CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4719|Reply: 3

Sotong Telur Masin

[Copy link]
Post time 27-11-2015 09:20 PM | Show all posts |Read mode

Sotong telur masin biasanya mudah didapati di restoran Chinese Muslim. Kini, semakin ramai yang menggemari hidangan ini. Bahan utama hidangan ini semestinya sotong dan kuning telur masin. Gabungan kedua bahan ini akan memberi rasa yang memuaskan!
Hari ini, Chef WOM.my ingin berkongsi resepi mudah membuat sotong telur masin.
Resepi Sotong Telur Masin
Bahan-bahan
  • 500gm sotong bersaiz sederhana
  • 10 tangkai cili kering (dipotong)
  • 5 tangkai cili padi (dipotong)
  • 7 helai daun kari
  • Butter
  • Seulas bawang putih
  • Susu sejat
  • 2 biji kuning telur masin (dilenyek)
  • Sedikit garam
Cara memasak
  • Masakkan sotong anda sehingga ia betul-betul masak. Selepas ia masak, tos dan ketepikan.
  • Panaskan butter sehingga cair, tumiskan bawang putih, cili padi, cili kering dan daun kari sehingga naik bau.
  • Masukkan susu sejat bersama kuning telur masin yang sudah dilenyek.
  • Tambahkan garam secukup rasa.
  • Kemudian, masukkan sotong yang telah digoreng tadi dan kacau sehingga kuah kering.
  • Setelah masak, hiaskan hidangan anda mengikut kreativiti dan hidangkan bersama nasi panas.


http://www.wom.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2015 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm sedap jer.. try nanti
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Udang pun sedap masak cara ni. Ketam laaaaaagi sedap! Hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 10:40 PM | Show all posts
nak  try lah masak sok..telur asin n sotong dah ada..tengkiu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.056224 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list