CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18318|Reply: 114

Filem sukan pertama laku di Malaysia. Ola Bola ditayang di Taiwan..5 Mei

[Copy link]
Post time 25-11-2015 08:36 PM | Show all posts |Read mode
Edited by katibism at 11-5-2016 12:20 AM

Hi uols.. iols kembali selepas sekian lama bercuti kaedahnya.

So meols nak buka thread baru..gosipnya...kenapa filem Malaysia yang berkonsepkan SUKAN susah nak laku...senang cerita tak laku = RUGI??

Bukti?? Iols listkan senarai filem bersama kutipannya..

Tapi, sebelum itu, layan 3 TRIVIA drp meols dulu

  • Drama pasal bola sepak, lakonan Beto retis..inspired by arwah Mokhtar Dahari, terbitan Astro, "Sepuluh"10 memang WOW!
  • Arwah Mokhtar Dahari muncul dalam filem Mekanik. Kena saman!
  • Pemain badminton, ada buat watak cameo dalam filem Kak Mi, Black Widow ke apa entah


1) Tahun 90-an ada 2 filem. Baginda - pasal bola tampar. Jogho - pasal laga lembu! Sukan ke? Tapi kedua-duanya memang bukan kutipan Box Office tapi tiada dalam data sbb web Finas list tahun 2000-an
2) Cinta 200 Ela - pasal golf lakonan Rashid (ada scene shirtless) - 0.15 juta
3) Gila Bola - pasal futsal lakonan Fazley & Linda Off - 0.63 juta
4) SH3 - ada pasal mamat Skate, hip hop lakonan Ash Sinclair & Fasa Sendu lg waktu tu - 0.64 juta
5) Gol & Gincu - pasal Futsal juga lakonan Miss Fake tp semua org cair lakonan Pierre yg sgt cool - 0.58 juta (kemudian jadi drama bersiri sampai 2 musim di 8tv)
6) Sumolah - pasal Sumo. Ini filem sukan paling laku - dgn kutipan 1.194 juta tapi still rugi sbb kosnya 2.95 juta (first time filem Afdlin x laku)
7) Hooperz - psl bola jaring lakonan Jue Evans dll - 0.29 juta. Tp OSTnya.. muncul finalis AJL. Cer teka lagu apa?
8) Estet - psl bola sepak di Estet..fefeeling Shaolin Soccer kot tp kutipan 0.35 juta jah
9) Libas - pasal sepak raga/ sepak takraw lakonan abam Danish - 0.93 juta
10) Laga - pasal laga ayam juga hauk walaupun eksploitasi Marsha - tetap 0.158 juta
11) Sniper - citer psl atlit menembak negara lakonan Fadlan Hazim - 0.129 juta
12) Animasi Bola Kg The Movie - juga hauk - 0.61 juta
13) Rentap - pasal sukan Pakour lompat2 bangunan - 0.35 juta

Mangsa terbaharu tahun 2015 :

14) Jejak Warriors - ada kata psl bola Kelantan tp hakikatnya psl bola sepak secara umum - 0.18 juta. Tapi lakonan Nad Nisa berpotensi compared to Love Supermoon. Plus...OST berkualiti nyanyian Aina Abdul, Mimpi Kita.
15) Rembat - lakonan Sam & Aniu yg 80% pakai baju sama dari awal cerita - maka haus lah... 0.325 juta sajo

Iols rujuk di laman web Finas ya, http://finas.gov.my/index.php?mod=industry&sub=cereka

Filem tahun 80-an, Main Main Hantu laku tak? Lakonan hebat Nancie Foo, Hamid Gurkha,Lily Patra, Noralbaniah & Melissa Saila BBNU lg waktu ni.

Tahun depan 2016...ada satu lagi filem berkonsepkan sukan bola sepak. OlaBola. Bront Palarae berlakon watak utama. Pengarahnya.. pengarah The Journey. Laku kah?? Siap ada lagu tema yang dinyanyikan Zee Avi, Arena Cahaya..

Maka iols tepek lah artikel ini,

Zee Avi Muncul Dengan 'Arena Cahaya'
[size=0.688em]Diterbitkan: Selasa, 24 November 2015 5:30 AM


[size=0.75em]Zee Avi muncul dengan single terbaharu dalam bahasa Melayu berjudul Arena Cahaya yang juga lagu tema filem OlaBola.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi yang sedang mencipta nama di Amerika Syarikat, Zee Avi tampil dengan single berbahasa Malaysia berjudul Arena Cahaya yang turut dijadikan sebagai lagu tema filem OlaBola.

Zee atau nama sebenarnya  Izyan Alirahman, 28, berkata, dia menghasilkan sendiri lagu berkenaan bersama sahabat baiknya, Rendra Zawawi hanya dalam tempoh sebulan.

Arena Cahaya ditulis dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Inggeris bagi menggambarkan negara Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa. Saya berharap agar lagu ini mampu memupuk semangat dan mengembalikan sorak juang rakyat Malaysia.

"Saya dan sahabat baik saya Rendra Zawawi mengambil masa sebulan menyiapkan lagu berkenaan termasuk susunan muziknya,” katanya kepada mStar Online.

Ditanya mengenai kerjasama menghasilkan lagu berkenaan, Zee berkata, dia dihubungi oleh pengarah OlaBola iaitu Chiu Keng Guan menerusi Facebook untuk menghasilkan lagu tema filem berkenaan dan terus bersetuju tanpa berfikir panjang.

"Saya berbesar hati dapat bersama-sama menjayakan projek ini dan Arena Cahayaditulis bukan sahaja untuk filem ini tetapi bagi menggambarkan semangat rakyat Malaysia yang berbilang bangsa," katanya.

Dalam pada itu, bercakap lanjut mengenai Arena Cahaya, Zee berkata, dia mendapat ilham menulis lagu berkenaan daripada peristiwa sebenar pasukan bola sepak negara ini.

[size=0.98em]



[size=0.98em]Zee (kiri) bersama pengarah filem OlaBola, Chiu Keng Guan.
[size=0.98em]Jelas Zee, dia ingin memaparkan semangat juang sebuah pasukan bola sepak yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam kesungguhan mengharumkan nama negara.

"Lagu ini dekat dengan masyarakat Malaysia dan saya ingin mengetengahkan nilai-nilai perpaduan yang mampu mendorong rakyat Malaysia sama-sama mencapai impian," katanya.

Sementara itu, Chiu berkata, sebagai pengarah dia berbesar hati dapat bekerjasama dengan Zee yang telah menghasilkan sebuah lagu yang kena dengan tema OlaBola.

Kata Chiu, pertama kali mendengar lagu berkenaan dia terpikat dengan melodi dan lirik ditampilkan.

"Saya kagum dengan bakat Zee yang cukup luar biasa kerana dapat menghasilkan sebuah lagu yang cukup mantap untuk filem berkenaan.

"Hanya menyaksikan sedutan klip dari OlaBola Zee mampu menterjemahkan sentimen filem itu dengan baik," ujarnya.

OlaBola yang menampilkan barisan pelakon seperti JC Chee, Luqman Hafidz, Marianne Tan, Katrina Ho, Bront Palarae dan Frankie Lee bakal menemui penonton pada awal tahun hadapan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2015 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
lamanya siapkan satu lagu ambik masa sebulan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2015 08:52 PM | Show all posts
pittjie replied at 25-11-2015 08:44 PM
lamanya siapkan satu lagu ambik masa sebulan?

apa lagu yg siap sekejap jer...1 malam! Ada x?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab pembikinan x best kut. Tp yg gol & gincu tu best. I wonder tak boom
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2015 09:09 PM | Show all posts
joey_mcintrye replied at 25-11-2015 09:08 PM
Sebab pembikinan x best kut. Tp yg gol & gincu tu best. I wonder tak boom

Kan?? Sabit tu series dia BOOM. Menampilkan Lana Nordin yg coba mencaras Puteri
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
katibism replied at 25-11-2015 09:09 PM
Kan?? Sabit tu series dia BOOM. Menampilkan Lana Nordin yg coba mencaras Puteri

I pantang gol & gincu tu tyg kt tv. Melangut terus.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2015 09:15 PM | Show all posts
Pengarah filem ini juga pengarah filem The Journey yang pernah mencipta rekod filem tempatan paling laris sebelum dikalahkan oleh filem Polis Evo.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2015 09:15 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 25-11-2015 09:15 PM
Pengarah filem ini juga pengarah filem The Journey yang pernah mencipta rekod filem tempatan paling  ...

Betul.. ada sentuhan magis kah slps ini?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2015 09:18 PM | Show all posts
katibism replied at 25-11-2015 09:15 PM
Betul.. ada sentuhan magis kah slps ini?

Tak pasti lah...harap-harap beliau boleh hasilkan sebuah lagi karya sehebat The Journey.....jangan hasilkan filem standard MIG sudahlah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 09:19 PM | Show all posts
bunohan x msuk list ke?

cmne filem sukan nak laku, sukan kt msia ni laku kewww kekdahnye? harapkan badminton jela...

bola sepak nan hado walau iols yakin dekat sekolah2 dari sekolah rendah smpai menengah waktu Pend Jasmani cikgu2 pemalas, campak je bola sepak, pstu lantak pi lah bebudak gasak main... tp bola sepak msia tetap sendu di Piala Dunia...

anyway, dlu2 iols suka sgat cite anak2 sidek.. kalo ad pakcik van jual buku dtg sekolah, harusss iols beli komik anak2 sidek tu..skang kt mne tah buku2nya
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnja cerita Baginda tu best je... resepi cerita disney/family omputeh.. 2 sekolah bermusuh, tukang sapu jadi coach/cikgu cacat bekas pemain sukan tersebut, pengetua garang/pandang rendah team sendiri/selalu dicerca pengetua sekolah lain, murid2 nakal takde harapan berjaya tapi buat sekolah bangga...

Yang paling penting, cerita baginda ada benjy hokeh.. hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita yg bkn berkaitan ngn sukan..berapa byk yg kebabom..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb org malaysia ni suka compare cite melayu ngan cite2 negara luar..so bila ada filem pasal sukan2 ni mula la nk compare ngn korea la omputih la..menghasilkan perasaan pandang rendah kt produksi malaysia, end up xyah tengok la kekdahnya..

org melayu mana nk tgk cite2 melayu ni, tak urban la..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 10:53 PM | Show all posts
Buatlah filem 'LEE CHONG WEI THE LEGEND' ke? Ambilah Datuk Lee, Datuk Misbun Sidek, Lin Dan, Chen Long, Liew Darren, Kak Rossy dan ketua BAM sebagai pelakon yang memainkan peranan masing-masing.

Boleh untung tak?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 11:00 PM | Show all posts
tiada semangat kesukanan


dan tidak percaya bhw sukan mampu majukan negara.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
kihkih..letak abam KJ jadi hero laku la kot,heroin iols pilih maria tungku febri..ada tkoh olahrgawati gitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2015 11:58 PM | Show all posts
Edited by sepitsiput at 25-11-2015 11:59 PM

bg meols kalau nk buat filem sukan yg boleh dipandang serius (x semestinya bwak aura victory di hujung2 cerita...so cliche), adalah filem2 berikut

1. kes atilit wanita malaysia diraba coach di era 90an . trauma kpd atlit yg spatutnya jd aset negara tp kandas di tengah jalan gara2 gangguang seksual melampau

2. kisah sekumpulan pelari pecut malaysia yg kantoi doping di tahun 2011 menjelang olimpik. mcm mana diorg bawak diri di greece dan menjawab dgn MOM gara2 tindakan mereka yg mengantoikan penglibatan coach dan org2 atasan dlm hal memberi dadah kpd atlit

3. kisah cinta lee chong wei dan wong mew choo yg maybe sweet sbb diorg sama2 pemain badminton negara...bercinta di gelanggang namun terhalang cinta tiga segi dgn kak mah

4. kisah bryan nickson lomas yg cikgu jumpa dia main terjun tiruk kt sungai ulu sarawak hingga dia jd atlit termuda di olimpik

5. kisah disebalik 'industri' bookie bolasepak...bgaimana teruknya rasuah di belakang tabir bolasepak malaysia. harus melibatkan tangan2 ghaib gituh...

buat 5 filem ni dulu ..baru meols rasa org nak pandang sbb kelima2nya ada elemen sensasi dan isu yg fokus utk diutamakan selain victory stories yg so cliche mcm cerita mokhtar dahari la... anak2 sidek la.. those stories lebih kepada riwayat..meols suka fragmen sahaja sbb small fragmen dlm kehidupan atlit tu la yg menarik..
please jgangan ambil atlit berlakon...diorg x boleh berlakon. casting kena tepat!


Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2015 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols rasa kalo buat filem pasal JDT confirm untung.. Ahaaakssss

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2015 12:12 AM | Show all posts
Edited by sepitsiput at 26-11-2015 12:19 AM

tambah lagi satu

buat filem pasal Pak Ngah suhaimi laki bini (dgn sharifah mahani mak ngah) dikerah kerajaan malaysia utk buat persembahan pembukaan di Sukan Komanwel 98. selitkan sekali maki hamun Pak Ngah ala2 gegarvaganza bilamana heshe menohmah young tok ti dan kak ani dan jay jay dan roy yg menyanyi malam tu. selitkan la fiksyen percintaan antara dua penari kebudayaan dan budak sekolah yg terlibat dlm formasi tersebut

nah! saksikan


cadangan pelakon

pak ngah - afdlin


mak ngah sharifah mahani - tiara J


noraniza idris - zara zya


mahathir - esma daniel
fadzil ahmad - malek nor
muhyidin yassin (menteri KBS time tu) - rahim R2
queen elizabeth - helen mirren
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2015 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
phalanx replied at 25-11-2015 09:22 PM
Sebenarnja cerita Baginda tu best je... resepi cerita disney/family omputeh.. 2 sekolah bermusuh, tu ...

Baginda film Abg Long kot. Arwah Azean dan Benjy blakon sama2. Jalil hamid menang best supporting actor Anugrah Skrin tv3
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.279369 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list