CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1658|Reply: 0

Kek Lapis Sarawak Kukus Asam Manis

[Copy link]
Post time 27-11-2015 09:18 PM | Show all posts |Read mode


Kek Lapis Sarawak kukus telah diperkenalkan daripada inovasi yang diilhamkan oleh Barat membuat kek di awal 1980-an.
Kemajuan industri makanan memperkenalkan reka bentuk lapisan moden dan tradisional, ditambah dengan perisa baru, setiap lapisan dibina menarik bersama pelbagai perisa semulajadi di antara resipi asal dan rasa moden serta warisan nenek moyang mereka.Kek lapis Sarawak kukus mestilah sekurang-kurangnya mempunyai dua warna. Kek yang lebih terperinci sering memerlukan acuan khas untuk mengekalkan ketebalan lapisan yang sempurna dan pastinya rasa yang enak!
Resepi Kek Lapis Sarawak Kukus Asam Manis
Bahan-bahan:
  • 5 biji telur (grade A)
  • 225 g gula halus
  • 100 ml minyak jagung
  • 150 ml susu cair
  • 220 g tepung gandum
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu kecil rata baking powder
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • ½ sudu kecil garam
  • pewarna merah, hijau dan kuning (mengikut citarasa anda)
  • 2 paket asam manis atau hawflakes
Cara memasak:
  • Panaskan pengukus anda dan sediakan loyang (saiz 8×8). Sapukan minyak dan alas loyang dengan baking paper.
  • Ayak tepung dan baking powder. Kemudian campurkan semua bahan dalam mangkuk kecuali minyak, asam manis dan pewarna. Pukul adunan tadi hingga gebu dan sebati.
  • Kemudian masukkan minyak jagung dan gaul adunan dengan senduk hingga adunan sebati.
  • Kemudian bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ikut kesesuaian dan warna serta lapisan yang anda inginkan.
  • Jika anda bahagi kepada 4 bahagian, letakkan setiap bahagian itu dengan pewarna yang berlainan.
  • Tuangkan lapisan pertama dalam loyang dan ratakan. Susun kepingan asam manis di atas lapisan pertama. Kukus lapisan pertama selama 5 hingga 7 minit.
  • Apabila lapisan pertama sudah masak, angkat loyang itu dan tuang lapisan kedua, serta susun asam manis dan kukus semula.
  • Ulang kaedah yang sama sehingga habis setiap lapisan yang anda mahukan.
  • Untuk lapisan yang terakhir, kukus selama 20 minit supaya kek lapis itu masak secara keseluruhannya.
  • Setelah kek masak, biarkan dalam loyang selama 10 minit dan kemudian alihkan.
  • Biarkan kek lapis anda sejuk sepenuhnya. Setelah itu, anda boleh memotongnya dengan pisau yang tajam dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!


http://www.wom.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.073114 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list