canang sekampung kata cucu dia dapat 5A PMR
pdhal aku dah form 5 time tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 03:27 PM | Show all posts
sedih lak bace cite ko...
arwah Tok aku dah lame takde.... mase aku kecik lagi, time skolah rendah..
Tok aku baikkkkkkkk orgnyer..
aku mmg membesar dengan tok dan femli aku stay ngn tok kt kg ..
tp ade krisis sikit antara mak aku dan makcik aku... jadi makcik aku bawak mak die a.k.a tok aku tinggal ngn die kat selangor..sedih aku time tu...... sbb berpisah ngn tok aku..
kalau aku tepon umah makcik aku sbb nk ckp ngn tok aku mesti ade je alasan die tak bagi ckp ngn tok..
tok tgh mandi la.. tido la.. tgh makan la.... huuhu sedihhh kalau diigt balik
ade jugak makcik aku balik kg , bawak tok aku sekali..
aku igt lagi tok aku peluk dan cium aku.... rinduuuuuu....
tp tu pun kene curi2 nak manje2 sbb makcik aku tak suke ...

tak lame lepas tu tok aku sakit..
dan die menghembuskan nafas terakhir die kat umah makcik aku di selangor..
aku igt lagi time tu pukul 4 pagi dpt call dari makcik aku..
mase dgr berita tu.. aku ok lagi.. takde rase pape sgt..
tp sampai je kt umah makcik aku... dan bile tgk jenazah tok aku..
terus aku menangis ... sampai bengkak2 mate aku..
sedih sgt time tu sbb aku tau lepas ni aku takkan dpt jumpe tok aku lagi dah...
al-fatihah untuk arwah tok aku..

ade sekali tp da lame.. aku mimpi arwah tok aku datang jumpe aku..
die pakai kain telekung solat... bersih je wajah die..
tp die tak ckp pape... just senyum je ....
huhu rindu ngn tok.....

*tok = nenek.... aku org utara... mmg panggei nenek , Tok...  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 03:29 PM | Show all posts
lagi.. nak lagi.. best la cite mu
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 03:34 PM | Show all posts
syue86 replied at 19-11-2015 03:24 PM
betul tu
patutnya jgn pilih kasih
tp itulah manusia kan

haha nampak sangat kan kdg tu org2 tua ni pandang harta pandang kebendaan yg nk dimegahkan
btl kata kau yg mana dia sayang tu la yg sebenarnyer nk mengikis je, sbb mmg ade kazen2 aku
ms arwah nenek aku sht suke ngendeng arwah, sbb arwah ni rezeki murah, rmi je org sedekah
yg menghabiskan duit tu anak kesayangan gn cucu kesayangan ade yg sekor cucu tu smpi da kawen pn pangai x berubah
dok kecek duit nenek, tp ms arwah sakit kazen aku tu n anak kesayangan xde ingin pn nak jaga.
yg kazen aku tu duda alasan xde rmh la kot, yg pakcik aku ni makcik aku da tarik2 muka
malahan rmh yg diaorg ddk skrg yg diaorg da rnovate bagai tu rumah pusaka arwah nenek aku tu.
klu x silap aku mmg arwah nenek nk meninggal kt rmh tu, tp apakan daya tuan rmh pn x nak bwk arwah balik.
cuma ms arwah meninggal tu kt rmh pakcik yg sulung, ikutkan mmg abah aku x kasi anta rmh pakcik.
tp ms tu abah balik kg arwah mak ade kenduri tu yg tumpang kejup. klu abah aku jaga kan, abah siap tidur skali kt ruang tamu gn arwah
kadang2 bergilir2 gan adik2 aku. ni kt rmh pak long aku. dibiarkan je arwah baring sorang2 kt ruang tamu pergi pn xde spe yg sedar.
terkilan betul abah n adik2 aku taim tu. ntahla sue, mcm part aku. aku da nmpk pembalasan yg ALLAH bg, jd bende2 mcm ni wat aku beringat. agar aku pn x jdk mcm tu perjalanan kite msh jauh so kite didik la anak2 kite sebaiknyer. Insya ALLAH
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2015 03:42 PM | Show all posts
khailya replied at 19-11-2015 03:27 PM
sedih lak bace cite ko...
arwah Tok aku dah lame takde.... mase aku kecik lagi, time skolah rendah. ...

nenek belah mak aku pun paggil tok
sebab utara jugak..hehehehe
aku penah mcm ko tu
tp psl atok mgajar ngaji aku meninggal
memula dengar rasa cm xde pape siap xnak pergi tgk
pastu ayah call suruh g ziarah baru pegi
pastu menangis mcm apa

tkadang tfikir betulkah org ckp2 tu
klu org baik cepat je pergi
klu yg sebaliknya...hmmmm
al-fatihah buat mereka yg dh meninggalkan kita


Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 03:46 PM | Show all posts
syue86 replied at 19-11-2015 03:42 PM
nenek belah mak aku pun paggil tok
sebab utara jugak..hehehehe
aku penah mcm ko tu

kan.. mase dgr tu aku ok lagi..
maybe sebab mamai2 lagi kot.. awal pagi ha..
tp lepas tgk je jenazah... terus meraung...huhuhu
cousin aku boleh tanyer soklan bijak, kenape aku nangis...
warghhh.. lagi le aku meraung...huhu

cop2... so nenek ko yg ko cite ni ade lagi ke ? skrg ni camner? still tak ok lagi ker ngn korung?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2015 03:47 PM | Show all posts
antidote replied at 19-11-2015 03:29 PM
lagi.. nak lagi.. best la cite mu

nanti bila2 teringat pape sy update
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2015 03:50 PM | Show all posts
intan_smsb replied at 19-11-2015 03:34 PM
haha nampak sangat kan  kdg tu org2 tua ni pandang harta pandang kebendaan yg nk dimegahkan
btl ...

aku pun bukanlah nak pembalasan ke apa
just nak dia berhentilah mengata2 lagi
buat2 sia2 je amalan dia dgn pergi Mekah brp kali
sedihnya intan org buat mcm tu kat arwah
jgn la ayah aku kena mcm tu
harap dia pergi masa dia dekat mak aku

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2015 03:52 PM | Show all posts
khailya replied at 19-11-2015 03:46 PM
kan.. mase dgr tu aku ok lagi..
maybe sebab mamai2 lagi kot.. awal pagi ha..
tp lepas tgk je jen ...

ada lagi
sihat walafiat lagi
dgn ktorg sendu semata jek
aku pun xkesah xheran
kang aku plak dicop kikis duit dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2015 03:59 PM | Show all posts
baru2 ni nenek dan adik beradik aku dapat tau pakcik kitorang kawen lain. Dah 10 tahun ok! Yg sadis ke kelakar tak tau nak kelaskan, dia kawen dgn mak kawan aku Pakcik aku ni orang berpangkat dan binibaru pun sama. Pakcik aku ni sangat kedekut waima dgn anak bini sekalipun. Tup Tup kawen lain. Padahal makcik aku tu baik giler dan mendengar kata telunjuk dia.

Kantoi bila satu hari tu ayah aku x balik jumpa mak aku sebabnya aku angkut mak aku pergi bercuti. Dia bawak balik isteri baru dan anak2 isteri baru. Terkejutlah ayah aku tapi buat cool je. Kawan aku pun ikut sekali Pastu nenek aku apalagi, gembira tak terkata dapat menantu kaya raya. Tak dipersoalkan pun dan tak tanya pun khabar menantu lama dia. Aku dapat tau tu mak kawan aku bila ayah aku cerita kat mak aku. Aku dengar nama macam familiar (sebab orang terkenal gak la mak kawan aku ni)

Beberapa hari lepas tu, makcik aku dating rumah nenek aku dgn sepupu aku sekali. Nenek aku terus salahkan dia. Tak reti layan suami, derhaka etc cukup la bahan makian dia. Takdenya nak sedih ke apa padahal dia dulu pun dimadukan. Kesian makcik aku tu. Pastu ada la makcik n sepupu aku maki2 mak kawan aku. Tersepit pulak aku tiba2 tapi diorang tak tau lagi tu mak kawan aku.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 04:00 PM | Show all posts
syue86 replied at 19-11-2015 03:50 PM
aku pun bukanlah nak pembalasan ke apa
just nak dia berhentilah mengata2 lagi
buat2 sia2 je amal ...

tula sue, sib baik abah aku x gi umrah
taim tu adik aku nk bwk abah taw
tp mgkn x sedap je rs ati abah. klu abah gi umrah jgk
mahu ms dpt berite tu die meronta nak balik msia
adik aku ms arwah nenek meninggal msh kt mekah lg wt umrah
yg tu pn menangis teresak esak psl x smpt nk jmpa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.164708 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list