CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23931|Reply: 362

[Tempatan] YaPEIM: 3,000 dari 500,000 penyumbang Potongan Gaji menarik diri. page#11

[Copy link]
Post time 23-11-2015 11:01 AM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 24-11-2015 07:17 AM

KOTA BAHARU: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) akan memberi penjelasan kepada kira-kira 3,000 penyumbang dana Amal Jariah (Skim Potongan Gaji) yang menarik diri daripada menyumbang kepada yayasan berkenaan.

Ketua Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM Datuk Abibullah Samsudin berkata pihaknya yakin perkara itu hanya bersifat sementara dan mereka akan kembali menyumbang kepada yayasan berkenaan selepas dakwaan mengenai  penyelewengan dana dibuktikan tidak benar.

"Saya yakin pemberhentian (sumbangan dana) ini adalah pemberhentian yang bersifat sementara sehingga mereka benar-benar yakin ini adalah fitnah dan mereka akan (kembali) meneruskan sumbangan kepada YaPEIM.

"Kita akan hantar kenyataan akhbar dari semasa ke semasa supaya mereka akhirnya akan memahami perkara sebenar yang sedang berlaku," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi penerangan tertutup berhubung isu yang melanda YaPEIM anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Majlis Profesional Kelantan di sini, malam Ahad.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM Datuk Siti Zaleha Hussien dan Anggota Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM Prof Datuk Mahamad Naser Dis.

Mengulas lanjut, Abibullah berkata YaPEIM kini mempunyai kira-kira 5,000 penyumbang dana di bawah dana Amal Jariah yang menyumbang minimum RM1 hingga maksimum RM500 setiap bulan.

Dalam pada itu, Abibullah berkata pihaknya juga sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kebocoran maklumat berhubung pengurusan kewangannya, namun turut menyerahkan perkara berkenaan kepada polis untuk siasatan secara  menyeluruh.

Beliau turut mengakui ada pegawai yayasan berkenaan dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan, namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan kerana ia masih dalam siasatan.

YaPEIM menjadi perhatian sejak minggu lalu, berhubung dakwaan salah guna dana dan lebihan pembayaran gaji kepada pengurusan atasannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2015 11:05 AM | Show all posts
menggelupur hilang pendapatan
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 11:07 AM | Show all posts

wang sumbangan buat
biayai kos tiket kapalterbang
kelas mewah menteri dan isteri


rasain
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 11:08 AM | Show all posts
aku pon dh hntr surat pemberhentian...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 11:09 AM | Show all posts


berbangga dengan
keuntungan perniagaan
dari hasil sumbangan tetap
penjawat awam


kejayaan ummah islam konon

perasannyaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 11:12 AM | Show all posts
fitnah apanyaaa..tak pernah nafikan pun kebenaran invois yg didedah tu..yg dibuat ialah konar konar konar cite camana yapeim berjaya untung dr bisnes...puuuiiii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2015 11:12 AM | Show all posts
sayang_pjan replied at 23-11-2015 11:08 AM
aku pon dh hntr surat pemberhentian...

camner nk wat surat tu
hantar kpd YaPEIM n Biro Angkasa ker..
citer sikit..nak stop jugak la..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 11:12 AM | Show all posts
habis lah dah tak dapat angkut kaum kerabat pegi holiday main golf.
Buat kursus di malaysia aje lah. Tak payah pegi paris, new york atau sydney untok buat kursus.
Lanun modern

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2015 11:14 AM | Show all posts
lagi satu yapeim ada hantar surat kpd penyumbang ke ttg wang yg dibelanjakan utk anak yatim/miskin?...bape juta dihabiskan dan kemana ia dihabiskan..ada inform ke tak?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 11:17 AM | Show all posts
kecimpret replied at 23-11-2015 11:14 AM
lagi satu yapeim ada hantar surat kpd penyumbang ke ttg wang yg dibelanjakan utk anak yatim/miskin?. ...

takkan la nak cter 50m setahun habis utk emolumen & gaji pegawai, tapi 10m habis utk amal, 5m habis utk golf
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 11:17 AM | Show all posts
Kebenaran nanti akan terbukti juga. Aku simpati dengan YAPEIM sehingga terbukti akan kebenarannya oleh Allah. Dulu Tabung Haji pernah kena sehingga orang ramai nak berhenti menyimpan kini YAPEIM pulak. Pokoknya asal diterajui kerajaan.Ada motif puak-puak ni sehingga fitnah dasyat ini dibuat. Kalau terbukti semua ni fitnah HABISLAH bagi penfitnah ni di akhirat nanti. HABISLAH tak berlagu sebab bukan senang nak minta maaf pada yang diftnah macam ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 11:18 AM | Show all posts
Yapeim sudah goyang?

Berapa ramai penderma yang potong gaji setiap bulan ke Yapeim nih?  Baik tarik diri la reramai
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 11:19 AM | Show all posts
stop je bg derma...sbb dgn angkuh hari tu kata belanja boros tu guna duit perniagaan pajak gadai kan, xguna duit derma? kalau dah bisnes maju, buat apa lgi kutip derma?

kita bagi derma kat organisasi lain plak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 11:21 AM | Show all posts


anak yatim ke mana
orang miskin ke mana


menteri dah sedap
terbang ke sana ke mari
penuhi jemputan agensi
main golf rasmi kursus kawin

perasan nyer

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 11:26 AM | Show all posts
entah laa....bab duit derma nie....bukan leh wat memain...walaupun keuntungan hasil dari derma.....sesama renungkan....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 11:26 AM | Show all posts
haryatie replied at 23-11-2015 11:12 AM
camner nk wat surat tu
hantar kpd YaPEIM n Biro Angkasa ker..
citer sikit..nak stop jugak la..

https://drive.google.com/file/d/0B_As95uqttMld0lwUUcwdUY5VkU/view?pli=1

NAMA
ALAMAT RUMAH @SEKOLAH                                                                 14 NOVEMBER 2015

YayasanPembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)
Tingkat 8, GrandSeasons Avenue,
No. 72, JalanPahang,
53000 KualaLumpur
Tuan / Puan,
PEMBERHENTIANSUMBANGAN YaPEIM MELALUI POTONGAN GAJI BULANAN
Dengan segalahormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.         Saya dengan ini mengarahkan pihak tuan /puan supaya memberhentikan potongan bulanan sumbangan YaPEIM melalui potongangaji DENGAN SEGERA kerana tidak bersetuju dengan isu semasa berkaitandengan YaPEIM dan dilihat sebagai suatu pembaziran dana awam dari sumbanganorang ramai.
3.         Berikut adalah butiran peribadi sayauntuk rujukan pihak tuan.
                        Nama Penuh               :         
                        No. K/P                        :           
                        No. Tel.                        :           
                        Alamat Bertugas         :           
                        Sumbangan Bulanan  :           RM
Sekian.
Yang benar


*send kt alamat tu...xpon by fax or email (spy@yapeim.net.my)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2015 11:29 AM | Show all posts
ramai rupanya org gomen main porem
anggap je la derma tu sebagai sucikan duit gaji sbb lu org kerap curi tulang dgn berporem
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 11:33 AM | Show all posts
Ini jadinya apabila badan amal ditadbir umpama syarikat korporat berasaskan keuntungan. Penderma expect 100% wang yang didermakan itu sampai kepada golongan yang memerlukan, termasuklah juga hasil keuntungan daripada perniagaan yang dijalankan. Tetapi badan ini ada plan mereka sendiri yang mungkin tidak selari dengan expectation penderma.Di sinilah timbul  konflik.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 11:40 AM | Show all posts
kalwawi65 replied at 23-11-2015 11:17 AM
Kebenaran nanti akan terbukti juga. Aku simpati dengan YAPEIM sehingga terbukti akan kebenarannya ol ...

KIHKIHKIH...................KEBENARANYA sudah terbukti, tak payah
nak defensive sangat.
SATU SOALAN 20 jawapan berbeza...............
Soalannya sangat mudah: Adakah YAPEIM menyalahgunakan duit
sumbangan YaPEIM........????

1.  DIAM
2.  Saya akan saman
3.  Semua ni fitnah
4.  Keuntungan perniagaan YApeim berbillion, tak memerlukan duit sumbangan.
5.  Nak memerangi LGBT di Paris
6.  Akan saman 10 juta!!!
7.  Siapa dedahkan maklumat rahsia Yapeim...........????
8.  Polis akan siasa orang yang mendedahkan maklumat rahsia ini.........
9.  KAHKAHKAH
10.HEHEHEHE
11.HOHOHOHO
12.HAHAHAHA
13.KIHKIHKIHKIH
14. Puiiiiiiiiiiii.............
15. Amik koooo
16. YApeim kaya raya, tak guna duit anak yatim
17.  Tiada orang miskin
18.  Tiada anak yatim di Malaysia
19.  Kami memerangi ISIS.....................HAHAHA............
20.  Akan difikiran untuk jawapan tambahan............


Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 11:42 AM | Show all posts
confirm je yg dah jatuh hukum kat sini yapeim guna dana anak yatim berjoli sakan,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.318500 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list