CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7194|Reply: 90

[Tempatan] Saya Tidak Beli PHD – Zahid Hamidi

[Copy link]
Post time 27-11-2015 09:36 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan bahawa Ijazah Doktor Falsafah (PHD) beliau dibeli berikutan terdapat pihak yang mempersoalkan kajian tesisnya tidak diterbitkan kepada umum.

Sebaliknya, Zahid menjelaskan kajian tesisnya mengenai media cetak tidak diterbitkan oleh pengarang-pengarang disebabkan beliau berasa malu dengan kajiannya yang dianggap tidak releven pada masa sekarang.

Beliau berkata, penerbit-penerbitnya merasakan kajian yang dibuat itu belum layak dijadikan bahan ilmiah.

“Saya tidak pernah membeli ijazah Doktor Falsafah (PHD).

“Saya lakukan kajian sendiri, tetapi saya rasa malu untuk terbitkan sebab kajian saya tidak begitu releven dalam keadaan sekarang.

“Kajian saya lakukan berdasarkan kepada sistem Komunikasi Konvensional di mana ianya berdasarkan kajian terhadap media cetak di dalam lima kali pilihan raya di zaman era bekas Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) yang telah memimpin negara selama 22 tahun,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Persidangan Buku Antarabangsa dan Ekspo Buku Malaysia 2015.

Pada masa sama, Zahid mengakui media sosial kini telah menjadi rujukan utama untuk menggantikan media arus perdana.

Katanya, masyarakat kini perlu mengakui bahawa media sosial atau atas talian menjadi medan utama untuk seseorang mendapatkan maklumat berbanding zaman penggunaan media cetak.

“Sekarang media cetak telah dionlinekan..apatah lagi media sosial sekarang ini sebenarnya telah jadi arus perdana.

“Media sosial kini menguasai minda, beralih hala tuju ke arah menukar pembuat-pembuat keputusan yang mahu menentukan apakah bentuk kerajaan yang ada,” ujarnya.

Justeru, Zahid menyarankan agar masyarakat kini berubah dan memperakui bahawa media sosial kini telah menjadi saluran utama untuk mereka mendapatkan maklumat.

Katanya, media sosial juga sudah mampu menjadi hakim dan memberi hala tuju dalam pemikiran seseorang untuk membuat keputusan.

- FMT





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-11-2015 09:39 AM | Show all posts
Relevan jah tesis ni walau memang diakui media sosial memainkan peranan penting di zaman teknologi ni. Nak jugak baca sambil minum secawan kopi panas.

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 09:39 AM | Show all posts
sape ckp dia beli PHD?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 09:40 AM | Show all posts
perangai x serupa yg berphd
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 09:42 AM | Show all posts
PhD dia dari mana?
Boleh pulak malu malu
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 09:43 AM | Show all posts
Bila dia dapat PhD?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2015 09:44 AM | Show all posts
orang tak tnya, tetiba2 kata pHD tak beli la pulak....

but i am not surprise...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Pak jahid.. Jgn ler malu2..
Kalo lepas viva, mean dia ada buat kerja ler tu..  
Walaupun upah orang kutip data, analisis data..standard ler kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2015 09:51 AM | Show all posts
Agaknya PHD nya dari mana ya?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 09:56 AM | Show all posts
untong ler.....ado plak gitu...memalu plak tue...adoyai
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 09:56 AM | Show all posts
dah penat2 buat thesis malu pulak nak bagi orang baca

patut bangga

pelik betul manusia macam ni

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 09:57 AM | Show all posts
wana89 replied at 27-11-2015 09:45 AM
Pak jahid.. Jgn ler malu2..
Kalo lepas viva, mean dia ada buat kerja ler tu..  
Walaupun upah ...

ade yang siap bayarkan orang tuk buat writing ape sume lagi.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Cer bagi tajuk penuh
Sapa supervisor?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Malu ke mmg takda.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Comfirm beli le tu, tgk muke mcm penipu yg dah biase
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
epis replied at 27-11-2015 09:57 AM
ade yang siap bayarkan orang tuk buat writing ape sume lagi.....

Siyes uols??
Wana ingat just kutip dan run analysis jah..
Yg lain buat sendiri dan plan
Heol pun lepas viva...wana nak tahu sapa external dan internal heol..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2015 10:23 AM | Show all posts
PhD dari UPM rupa nya

Source
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa supervisor dia? Nak tau jugak sapa dlm comitee
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Paling kurang dia mesti mesti terer SPSS kan? Yelah nak ...nak analisis data..takan nak upah org...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
wana89 replied at 27-11-2015 10:21 AM
Siyes uols??
Wana ingat just kutip dan run analysis jah..
Yg lain buat sendiri dan plan

Ooo.. saya bukan ckp pasal heols, cuma saya pernah dgr ade org yg upah org lain sampai buat writing sume.. dah macam org tu buat phd bawah orang tu, walhal tuk phd org tu.. berbelit lak saya tulis haha...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.179695 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list