CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5721|Reply: 46

[Dunia] Bingung Lihat Dunia Lepas 44 Tahun Dalam Penjara

[Copy link]
Post time 27-11-2015 07:06 PM | Show all posts |Read mode
Bingung Lihat Dunia Lepas 44 Tahun Dalam Penjara
Nov 27, 2015



NEW YORK — Otis Johnson kelihatan tercengang kebingungan ketika dia mula menghirup udara segar bebas untuk kali pertama setelah menjalani hukuman penjara selama 44 tahun di bandar raya digelar Big Apple ini.

Lelaki tempatan berusia 69 tahun ini menceritakan pengalamannya kepada stesen penyiaran antarabangsa Al Jazeera, ketika ditemui pada Rabu lalu bahawa dunia di luar penjara langsung telah berbeza selepas empat dekad.

Dia menceritakan bagaimana keliru ketika berjalan-jalan di kota terbesar Amerika Syarikat itu dan melihat ramai orang memakai telefon pintar, sejumlah minuman berwarna-warni, dan gaya aksi pejalan kaki seperti zombie.



“Penjara telah banyak mempengaruhi kehidupan diri saya selama ini. Saya berasa cukup sukar ketika kembali ke dunia luar kerana banyak hal yang didapati telah jauh berubah,” ujar Otis ketika mula membuka ceritanya itu.

Dia memberi contoh keadaan orang ramai berjalan dengan headset atau penutup kepala di telinga mereka, bahkan masih lagi boleh bergerak pantas tanpa memperhatikan keadaan jalanan yang cukup sibuk pada waktu puncak.

Otis bingung bagaimana masyarakat ketika ini dapat melakukannya begitu sahaja dengan mudah. Namun, warga emas ini bertekad untuk tetap berfikiran positif kerana sedar dunia berubah sepanjang dia dikurung di penjara.



“Saya ingat ramai orang ini menjadi ejen CIA kerana pada zaman saya, itulah yang sering dipakai ejen rahsia di telinga mereka ketika bekerja. Ketika saya melihat dengan lebih dekat, baharu saya menyedari, itu adalah headset,

“Juga sesuatu yang berkaitan gajet dengan apa yang namanya disebut iPhone itu,” cerita Otis sambil mengimbau pengalaman lucu kali pertama semasa dia masuk mengunjungi sebuah pasar raya di kawasan kejiranannya.

Lelaki kulit hitam ini mendakwa dia melihat begitu banyak jenis makanan dan minuman berwarna-warni yang belum pernah dilihatnya selama hidup. “Susah untuk memilih yang mana satu akan saya beli,” ujar beliau.

Otis kemudian dengan sedih turut bercerita bahawa hal yang paling sukar baginya adalah ketika ia kehilangan hubungan dengan semua ahli keluarganya sendiri, yang kali terakhir melawatnya di penjara ialah pada 1998 lalu.



“Susah bagi saya kehilangan ramai insan yang saya amat cintai semasa zaman muda. Saya merindukan diri mereka, tetapi tidak tahu bagaimana hendak mencarinya. Saya kini tiada orang yang boleh diajak untuk berbicara.

“Kita tahu bahawa kadang-kala kita harus mengabaikan hal-hal yang sudah terjadi pada masa lalu. Kemarahan akan menghalang proses kemajuan. Saya berusaha melihat ke depan untuk terus bertahan di dunia ini,” tuturnya.

Dia dihukum pada usia 25 tahun kerana kesalahan cuba membunuh seorang pegawai polis dan ketika dibebaskan, pihak penjara memberinya wang saku sebanyak AS$40 (RM170), dua tiket bas dan kad pengenalan milik dirinya.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2015 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
44tahun pakcik.. banyak benda yg menarik kau telepas..rugi. tp tu la kan karma. Sedih betul hidup gitu.. muda2 spatutnya kau lepas bebas, tapi kena penjara, bila kluar dah beruban. Pastu meraba-raba cari hidup baru. Family n kwn ntah gi mana. Hidup kena restart balik..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 07:13 PM | Show all posts
Sian dia.. Masa muda dan nikmat seorang lelaki dewasa abes di penjara.. Xpela pakcik dah kua ni masih dpt la nikmat hidup insaf dan bsyukur
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sayanglah masa muda membazir cam tu jah.
Now dah 69...nak buat apa lg. Harap masih ada sanak saudara lah yg sudi terima.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 07:17 PM | Show all posts
Kuar2 tu mesti tergamam woooo
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kuar rumah sebulan pun dah bingung, ni pulak 44tahun....

Klu dia ni banduan msia, mesti dia heran tgok ada tibi kaler yg besorrr kat dataran merdeka....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2015 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
44thn?umur aku pun blom 44 lg
So nampaknya dia terpaksalah start slow2 balik nk mulakan hidup baru...dah la xde sapa nk diajak berborak
Sedih sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
sedihnya atok ni. jangan merempat sambil tolak troli bersama anjing trbiar sudah

salah satu watak wajib ada dalam drama melibatkan latar blakang new york pakcik/makcik homeless tolak troli
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2015 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya pakcik ni. Betul2 bingung dia tengok kehidupan sekeliling dengan sedara mara, kawan semua takde. Sunyi je rasa.

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Takya kesian sama dia sebab penjara negara barat everything is provided for. Makan, minum, entertainment..etc...best sekali takya kerja

Kesian kerana dia terpaksa keluar
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap dia x jd mcm orang tua penjaga library yg bela burung gagak dlm filem The Shawshank Redemtion tu , x dpt terima kehidupan luar penjara ..last2 gantung diri
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah pacit sbb smpt tgk perubahan New York
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 09:59 PM | Show all posts
tapi dia tetap berfikiran positif ...

muga dipanjangkan umo ankle ni .. agar dia dapat menikmati kehidupan bebas luar penjara yang dah terlepas selama 44 thn tue
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 10:28 PM | Show all posts
azman1 replied at 27-11-2015 08:56 PM
Harap dia x jd mcm orang tua penjaga library yg bela burung gagak dlm filem The Shawshank Redemtion  ...

ha aku teringat film ini keluar penjara kerja dan x boleh hidup terus bunuh diri, yg bagus si banker itu mengumpul/mengubah wang haram dari dalam penjara. prison break lari dari penjara terus ambil wang dikumpul di bank,

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 10:31 PM | Show all posts
macam terperangkap dalam masa gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 10:40 PM | Show all posts
Dari zaman ago go ke zaman gaget perlu masa nak sesuaikan diri tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2015 10:42 PM | Show all posts
Dia dihukum pada usia 25 tahun kerana kesalahan cuba membunuh seorang pegawai polis

Lelaki kulit hitam cuba membunuh polis dpt 44thn penjara... Polis yg membunuh civilian kulit hitam yg tidak bersenjata, setakat digantung/dibuang kerja sajork.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 10:44 PM | Show all posts
xya pening2 pakcik.... try ugut nk bunuh polis lg, boleh masuk jail blik....

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 10:51 PM | Show all posts
tergaman tu normal kot...44tahun.benazir bhutto kena jail 5 tahun sblm jadi pm..langsung tak boleh bukak mulut nak bercakap.lagi sadis
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 10:54 PM | Show all posts
mesti dia ni tak bersalah sebenarnya
zaman dulu rasis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.078036 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list