CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11764|Reply: 12

10 Negara Dengan Kes Jenayah Rogol Paling Maksimum Di Dunia 2015

[Copy link]
Post time 26-11-2015 10:31 PM | Show all posts |Read mode
Rogol adalah suatu jenayah seksual yang paling kerap berlaku di seluruh dunia. Walaupun begitu jenayah ini sangat jarang dilaporkan kepada pihak berkuasa berkemungkinan besar ada sesetengah individu trauma untuk berdepan dengan masyarakat atau pelaku jenayah ini adalah orang-orang yang mereka kenali.



Stigma sesetengah masyarakat terhadap mangsa rogol menjadikan golongan minoriti ini gagal untuk tampil mendapat pembelaan.

Berdasarkan kadar statistik kes rogol, kes ini bukan sahaja berlaku di negara-negara yang berlaku pergolakan, kadar sosial yang tinggi atau kes jenayah yang begitu berat, malah ia turut berlaku di negara-negara yang maju seperti Amerika Syarikat dan sekitar negara Eropah.

Mengikut statistik kira-kira 36% wanita di dunia menjadi mangsa masalah keganasan seksual selain kes rogol, ia termasuklah pencabulan kehormatan dan gangguan seksual.

Di Amerika Syarikat kira-kira 83% daripada kanak-kanak yang berumur dari 12 hingga 16 tahun di negara itu berhadapan dengan masalah keganasan seksual. Dan lebih malang lagi ia kerapkali berlaku di pusat pengajian atau disekolah.

Di England, 1 daripada 5 wanita berumur 16 hingga 59 tahun turut menjadi mangsa kepada beberapa bentuk keganasan seksual.

Berikut adalah senarai 10 negara dengan kadar maksimum jenayah rogol.

10. Denmark dan Finland


Berdasarkan nisbah, 1 daripada 3 wanita di negara ini telah menjadi mangsa serangan seksual.

Mengikut statistik peratusan, 5% wanita di negara itu adalah mangsa rogol.

Menurut satu kajian yang dijalankan pada 2014 oleh Kesatuan Agensi Eropah untuk Hak Asasi Manusia, kira-kira 47% wanita di Finland dikatakan mengalami masalah gangguan seksual dan ada sesetengah mereka menjadi mangsa penderaan seksual.

52% wanita Denmark pula adalah mangsa penderaan seksual secara fizikal.

Pada tahun 1994, Finland telah mengetatkan undang-undang bahawa perlakuan seks terhadap pasangan yang sudah berkahwin tanpa kerelaan turut dianggap jenayah rogol.

Lebih daripada 1 dalam 10 wanita ditemubual menyatakan bahawa mereka mengalami beberapa bentuk keganasan seksual daripada individu yang lebih dewasa sebelum mereka berumur 15 tahun.

Mengikut nisbah lagi, 1 daripada 5 remaja wanita di negara itu menjadi mangsa seksual dari orang yang mereka kenali.

Hanya 13% yang menjadi mangsa rogol dan penderaan seksual paling serius tampil membuat laporan polis.

9. Zimbabwe



Berdasarkan laporan terdahulu, sekurang-kurangnya seorang wanita dirogol setiap 90 minit di Zimbabwe.

Dan lebih malang lagi, mengikut statistik terkini, kira-kira 16 wanita dirogol setiap hari di negara itu.

Sebanyak 1524 kes dilaporkan dalam tempoh 3 bulan pertama tahun ini, meningkat daripada 1285 dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Dilaporkan, 780 mangsa jenayah seksual adalah dari kalangan kanak-kanak yang berusia 11 hingga 16 tahun. Manakala 276 mangsa seksual adalah kanak-kanak yang berusia antara 5 dan 10 tahun.

Kebanyakan jenayah ini berlaku tinggi kerana ada antara mangsa tidak melaporkan kepada pihak polis.

Menurut UNICEF, jenayah rogol kanak-kanak meningkat sehingga 42 peratus di Zimbabwe.

Jumlah kes rogol bawah umur mengikut laporan polis melonjak daripada 2,192 pada tahun 2010 kepada 3,112 pada tahun 2014.

8. Australia



Pada tahun 2012, kira-kira 51,200 rakyat Australia yang berumur 18 tahun dan ke atas adalah mangsa serangan seksual.

Mengikut satu lagi laporan, wanita di negara itu menjadi mangsa rogol sejak berusia 15 tahun.

Sebanyak 16.4% wanita telah menjadi mangsa rogol individu yang mereka kenali termasuk pasangan sendiri. (Berdasarkan laporan yang dibuat oleh mangsa kepada polis)

Lebih 70% serangan seksual dinegara itu dilakukan oleh ahli keluarga, rakan-rakan atau pasangan, dan rakan sekerja. 29% wanita menjadi mangsa rogol hasil perkenalan di media sosial manakala hanya 1% menjadi mangsa rogol dari individu tidak dikenali.

7. Kanada



Menurut portal Huffington, terdapat 460,000 serangan seksual di negara ini setiap tahun. Malah, 33 daripada setiap 1,000 kes serangan seksual dilaporkan kepada polis, dan 29 direkodkan sebagai satu jenayah paling serius.

Dilaporkan 1 daripada 4 wanita di negara ini menjad mangsa penderaan seksual sepanjang hayat. 11% daripada wanita ini mendapat kecederaan fizikal akibat penderaan tersebut.

Hanya 6% dari kejadian jenayah seksual dilaporkan kepada pihak polis.

80% mangsa adalah wanita dan kebanyakan penyerang mereka adalah rakan dan ahli keluarga mangsa.

83% wanita kurang upaya turut menjadi mangsa serangan seksual.

Lebih malang lagi, 17% mangsa penderaan seksual adalah kanak-kanak perempuan dan 15% adalah kanak-kanak lelaki di bawah umur 16 tahun.

6. New Zealand



Kadar serangan seksual di New Zealand adalah jauh lebih tinggi daripada peratusan purata dunia.

Ia meletakkan negara itu dengan kadar peratusan sebanyak 16.4% waniat adalah mangsa serangan seksual menyamai negara jirannya, Australia.

Menurut laporan Kementerian Keadilan negara itu, serangan seksual berlaku setiap 2 jam terhadap mangsa.

Statistik terkini menunjukkan bahawa 1 daripada 3 perempuan dan seorang daripada enam kanak-kanak lelaki itu mungkin didera secara seksual sebelum berumur 16 tahun.

Menurut laporan New Zealand Heald, serangan seksual meningkat 15% setiap tahun. Hanya 9% jenayah seksual dialporkan kepada pihak berkuasa.

91% kejadian rogol dinegara itu tidak dilaporkan kepada pihak polis.

5. India



Jenayah rogol dan penderaan seksual semakin serius di negara ini.

Menurut Biro Rekod Jenayah Kebangsaan(NCRB), jenayah seksual terhadap wanita telah meningkat sebanyak 7.5% sejak tahun 2010.

Negara yang bilangan rakyatnya mencecah 1.2 bilion telah mencatat kadar jenayah rogol dengan peningkatan seramai 33,707 kes pada 2013 daripada 24,923 pada tahun 2012.

Satu daripada tiga mangsa adalah berusia 18 tahun dan satu daripada 10 mangsa pula adalah berusia 14 tahun.

Berdasarkan purata statistik, kes rogol di India berlaku setiap 20 minit.

New Delhi adalah antara bandar yang mempunyai jumlah tertinggi kes rogol yang dilaporkan.

Mengkiut laporan TimesOfIndia, 93 orang wanita dirogol setiap hari di negara ini. Kebanyakan wanita dirogol oleh perilaku yang mereka kenali. Termasuklah jiran 10,782, kenalan atau individu dikenali mangsa 18,171, saudara mara 2315 dan ahli keluarga lain termasuklah bapa sendiri 539 orang.

Kebayankan kes rogol tidak dilaporkan.

4. England dan Wales



Menurut satu laporan bertajuk “An Overview of Sexual Offending in England and Wales”, yang dikeluarkan pada tahun 2013, oleh Kementerian Keadilan dan Pejabat Statistik Kebangsaan UK, kira-kira 85,000 mangsa rogol dicatatkan setiap tahun di Engladn dan Wales. - 73,000 wanita dan 12,000 lelaki.

Ini bersamaan dengan kira-kira 230 kes setiap hari. Laporan itu menyatakan bahawa 1 dalam setiap 5 wanita telah mengalami beberapa bentuk keganasan seksual sejak berusia 16 tahun.

Menurut satu kajian oleh NSPCC remaja (berumur 13-18), satu pertiga daripada kanak-kanak perempuan dan 16 peratus daripada kanak-kanak lelaki telah mengalami keganasan seksual.

Seramai 250,000 remaja perempuan mengalami penderaan seksual pada satu-satu masa.

12 peratus daripada kanak-kanak lelaki dan 3 peratus daripada kanak-kanak perempuan dilaporkan melakukan keganasan seksual terhadap pasangan mereka.

3. Amerika Syarikat



Menurut Worldwide Sexual Assault Statistics dari Universiti George Mason, 1 dalam 3 wanita Amerika akan didera secara seksual sepanjang hayat mereka.

19.3% wanita dan 2% lelaki telah dirogol sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.

Selain itu, kira-kira 43.9% daripada wanita dan 23.4% lelaki mengalami lain-lain bentuk keganasan seksual semasa hayat mereka.

Kebanyakan mangsa penderaan seksual telah menjadi mangsa pada usia muda, kira-kira 79% mangsa pertama kali dirogol sebelum berumur 25 tahun, dan 40% sebelum berumur 18 tahun.

Menurut satu laporan, seseorang mangsa diserang secara seksual setiap 107 saat.

68% daripada serangan seksual tidak dilaporkan kepada polis.

Jenayah rogol di Penjara

Menurut Jabatan Keadilan, lebih ramai lelaki dirogol di Amerika Syarikat berbanding wanita di penjara - 216,000 tahanan dirogol setiap tahun di Amerika Syarikat.

3.2% orang di penjara dan 9.5% mereka yang berada dalam tahanan juvana berkata mereka telah menjadi mangsa penderaan seksual. Hampir 7% wanita mengatakan mereka telah didera secara seksual oleh rakan-rakan banduan.

2. Sweden



Sweden adalah negara kedua dengan bilangan kes rogol paling tertinggi di dunia.

Statistik terkini menunjukkan bahawa 1 daripada setiap 4 wanita Sweden adalah mangsa rogol.

Pada tahun 1975, hanya terdapat 421 kes rogol yang dilaporkan kepada polis tetapi pada tahun 2014, terdapat 6620 kes yang dilaporkan.

Peningkatan sebanyak 1,472% menjadikan Sweden negara dengan kadar jenayah rogol paling tertinggi di Eropah.

Pada tahun 2013, menurut laporan Majlis Pencegahan Jenayah Kebangsaan Sweden, terdapat 63 kes rogol bagi setiap 100,000 penduduk telah dilaporkan.

1. Afrika Selatan



Dengan anggaran sebanyak 500,000 kes rogol setiap tahun, menjadikan Afrika Selatan adalah negara yang mempunyai kadar jenayah rogol paling tinggi di dunia.

Lebih daripada 40% wanita Afrika Selatan telah menjadi mangsa rogol dalam hidup mereka. Majlis Penyelidikan Perubatan telah menanggarkan bahawa hanya 1 dalam 9 kes rogol dilaporkan. Oleh itu jumlah sebenar kes rogol adalah lebih tinggi daripada angka yang dicatatkan oleh pihak polis.

Lelaki dan kanak-kanak juga tidak terlepas menjadi mangsa rogol di negara ini.

Menurut laporan, lebih dari 4% lelaki di negara itu dipaksa untuk melakukan hubungan seks dengan lelaki lain.

Kanak-kanak adalah 41% daripada semua kes jenayah rogol yang dilaporkan. Kira-kira 15% daripada mangsa rogol adalah kanak-kanak di bawah umur 11 tahun.

Berdasarkan laporan dari South Africa’s Tears Foundation and the Medical Research Council, 50% kanak-kanak di Afrika Selatan akan didera sebelum berusia 18 tahun.

Satu lagi sumber menyatakan terdapat 24,892 kes rogol dan cubaan rogol terhadap kanak-kanak di bawah usia 18 tahun. -HarianBlogger.Com

Rujukan: Wonderlist.com
Sexual violence in South Africa
BBC reports
Rape statistics United Kingdom
timesofindia
New Zeeland Herald
huffingtonpost

penpatah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2015 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa la nasib perempuan...kena rogol sang durjana.undang-undang terlalu longgar ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 11:41 AM | Show all posts
lebih dari 4% lelaki di negara itu dipaksa untuk melakukan hubungan seks dengan lelaki lain.

nafsu negro betui afrika ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 02:12 PM | Show all posts
12 peratus daripada kanak-kanak lelaki dan 3 peratus daripada kanak-kanak perempuan dilaporkan melakukan keganasan seksual terhadap pasangan mereka.


kat England and Wales..

kanak2 dah ada pasangan?
ke aku yang ketinggalan zaman?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 10:15 AM | Show all posts
Asas nya, lelaki kawal pandangan, wanita tutup aurat. Itu saja penyelasaian yg islam bawa.  Apa kan daya, bila org kafir berfikir, mka ikut logic hak asasi manusia
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 10:38 AM | Show all posts
yang parents melayu kena tangkap pasal dera anak tu kat sweden kan? ingatkan dkt negara2 yg kononnya aman damai tu xe masalah rogol2 ni...rupenye tak hmmmmm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2015 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Benda ni isu dh beratus tahun, cuma melayu fefeeliing urban katak bwh tempurung xpernah duk obersi je gigih duk kata org malaysia & melayu gila seks...

Kokesen ni lah yg jdkan pompuan mangsa eksploitasi seks, simbol seks, tgk iklan diorg, pameran brg diorg, acara lumba motor, kereta, filem porn terbanyak pon diorg...katanya perjuang hak wanita...org kita pun duk ikut..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Mustahil malaysia x msuk list, bak kata porumer fefiling kokesen berkerak bontot hitam mcm kuali.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2015 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
turboturtle replied at 29-11-2015 11:50 AM
Mustahil malaysia x msuk list, bak kata porumer fefiling kokesen berkerak bontot hitam mcm kuali.

Mungkin kat europe sana jauh berganda lg teruk dr tanah malaya....
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
ohnoLia replied at 29-11-2015 07:45 PM
Mungkin kat europe sana jauh berganda lg teruk dr tanah malaya....

Byk je kes rogol kat sana, negara2 latin pun byk jgk kes, nigeria pn byk jgk, rogol ni x kira bangsa, haaa....yg pompuan malaysia kata foreigner lbh hormat kat pompuan ni....nampak sgt ktak bwh tempurung, cer pg negara diorg dduk lama kat sana, nnt tau la diorg yg klu dh nama lelaki ni mmg xkira bangsa asal ada peluang je...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 11:01 AM | Show all posts
hebatnya ngra2 kokesen yg diagung2kan ummah.

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 04:28 PM | Show all posts
malaysia masih aman nomot brapa agaknya ekk
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 07:07 PM | Show all posts
afrika kan yang lelaki pun kenal rogol? ke nigeria?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.095600 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list