CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1055|Reply: 1

Ahli Pas Keluar Parti Kerana Sesat

  [Copy link]
Post time 19-11-2015 05:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by uniq61 at 19-11-2015 06:01 PM


Tony Pua Arah Ahli Pas Keluar Parti Kerana Sesat Dalam Perjuangan Seru Sertai Amanah.
Posted by: editor KB in dap November 16, 2015        0 55 Views

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua menyeru ahli-ahli PAS keluar daripada parti itu dan menyertai Parti Amanah Negara.
Ini kerana Pua yang juga Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP mendakwa PAS kini telah sesat dalam perjuangan partinya.
“Masanya dah tiba untuk ahli-ahli PAS untuk meninggalkan parti yang telah sesat dalam perjuangannya dan masuk Amanah bersama Pakatan Harapan.
“Suka tak suka, Pakatan Harapan merupakan gabungan politik yang paling bersatu-padu dan berpeluang menumbangkan BN pada pilihanraya yang akan datang,”katanya dalam Facebook semalam.
Pua berkata demikian sebagai mengulas artikel The Malaysia Indiser bertajuk “Where do you stand, question mark over conflicting statements from PAS.”
Kenyataan Pua itu disokong oleh Facebook Parti Amanah Negara yang menulis “Sudah sampai masanya…”
   

Facebook Amanah Negara – Negeri Sembilan pula cuba menggambarkan parti Amanah adalah sebuah parti Islam baharu yang bakal menggantikan PAS
“Mari kita beramai-amai! Dengar amanat Presiden Parti Islam Ganti PAS, insha Allah bersama rakan seperjuangan DAP dan PKR !,”katanya.

Presiden parti Islam yang dimaksudkan itu adalah Presiden Amanah Mohamad Sabu yang akan berceramah bersama Ahli Parlimen DAP Seremban, Anthony Loke pada 15 November (Ahad), jam 9 malam di perkarangan pejabat Ahli parlimen Seremban, Taman Ampangan.
Pada Khamis, Mohamad Sabu yang lebih dikenali Mat Sabu mendakwa beliau bertanggungjawab di sebalik kejayaan yang dikecapi PAS kerana turut terlibat dalam membina parti itu sejak 37 tahun yang lalu.
“Kita tak tumpang PAS, kejayaan PAS selama ini kejayaan bersama.
“Saya baru tinggalkan PAS empat bulan, jadi selama ini 37 tahun saya telah bina PAS, kejayaan PAS selama ini kami yang buat,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata begitu sebagai menjawab kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang berkata, Amanah seperti ingin menumpang apa yang telah dibina oleh PAS selama ini berikutan kenyataan Mat Sabu, Amanah sedia mengantikan PAS mentadbir Kerajaan Kelantan pada PRU 14.
Mengulas kesediaan Amanah menggantikan PAS, Mat Sabu berkata, ia bukan satu mimpi selepas melihat sokongan rakyat pada parti Amanah.
“Tak mimpi… tak mimpi… kami akan melihat perkembangan sokongan, setakat ini sokongan sangat hebat,” katanya.
Dalam ceramahnya di Pasir Mas, Kelantan, beliau berkata Amanah mempertimbangkan untuk meletakkan calon di Kelantan pada PRU 14 sekaligus berusaha mengambil alih kepimpinan PAS Kelantan.
Hasrat itu bagi menyelamatkan Kelantan kerana mendakwa PAS negeri itu terpalit dengan pelbagai isu dan masalah.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2023 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
PAS akan menang PRU16
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.330889 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list