View: 37178|Reply: 172
|
Bapa ummi kena penjara 10 tahun...nyesal x pokcik
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan yang juga bapa pelakon Ummi Nazeera, dipenjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam selepas didapati bersalah terhadap 10 pertuduhan menggunakan dokumen palsu berhubung surat peletakan jawatan dan pemindahan saham milik isteri keduanya, sembilan tahun lalu.
Hakim Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman itu terhadap Datuk Zainulabadin Mat Akhir, 64, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah diakhir kes pembelaan.
Bagaimanapun, Norsharidah membenarkan permohonan peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos yang mewakili Zainulabadin untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan.
Sehubungan itu mahkamah menetapkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM250,000 dengan seorang penjamin.
Dalam penghakimannya, Norsharidah berkata keputusan pemeriksaan ahli kimia pihak pembelaan tidak konklusif.
Tertuduh didakwa dengan curang menggunakan menggunakan sebagai tulen satu dokumen Resolusi Lembaga Pengarah Mutiara Efektif (M) Sdn Bhd (Mutiara Efektif) dan B TIS Manufacturer Sdn Bhd (B TIS Manufacturer) iaitu surat Peletakan Jawatan Sebagai Pengarah oleh Datuk Maziah Musa.
Melalui Resolusi Lembaga Pengarah Mutiara Efektif, lelaki itu turut didakwa melantik Ahmad Fikhri Zainulabadin sebagai Pengarah dan Peletakan Jawatan Maziah sebagai Pengarah.
Dia juga didakwa menggunakan Resolusi Lembaga Pengarah B TIS Manufacturer untuk melantik Ahmad Fikhri dan Nor Akhilah Zainulabadin sebagai Pengarah.
Selain itu, dia didakwa melalui resolusi kedua-dua syarikat berkenaan telah memindahkan saham daripada Maziah atas namanya sendiri dan Nor Akhilah.
|
|
|
|
|
|
|
|
senak rasa kepala baca term undang2 ni
nampak ngat aku ni tepu bebal
|
|
|
|
|
|
|
|
finally.
lama gila mak ummi nazeera naik turun mahkamah pasal kes ni.
skrg pun dah berjaya dgn perniagaan sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 27-11-2015 11:52 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kesian keluar penjara dh 74yo....x tau la boleh ke buat rayuan kes2 mcm ni...atau mak ummi tu kalau ada sikit kesian drop je the case...lg2 kalau bapak ummi ni la yg buat dia mewah...atau dia mmg born rich.. |
|
|
|
|
|
|
|
kat rotikaya tulis 31 tahun penjara. erm. |
|
|
|
|
|
|
|
Bapa Ummi Nazeera Dipenjara 31 Tahun, Akhiri Penderitaan Ibu
Oleh RTKY Staff pada 27 November 2015, 9:11AM
Hakim Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman pernjara 31 tahun itu terhadap Datuk Zainulabadin Mat Akhir, 64, yang juga bapa kepada pelakon Ummi Nazeera, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Datuk Zainulabadin didapati bersalah terhadap 10 pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen berhubung surat peletakan jawatan dan pemindahan saham milik isteri keduanya, sembilan tahun lepas.
Mengikut pertuduhan pertama sehingga 10, Zainulabadin didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai tulen bagi beberapa dokumen bagi memindah milik 1.68 juta unit saham syarikat Mutiara Efektif (M) Sdn.Bhd., daripada Datuk Maziah Musa, 51, selaku pemberi pindah milik, kepada anak tertuduh, Ahmad Fikhri.
Selain itu, dia juga dituduh menggunakan dokumen palsu untuk melantik anaknya, Ahmad Fikhri dan Nor A’khilah sebagai pengarah syarikat B.TIS Manufacturer Sdn. Bhd.
Dalam penghakiman, Norsharidah berkata keterangan ahli kimia kerajaan telah mengesahkan antara tulisan dan spesimen tanda tangan pengadu (Maziash) dalam kesemua dokumen yang dipertikaikan telah dipalsukan. Beliau menyifatkan kes itu berlaku disebabkan masalah keluarga yang bersifat tamak dan dendam.
Sejurus mendengar keputusan mahkamah, Maziah tidak dapat menahan sebak dan terus memeluk Ummi Nazeera dan anak lelakinya, Ahmad Nazreem yang sentiasa memberi sokongan terhadapnya sehingga kes selesai. Ummi juga bersyukur dengan keputusan mahkamah tersebut.
“Saya mengagumi ibu saya yang begitu tabah melalui segalanya. Saya dan abang saya sentiasa di belakang ibu saya,” katanya dan menjelaskan segala keperitan ibunya telah berakhir, dipetik melalui portal The Rakyat Post. (rtky/s)
|
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan bapak umi yg report psl mak umi.rupenye the other way around.
I dengar2 n baca2 mmg mak umi kaya.kawin pulak dgn bapak umi yg juge kaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Owh..ibu ummi ni isteri kedua la...
Kesahnya.... |
|
|
|
|
|
|
|
mak dia nampak muda ... |
|
|
|
|
|
|
|
kalo yg dlm gamba tu ialah mak dia, wow cantikkkk dan nampak muda sgt... |
|
|
|
|
|
|
|
lawa mak dia..mmg tabahla naik trun court..mcm drama samarinda pulak kes diorg nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
cuba akak explain utk saya yang kurang arif ni. mak umi ni isteri kedua tapi tak dapat saham/syer ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Diorang adik beradik pun mmg guna nama musa kan kt blkg
Surname mak gituh |
|
|
|
|
|
|
|
apa kes ni?
tak faham sgt la jargon untuk laws ni |
|
|
|
|
|
|
|
lawo nya mak ummi.. lembut jah muka nya
|
|
|
|
|
|
|
|
BebeQ replied at 27-11-2015 12:09 PM
cuba akak explain utk saya yang kurang arif ni. mak umi ni isteri kedua tapi tak dapat saham/syer ...
Mak dia pemegang saham n directors yg dikeluarkan dr company secara salah. Tu base on article yg sgt ringkas di atas. |
|
|
|
|
|
|
|
lolen replied at 27-11-2015 11:48 AM
senak rasa kepala baca term undang2 ni
nampak ngat aku ni tepu bebal
Dik x de sgt pun legal jargon.yg byk hal2 berkaitan company. Mende2 berkaitan company mmg ssh gak nk fhm. |
|
|
|
|
|
|
|
sama je sytyle tudung diorg...
dua2 cantik..
harap2 umi lps ni tudung x makin singkat..
dulu2 tudung labuh bulat kan?
p/s: pesanan dr sigonjeng |
|
|
|
|
|
|
|
Mak ayah umi dh cerai ke ni..ke msh somi isteri |
|
|
|
|
|
|
| |
|