CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1365|Reply: 0

Sperma Anda OK Jika Patuh Tip Ini

[Copy link]
Post time 27-11-2015 03:05 PM | Show all posts |Read mode
                    Jangan ingat apa yang anda makan hanya memberi kesan terhadap saiz pinggang seluar sebaliknya ia juga memberi kesan terhadap kualiti sperma anda. Tentunya anda mahu kualiti sperma yang paling baik dan sihat untuk melahirkan zuriat yang hebat juga, bukan?

        Menurut kajian yang dibuat oleh Human Reproduction di Amerika Syarikat, lelaki yang mengambil lebih banyak makanan bersumberkan omega-3 asid lemak seperti ikan tuna, tenggiri, salmon dan ikan sardin dikatakan mempunyai kualiti sperma yang baik berbanding lelaki yang mengambil omega-3 lemak tepu. Pengambilan lemak tepu yang banyak menjadi punca kualiti sperma menurun.

        Untuk mendapatkan jantung dan badan sihat, semestinya senaman adalah langkah paling utama. Kajian menunjukkan bahawa bersenam  setiap hari mampu mengeluarkan testosteron yang menyokong kesihatan sperma anda. Memadai anda berjoging walau sibuk sekali pun.

        Anda mungkin menganggap perokok juga masih mampu mempunyai zuriat setelah melihat rakan-rakan yang merokok di sekeliling. Namun, perhatikan pasangan anda yang sememangnya merupakan perokok pasif. Meskipun pasangan anda tidak merokok tetapi menghidu asap rokok turut menutup peluang anda untuk mempunyai anak. Terdedah kepada asap rokok boleh merosakkan DNA sperma anda dan kesuburan pasangan.

        Fikirkan semula jika anda gemar meletakkan komputer riba di atas paha. Keadaan ini bukan saja boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, warna kulit tidak sekata dan berbintik-binti kerana terdedah pada bahang panas dalam tempoh lama seperti yang dinyatakan oleh kumpulan penyelidik dari Switzerland yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics.

        Tetapi, ia juga boleh menyebabkan skrotum anda memanas dengan cepat. Apabila suhu pada skrotum meningkat,ia sudah cukup boleh merosakkan kualiti sperma anda.

        Tolak tepi segala ubat-ubatan atau rawatan-rawatan yang belum pasti keberkesanannya. Dengan mematuhi tip di atas sudah boleh memberi jaminan kehidupan dan kesihatan yang baik seumur hidup!


               

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.816188 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list