CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2124|Reply: 16

[Dunia] Di China, 2 pekerja dipecat kerana tak kenal majikan

[Copy link]
Post time 27-11-2015 08:20 PM | Show all posts |Read mode
BEIJING 26 Nov. – Gara-gara gagal mengenali majikan mereka, dua pekerja di China dipecat selepas bertindak memarahi bos yang juga seorang jutawan elektronik dari Taiwan yang menegur mereka kerana merokok.

Menerusi rakaman video yang kini tersebar di media sosial di China, dua pekerja kilang di Shenzhen, selatan China itu dipecat serta merta oleh jutawan, Terry Gou selepas kedua-dua staf ber­kenaan memarahinya, dalam satu kejadian yang dipercayai tidak disengajakan.

Terdahulu, Gou yang mempunyai kekayaan bernilai 3.91 bilion pound (RM24.7 bilion) membuat pemeriksaan dan baru selesai makan tengah hari di sebuah kantin di kilang Foxconn Long Hua di Shenzen.

Dia kemudiannya mengesan dua kakitangan itu sedang me­rokok di luar kantin yang merupakan kawasan larangan merokok sebelum menegur mereka supaya berhenti, dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada 23 November lalu.

Namun tanpa diduga, kedua-dua pekerja itu bertindak menjawab teguran majikannya, ‘Siapa awak? Ini bukan urusan anda’.

Berang dengan reaksi balas pekerja berkenaan, Gou bertindak memecat pekerjanya serta merta.

Dalam rakaman selama tujuh saat itu, Gou boleh didengar berkata: ‘Foxconn tidak memerlukan staf seperti kalian’.

Sejak insiden itu tersebar, banyak kilang pembuatan di China bertindak meningkatkan penguatkuasaan larangan merokok.

Malah, setiap pekerja diingatkan supaya mengenali majikan mereka.

Gou merupakan pengasas Foxconn yang juga dikenali sebagai Hon Hai Precision iaitu pengilang elektronik terbesar di dunia yang menghasilkan komponen untuk syarikat Apple, Sony, dan Nokia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2015 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka. Dah buat salah boleh2 plak naik angin, terkena kat big boss, amekaw, you're fired!
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
cashhhh
perkara paling penting adalah kenal bos anda.

company boyfren aku cucu big boss suka pecat org. plg latest heshe ckp cleaner yg kene pecat sbb tertidor time tunggu lantai kering
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 08:33 PM | Show all posts
banyak circuit guna foxcon chipset.  termasuk mb laptop dan pc.  


padan muka staff bodo kena buang.  kat tempat aku ada dua ekor staff baru suka lekatkan tapak kasut masa dalam lift.  konon cool lah.  kena pecat baru padan  muka kau...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawak hahahaa.. tak pasal2 kena pecat padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 09:03 PM | Show all posts
kat sini kao marah cina
cina report kat MCA

MCA tuduh ko resis

MCA jumpa menteri melayu

Menteri melayu buang ko kerja


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2015 10:02 PM | Show all posts
Selayaknya
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 10:25 PM | Show all posts
hakakah...ini mmg cukup padan muka!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2015 10:34 PM | Show all posts
Haaa kan dah mendapat mau lawan tokey lagi
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 10:54 PM | Show all posts


This is the moment a furious billionaire sacks two of his workers on the spot after the swore at him.

Terry Gou - boss of approximately 1 million people at electronics giant Foxconn - gave no quarter when two of his minions didn't recognise him.

In the video the tycoon, worth an estimated £3.91 billion, sees two workers enjoying a cigarette in a non-smoking area near the firm's factory in Shenzen.

He tells them to stop puffing and not recognising the boss, they tell him: ""Who are you? It's none of your f*****g business."


Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
big bos aku dlu mai pejabat x bgk taw org, sekali ade staf tny " ye pak cik,cri sapa?"
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 08:07 AM | Show all posts
PerKasa replied at 27-11-2015 09:03 PM
kat sini kao marah cina
cina report kat MCA

patutlah byk point ilang
rasis rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
ala dah muka semua sepesen sama je, mana nak cam...

eh tapi big boss memang jarang datang opis ler..
kitorang pun big boss datang sebulan sekali dua jek...
tapi takla sampai tak kenal...
new hire pun semua kena tengok org. chart ..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 09:13 AM | Show all posts
Kejadian yang lain berlaku kat seorang guard kilang Spidey bekerja.

Spidey bekerja di Lee Rubber, sebuah kilang pembuatan getah berpangkalan di Singapura. Ada sebuah kisah yang yang femes kat syarikat Lee Rubber ini. Pada tahun 1960an, pengasas dan juga pemilik empayar Lee Rubber CO. iaitu mendiang Lee Kong Chian (antara manusia terkaya di Asia Tenggara pada zaman itu https://en.wikipedia.org/wiki/Lee_Kong_Chian )
buat spot check di salah sebuah cawangan kilang di Malaya (tak ingat cawangan mana). Beliau pergi melawat kilang seorang diri tanpa ditemani oleh sesiapa dengan sebuah teksi. Apabila tiba di kilang itu, beliau ingin masuk ke dalam tetapi guard Singh tu menghentikannya. Pak guard tu bertanya Encik Lee siapakah beliau dan apakah sebab mahu masuk ke dalam kilang tanpa kebenaran.
Encik Lee menerangkan beliau ialah tauke kilang tetapi pak guard itu tetap tidak mahu mempercayainya dan Encik Lee terdiam seketika.
Pada masa itu pengurus kilang ternampak kejadian itu dan menerangkan kepada pak guard tentang kesahihan Encik Lee sebagai tauke kilang. Baru guard tersebut sedar dan meminta maaf dengan Encik Lee. Oleh kerana Encik Lee terharu dengan ketegasan guard itu bekerja, Encik Lee mengeluarkan sejumlah duit (kalau tak silap RM10 sebab zaman tu nilai tu agak besar) dan hulurkan kepada guard tersebut sebagai tanda penghargaan.

Kisah ini pernah tercatit dalam biografi buku kisah hidup Mendiang Lee Kong Chian. Hari ini, semua cawangan pasti ada gambar mendiang digantung dalam office.

Spidey pernah membaca habis biografi beliau.
1)Mendiang Lee juga pengasas dan pemilik individu terbesar OCBC Group.
2) Semua kilang Lee Group dan hampir semua empayar perniagaanya ada tulisan Jawi kat papan tanda nama syarikat
3) Pengasas Lee Foundation https://en.wikipedia.org/wiki/Lee_Foundation yang banyak menyumbang kepada kebajikan pelajar dan kepada sekolah dan uni (termasuk University Islam)
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 09:32 AM | Show all posts
company akak dulu kalau naik satu lif dgn chairman tak bagi salam dapat surat cinta.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 07:49 PM | Show all posts
bluehedgehog replied at 28-11-2015 08:07 AM
patutlah byk point ilang
rasis rupanya

setuju
dan batul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2015 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin dorang kenal kalau dlm gambar tp x kenal klu face to face..ramai aje manusia yg dlm gambar lain sikit drp reality kan..

x pn gmba tokey milianar kt opis tu gambar lama dah tak dihapdet..

sbbnya ummah cha ya nun alif ni mmg jarang nk ambik tau hal2 pengetahuan am..klu x, xkan ada cikgu x kenal menteri sendirik..kecoh hr tu kan deris jusoh tturun padang g sklh tp gigih macik konon cikgu pendidik anak bangsa tak kenal big boss sendirik..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.072302 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list