CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2227|Reply: 0

Daging Salai Versi Pedas

[Copy link]
Post time 27-11-2015 09:29 PM | Show all posts |Read mode


Bercakap tentang daging salai, terbayang keenakkan daging salai yang terdapat di Kuala Pilah.
Tidak dinafikan, daging salai Kuala Pilah cukup ‘power’ dan tiada tandingannnya. Sesuailah dengan proses pembuatannya yang memerlukan banyak kesabaran serta perlu tahan ‘bermandikan asap’!
Namun, resepi daging salai yang Chef WOM.my  bawakan ini tersendiri. Berbeza dengan resepi asal daging salai yang menggunakan garam serta kunyit sebagai bahan utama serta dibakar menggunakan kayu arang.
Semoga Resepi Daging Salai Versi Pedas ini boleh memberikan alternatif dalam masakan daging salai yang mungkin menjadi kegemaran anda.

Berikut Resepi Daging Salai Versi Pedas
Bahan-bahan yang diperlukan:
½ kg daging lembu di potong sederhana ketebalannya (sebaiknya daging segar/batang pinang)
6 biji bawang merah – dikisar
2 biji bawang putih – dikisar
5 cm kunyit hidup – dikisar
Serbuk ketumbar , serbuk lada hitam, serbuk jintan, garam dan gula secukupnya.
1 sudu besar air asam jawa
3 sudu besar serbuk cili
2 cawan santan pekat

Cara Membuatnya:
1. Kisar kunyit hidup, bawang putih dan merah.
2. Kemudian gaul dengan serbuk ketumbar, serbuk lada hitam, serbuk jintan, garam, gula dan serbuk cili hingga sebati.
3. Setelah itu, masukkan santan pekat , air asam jawa dan gaul sampai rata.
4. Masuk daging yang telah dihiris sederhana nipis, gaul merata dan perap selama dua jam.
5. Kemudian bakar atau salai daging tersebut sampai masak.  Jika tiada kayu arang, boleh juga dibakar menggunakan ketuhar pembakar.
6. Selepas itu, bolehlah hiris daging / ‘ketuk-ketuk’  tersebut untuk dibuat gulai masak lemak dicampur dengan pucuk ubi, rebung ataupun belimbing buluh.  Tak pun dicicah dengan sambal kicap dan dihidangkan bersama nasi panas serta ulam-ulaman.
Foto: sekadar gambar hiasan
http://www.wom.my
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.068302 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list