Ramai yang berasa amat terguris dan kecewa apabila Nurul Izzah bertemu dengan ahli keluarga pengganas sulu yang menyerang Sabah.
Dahulunya ramai tertanya tanya siapakah gerangan petualang yang sanggup bersekongkol dengan pihak asing.
Malah ada yang mendesak pak menteri mendedahkan siapakah pengkhianat negara yang punyai hubungan dengan pengganas sulu.
Hari ini terjawab dengan sendirinya..Pelbagai andaian dibuat namun tersuratnya nyawa anggota keselamatan yang terkorban semasa serangan di Lahad Datu tiada nilai hatta sebesar hama..
Siasat pertemuan Nurul Izzah
Kerajaan akan mengemukakan kertas siasatan kepada Peguam Negara untuk melihat aspek perundangan yang boleh digunapakai untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang bertemu dengan puteri Jamalul Kiram III.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, daripada segi kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen, terdapat beberapa tatacara yang boleh diambil oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat sekiranya terdapat usul untuk mengambil tindakan terhadap beliau.
“Secara operasi saya serahkan kepada pihak polis. Kerajaan berpendapat pertemuan itu sangat tidak dialu-alukan seolah-olah mencabar dan meletakkan orang Sabah sebagai mangsa kepada perbuatan oleh keluarga Kesultanan Sulu khususnya Jamalul Kiram III.
“Tindakan itu seolah-olah memberi pengiktirafan kepada pihak pencerobohan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia Luhut Binsar Panjaitand di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini. ”
Pisau kata ” rahsia pokok bergoyang terjawap..akhirnya terjawab apabila si anak beruk sendiri yang dedahkan dahan mana yang mereka paut”