CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

Surianti vs Achey (Surianti Kesal Dipandang Negatif Masyarakat post #128)

[Copy link]
Post time 26-11-2015 11:53 AM | Show all posts
juliez replied at 26-11-2015 11:42 AM
Dia bukan isteri no 2. Dia satu2nya isteri arwah yg sah semasa arwah meninggal. Arwah bercerai ...

I pun baca yg dia nak balik kg nak tggl dgn parents nak start new life, mcm dah plan lama tapi tunggu ank2 habis sekolah, dah siap cari sekolah kan utk ank2. Sesiapa nakmbantu, bantulah budak2 tu ank yatim tak payah pertikaikan mak dia mewah, boros n handbag mahal bagai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2015 12:24 PM | Show all posts
untunglaaaa ada kampung.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2015 04:12 PM | Show all posts
nazhidd replied at 25-11-2015 10:28 AM
maaf la nak cakap , kalau asyik nak harap ihsan orang camne nk hidup
hmm sekarang afdlin mampu ban ...

itulah asyik berharap pada orang je. kalau afdlin pula dah takde siapa nak diharapkan lepas ni?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2015 04:13 PM | Show all posts
kelip2_07 replied at 25-11-2015 10:31 AM
Oo..nie bini no 2 la..xtau plak dia ade 2 bini..

ohyeke. mungkin semua share arwah dorang bagi kat bini no 1 kot? sebab lebih layak. ada anak2 lagi dgn bini no1.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2015 04:15 PM | Show all posts
she replied at 25-11-2015 10:32 AM
Aku ada baca paper metro kisah balu Harun....aku agak musykil sepanjang karier arwah...kuar tv show  ...

sedara mara pun nak makan dan tanggung family sendiri jgk, lagi2 kalau family jenis bukan kaya-raya. semua orang nak pakai duit zaman sekarang ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2015 04:25 PM | Show all posts
stars83 replied at 25-11-2015 10:35 AM
n org tu bgtau si surianti ni boros,suka bmewah2..

ceh.. bila lubuk duit dah takde nak minta simpati orang pulak. cari la duit sendiri kalau nak bermewah2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2015 06:55 PM | Show all posts
perembes replied at 26-11-2015 08:20 AM
aku bkn la nak kutuk tp aku amat heran dgn cara pikir yg sesetengah org khususnys artis
patut dlm m ...

artis payah nak beli rumah sbb takde fix income/epf/slip gaji tu sume. tapi kalau pandai kumpul duit boleh je, lagipun guna akaun bisnes pun boleh buat loan rumah sebenarnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2015 12:11 PM | Show all posts
Balu Harun Salim Bachik Kesal Dipandang Negatif Masyarakat
Surianti terkilan apabila kenyataannya berhubung pelawak Achey di media baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai pandangan negatif

KUALA LUMPUR: Balu kepada Allahyarham Harun Salim Bachik terkilan apabila kenyataannya terhadap pelawak Achey di media baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai pandangan negatif terhadapnya.

Surianti Mohd Nor, 35, berkata, dia tidak pernah berniat untuk memburukkan Achey sebaliknya sekadar menyatakan perkara sebenar memandangkan bekas peserta program Bintang Mencari Bintang (BMB) itu pernah mengeluarkan kenyataan tentangnya di sebuah portal hiburan atas talian sebelum ini.

"Macam-macam tuduhan orang lemparkan kepada saya apabila saya memberikan kenyataan tentang Achey baru-baru ini sehingga ada yang kata saya cuba meraih simpati dan wang.

"Sejak arwah meninggal dunia saya tidak pernah meminta simpati atau bantuan kewangan daripada sesiapa pun dan menggunakan kudrat yang ada dengan menjalankan perniagaan online untuk menyara keluarga saya.

"Saya cuma memberitahu perkara yang betul dan bukannya berbohong tetapi nampaknya kenyataan saya itu telah dipandang negatif oleh sesetengah pihak," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di kediamannya di Pandan Perdana di sini, Jumaat.



Freddie turut hadir memberikan sokongan ketika pertemuan yang diadakan di kediamannya di Pandan Perdana pada Jumaat.

Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez turut hadir pada pertemuaan itu.

Sebelum ini menerusi artikel mStar Online, Surianti meluahkan perasaan terkilan dan berasa dipinggirkan selepas pemergian Harun pada 8 Mac lalu.

Tambahnya, kenyataan pelawak yang juga anak didik arwah iaitu Achey dalam sebuah portal hiburan atas talian yang kononnya sering bertanya khabar keluarga mereka juga tidak benar.

Achey bagaimanapun dalam kenyataan balasnya menjelaskan terdapat salah faham mengenai perkara tersebut kerana pertanyaan khabar itu sebenarnya diajukan kepada anak sulung bekas isteri pertama Harun dan bukannya melalui Surianti.

Dalam pada itu, Surianti berkata, dia kesal dengan sikap Achey yang seolah-olah langsung tidak mengenalinya biarpun hakikatnya hubungan mereka akrab sebelum ini.

Surianti bersama dua anaknya akan berpindah ke Kulim, Kedah pada Isnin ini.
"Jika benar dia ingin bertanya khabar tentang saya dan anak-anak mengapa perlu menerusi pihak lain sedangkan hubungan kami sebelum ini sangat baik malah anak-anak juga rapat dengannya.

"Jadi apabila wartawan bertanya benar atau tidak dia ada bertanya khabar saya jawab tidak kerana pertanyaan itu tidak dibuat secara langsung kepada saya atau anak-anak," jelasnya.

Mengulas mengenai isu dia membangkitkan status perniagaan arwah suaminya yang dikongsi bersama Achey, Surianti mengakui dia tidak terlibat dalam sebarang urusan perniagaan tersebut.

Bagaimanapun kata Surianti, dia bersuara kerana ingin mengetahui situasi sebenar memandangkan Allahyarham ada membuat pelaburan dalam perniagaan tersebut selain ingin menuntut hak anak-anaknya.

"Seperti kenyataan dia sebelum ini dia sudah serah semua share perniagan yang dikongsi kepada keluarga, saya tidak tahu menahu mengenai perkara itu malah dikeluarkan daripada grup perniagaan berkenaan.

Harun dan Surianti berkahwin pada tahun 2000.
"Sepatutnya sebarang keputusan dimaklum kepada saya kerana saya balu arwah dan saya bersuara pun bukan kerana kepentingan diri sendiri tetapi untuk menegakkan hak anak-anak kami," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Surianti berkata, dia kesal apabila statusnya sebagai isteri Harun turut dipertikaikan apabila mengatakan dia isteri kedua arwah.

Jelas Surianti, dia adalah satu-satunya isteri Harun sejak 15 tahun lalu dan tidak pernah menjadi isteri kedua seperti mana didakwa sebelum ini.

"Semasa saya berkahwin dengan arwah dia sudah menduda selama lima tahun dan tiada istilah saya isteri kedua atau perampas. Pandangan negatif seperti itu benar-benar memberi kesan negatif kepada saya," katanya.

Surianti berkahwin dengan Allahyarham Harun Salim Bachik pada tahun 22 Mei 2000. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Hazeera Sofea, 12, Hakeem Sufy Al-Rashid, 14.

Surianti tidak pernah bersikap meminta-minta sejak kematian suaminya.

Menerusi perkahwinan pertama dengan Martinah Ahmad, Harun memiliki empat orang anak namun perkahwinan pertama itu tidak bertahan lama.

Dalam perkembangan sama, Surianti berkata, dia bersama dua anak-anaknya nekad untuk berpindah ke kampung halamannya di Kulim, Kedah bagi memulakan kehidupan baharu di sana.

Dia mungkin akan kembali menetap di Kuala Lumpur pada masa hadapan namun hanya selepas kehidupannya kembali stabil.

"Sebenarnya anak-anak berat untuk berpindah kerana kehidupan dan rakan-rakan mereka semuanya di sini tetapi memandangkan kos sara hidup yang agak tinggi keputusan perlu dibuat.

"Alhamdulillah mereka bersetuju untuk memulakan kehidupan baharu di Kedah dan Insya-Allah kami akan berpindah pada Isnin depan," katanya.

Sementara itu, Freedie berkata, kehadiran Karyawan pada perjumpaan tersebut untuk memberi dorongan dan sokongan kepada keluarga Allahyarham.

Kata Freddie, pihaknya akan membantu Surianti bagi mendapatkan tapak perniagaan pada karnival melibatkan selebriti pada masa hadapan selain akan berusaha mendapatkan sebuah rumah sekiranya wanita berkenaan ingin kembali menetap di Kuala Lumpur pada masa hadapan.

"Karyawan sentiasa memberi sokongan kepada mereka sekeluarga terutamanya dalam kebajikan kedua-dua anak dan Karyawan akan sedaya upaya membantu Surianti mendapatkan tapak perniagaan di mana-mana karnival seperti mana diharapkan dalam mengembangkan perniagaan produk kesihatannya," katanya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2015 03:06 PM | Show all posts
nak jugak menjawab kan.. ko yang silap paham..

nasib baik je achey tu jawab berlapik gak..

dah kenapa nak bising dipinggirkan ape semua

yang artis tu laki ko bukannya ko..

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
mizzmimi replied at 29-11-2015 03:06 PM
nak jugak menjawab kan.. ko yang silap paham..

nasib baik je achey tu jawab berlapik gak..

Biasalah tu.. nak perhatian kut
Kalo aku jd balu arwah, aku senyap je and buat je hal sendiri
Arwah dah pergi...move on je la
And kalo anak tiri ada bisnes dgn achey pun, ko kisah apa kan? Fefeling family NAZA bagai rebut2 saham ni sume
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian achey. Tak pasal pasal nama dia terpalit. Benda simple, dia kongsi perniagaan dengan areah harun salim bachik, bila nak serah share mestilah dia serah ke anak sulung arwah yang dah dewasa. Hal anak sulung arwah bagi hak sama rata ke adik adik tiri dia tu bukan masalah achey.

Takkan lah achey nak bagi share dia kat anak acik surianti ni yang baru umur 14 tahun? Budak lagi tu.

Yg pasal tanya khabar tu atas orang lah, mula mula ramai tanya khabar ni dah berapa bulan areah meninggal mungkin makin kurang org tanya khabar. Nak buat macamana semua orang pun ada kehidupan masing masing nak kena fikir. Sebab arwah ayah aku meninggal dua hari lepas harun salim bachik ni aku tahulah macamana scene scene tanya khabar ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 04:26 PM | Show all posts
Move on lah ... Carik keje sudah... Xpyh meminta2 lah
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan nanti kalau afdlin tak dapat nak tolong, dia hencap afdlin pulak
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Xknla achey nk direct tnya khbar tetibe kt perempuan lainkan.xperlu kot sentap dgn sapa achey nk brhubung...pasni ada lg yg menjawab sure surianti jawab blik.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 06:27 PM | Show all posts
apasal muka mcm kena tumbuk? terlebih kolagen ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 07:35 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 29-11-2015 04:06 PM
Biasalah tu.. nak perhatian kut
Kalo aku jd balu arwah, aku senyap je and buat je hal sendiri
Ar ...

bukan tak simpati sis, kalau kena kat kita pun terduduk juga,
tapi eh please lah, orang dari kesian pun jadi pelik

perlu ke nak menjawab setiap soalan wartawan tu

sedar ke idokk arwah suaminya ada anak lain selain ngan dia.. adoilaa

pesen self centered pun ada gak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2015 08:28 PM | Show all posts
Rasanya semua dh faham kot situasi dia n achey..cuma dia je tk faham kot..huhu....jwpn achey dulu jelas rasanya.....nape dia bg lagi.statement lain2....huhu....
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk gak melodi tadi... Mcm tak faham sheols nak apa sbnrnya. Karyawan nak bg duit, tapi dia taknak. Cuma nak 'peluang', peluang apa dia maksudkan mcm tak clear...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
cik kak...cik kak kna fhm..bknnya achey tu xnak tnya khabr direct pd akk..akk da balu, cntik plk lg, achey msti la nk jaga hati istri dia jgk.. kang klu rpat mcm dlu msa arwah ada, weird jek.. mana2 istri pun hmmmmm blh rsau.. hrp fhm
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 03:46 PM | Show all posts
menjad replied at 29-11-2015 04:26 PM
Move on lah ... Carik keje sudah... Xpyh meminta2 lah

ye la. acik surianti pun sihat lagi nampaknya.

mungkin acik surianti boleh jaga anak org ke...

kalau acik surianti nak keje cleaner, sapa plak nak jaga anak2 acik, payah gak tu
jadi sambil acik jaga anak org, acik boleh jaga anak acik sendiri

ni cadangan saya je utk acik surianti

kalau acik mempunyai kemahiran, tu sudah kira amat baik sekali
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.752754 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list