CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1781|Reply: 0

Bangkit Cheese Cair Di Mulut!

[Copy link]
Post time 27-11-2015 09:33 PM | Show all posts |Read mode


Bangkit Cheese yang mencair di mulut dengan penuh keenakan?
Ternyata kuih tradisional sejak zaman berzaman  ini tidak pernah mati. Apa yang menariknya, kini begitu banyak teknik membuatnya. Bahkan pelbagai bentuk dan variasi rasanya.  Ada yang berbentuk bunga, bulat dan panjang.  Bagi anda yang menyukai kuih ini, pasti sedar kuih Bangkit Cheese cukup mendapat perhatian pada Hari Raya yang lalu. Rasanya yang manis, lemak dan ranggup itu membuatkan ada yang jadi ketagih untuk mengunyahnya!
Berikut Resepi Bangkit Cheese Cair Di Mulut
Bahan-bahan yang diperlukan:
150gram margarine
400 gram tepung sagu – disanggai selama 10 minit
100 gram gula aising
100 gram keju cheedar – diparut
1 biji telur
30 gram susu tepung
75 gram santan pekat
1/2sudu kecil garam

Cara Membuatnya:
1. Campurkan margarine, gula halus dan garam.
2. Pukul ke semua bahan tersebut sehingga sebati dan kembang
hingga kembang.
3. Kemudian masukkan telur dan santan, gaul sehingga sebati.
4. Masukan keju dan kacau rata.
5. Tambahkan tepung sagu dan susu tepung, kacau sehingga rata.
6. Kemudian bolehlah masukkan ke dalam plastik segita dan potong hujungnya.
7. Picit adunan tersebut mengikut bentuk yang anda sukai di atas loyang.
8. Agar kelihatan lebih menarik, sapukan sedikit kuning telur di ats permukaan biskut dan taburkan parutan keju di atas setiap biskut.
6. Kemudian bakar dengan suhu 160 darjah Celsius selama 20 minit atau sehingga masak.
Kredit foto: Sekadar gambar hiasan

http://www.wom.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.531212 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list