CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3213|Reply: 29

[Tempatan] McGyver Kuala Kerai:Pakcik Bina Rakit Persis Lori Bauksit!

[Copy link]
Post time 27-11-2015 01:42 PM | Show all posts |Read mode
                                                            
Mamat (kiri) menunjukkan rakit tempat meletakkan barang sekiranya banjir melanda Kampung Budi, dekat Kuala Krai.

KUALA KRAI - Seorang warga emas mengambil inisiatif membina rakit untuk meletakkan barang sebagai persiapan menghadapi banjir di Kampung Budi, dekat sini.
        Mamat Deris, 84, berkata, dia mengambil inisiatif itu kerana masih trauma dengan banjir besar tahun lalu, sehingga menyebabkan semua harta benda miliknya musnah.
        Menurutnya, dia sanggup membelanjakan sejumlah wang kira-kira RM1,000 semata-mata untuk menyiapkan rakit berkenaan.
“Rakit yang dibina mengambil masa lima hari untuk disiapkan seorang diri. Bahan yang diperlukan pula terdiri dari lapan tong sabun, kayu dan khemah.
“Khemah ini mampu menampung barang dalam rumah pakcik dan anak yang tinggal berjiran. Kalau banjir.. barang akan dipindahkan ke dalam rakit, sementara kami berpindah ke pusat pemindahan. Pakcik yakin barang tidak akan tenggelam kalau banjir,” katanya kepada Sinar Harian.
        Bapa kepada tiga anak itu berkata, dia membuat persiapan awal bagi mengelak keadaan kelam kabut.
“Kalau banjir.. pakcik dah ada tempat untuk selamatkan barang. Kalau tak banjir syukurlah.. rakit ini boleh dijadikan tempat berehat,” katanya yang mempunyai 20 cucu.
        Menurut Mamat, rumahnya yang didiami sejak 1960-an itu tenggelam ketika kemuncak banjir besar yang melanda kampungnya pada 22 Disember tahun lalu.
        Katanya, ia merupakan banjir terburuk pernah dia lalui berbanding kejadian banjir besar yang berlaku pada 1967.
“Banjir besar juga melanda kampung ini pada 1978, namun tidak lah sebesar tahun lalu,” katanya yang merupakan antara penduduk tertua di kampung itu.
        Tambahnya, dia tetap bimbang jika banjir besar sekali lagi melanda kampungnya, tetapi sekurang-kurangnya barangnya ada tempat untuk dipindahkan.
        Banjir besar tahun lalu, memberikan kesan mendalam kepada mangsa terdiri daripada sebahagian besar penduduk di daerah ini, sekali gus menjadi garis panduan dan pengajaran buat mereka untuk berhadapan cabaran ketika musim tengkujuh.
        Ada dalam kalangan mangsa yang hilang tempat tinggal dan harta benda, malah ada yang masih trauma hingga kini setiap kali hujan.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/warga-emas-bina-rakit-hadapi-banjir-1.456151


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2015 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus pakcik ni...berakit2 dahulu
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 01:52 PM | Show all posts
bagus pak cik ni..ada inisiatif sendiri.
walau umur dah lanjut, tetap dikerah tenaga untuk buat preparation.

benda bermusim kan?
kena lah bersedia..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 01:53 PM | Show all posts
kelas pakcik drag pakai mini skirt
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 01:55 PM | Show all posts
Dulu waktu ayah masih ada, dia pun bina something similar
tapi float tu guna balak
in preparation for Landas season
sebab tempat kita pun, hujung tahun sentiasa banjir
tapi sekarang ni, landas or not, banjir semedang

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 01:57 PM | Show all posts
pakcik dh buat test ke blm. kang bubuh2 semua brg tenggelam plk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2015 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
lazim replied at 27-11-2015 01:57 PM
pakcik dh buat test ke blm. kang bubuh2 semua brg tenggelam plk

Field test masa banjir nanti
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya ada nasihat parent saya buat sebegini namun mereka gelakkan jah.nanti mendapat cash saya senyum sinis jah tgk diorng naik rakit batang pisng.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2015 02:10 PM | Show all posts
Kera jaan buat apa?  Tak selesaian isu banjir ini.   Patut kera jaan alih mereka ni.ke penempatan baru....
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangga aku ngn pakcik ni..mcm sorg ibu tunggal kat kelantan.dah lah janda,ada anak,jaga mak lg..buat mcm rumah rakit.nak musim temgkujuh je pindahkn brg.mmg bijak otak dia..bukan tahu duduk tunggu bah dtg tanpa buat apa.sbb dh tahu kwsan mmg akan banjir bertindak lah..xkn tggu org
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 02:26 PM | Show all posts
bagus la pakcik ni.. ada initiative untuk elakkan kerugian dan kesusahan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 02:26 PM | Show all posts
Bagus le buat persiapan awal sekurang2nya dapat mengurangkan kos kerugian akibat banjir,  
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 02:52 PM | Show all posts
Changa replied at 27-11-2015 01:53 PM
kelas pakcik drag pakai mini skirt

nak tersembur air liur cari skirt pakcik.. hawau kau changa...

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 02:57 PM | Show all posts
persiapan jikala banjir besar melanda sekali lagi....bagus bagus...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 03:46 PM | Show all posts
Woww... Respek...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 03:52 PM | Show all posts
Ambil masa 5 hari utk siapkan....dah tu pakcik buat sorg2...pakcik ni memang hebat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2015 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
albedah replied at 27-11-2015 02:52 PM
nak tersembur air liur cari skirt pakcik.. hawau kau changa...

Ntah2 ade female lingerie pakcik ni pakai..ape2 pun tahniah pakcik sbb beringat awal
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 03:58 PM | Show all posts
bravo pakcik..!
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 04:42 PM | Show all posts
bagus buat benda nih dari buat suicide vest
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tabik spring pakcik..dh tua2 pun masih ada inisiatif nk pikiaq backup plan musim bnjir..84 thn tuuu...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.074883 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list