CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2532|Reply: 16

[Tempatan] Mendiang Kevin Morais Dianugerahkan Pangkat Datuk

[Copy link]
Post time 28-11-2015 11:33 AM | Show all posts |Read mode
Edited by CARI-IIN at 28-11-2015 11:35 AM

Hishammuddin (kiri) menerima pingat bagi pihak datuknya, Onn Jaafar, manakala Richard pula mewakili mendiang Kevin daripada Sultan Nazrin, Jumaat.

KUALA KANGSAR: Enam tokoh terkemuka negara diberi penghormatan apabila menerima anugerah pada istiadat pengurniaan darjah kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang ke-59.

Antara yang mendapat penghargaan itu adalah pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar dan mangsa pembunuhan kejam, Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais.

Onn menerima Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) yang membawa gelaran Datuk Seri, manakala Kevin dianugerahkan Darjah Dato Paduka Mahkota Perak (DPMP) dengan gelaran Datuk.

Cucu Onn, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerima anugerah itu berkata, ia memberi erti mendalam buat keluarganya.

"Ketika kematiannya, ramai yang tidak faham pengorbanan beliau. Menerima anugerah ini bagi pihaknya ketika landskap politik negara yang tidak menentu dan dipenuhi kebencian adalah bukti bahawa perjuangannya masih relevan.

"Ia sebagai peringatan untuk diri saya supaya tidak menghiraukan pihak pengkritik. Jika saya kekal konsisten, maka sejarah akan membuktikan apa yang saya lakukan adalah tetap dan ia akan diterima generasi akan datang," kata Menteri Pertahanan itu.

Beliau juga menggesa rakyat supaya kekal bersatu bagi berhadapan sebarang ujian yang melanda negaa ini.

Sementara itu, Datuk Richard Morais yang menerima anugerah bagi pihak abangnya berterima kasih kepada Sultan Perak dan kerajaan negeri itu.

"Dua minggu lalu, pihak istana menghubungi saya untuk memaklumkan mengenai pengurniaan darjah kebesaran ini," katanya.

Empat yang lain adalah bekas Menteri Besar Perak, Datuk Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab Abdul Aziz, bekas pemimpin dan Presidan PAS, Dr Burhanuddin Al-Helmy, bekas ahli akademik Aminuddin Baki dan bekas Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2015 12:43 PM | Show all posts
Empat yang lain adalah bekas Menteri Besar Perak, Datuk Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab Abdul Aziz, bekas pemimpin dan Presidan PAS, Dr Burhanuddin Al-Helmy, bekas ahli akademik Aminuddin Baki dan bekas Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong.



akak kagum! ini tokoh jarang2 dihargai..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Syabas Raja Nazrin!
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 01:00 PM | Show all posts
Mai tunggu komen dr Charles Morais Fan Club
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 01:11 PM | Show all posts
apa guna bagi yg da tiada?
nk appreciate sesiapa pun...bagi la kpdnya waktu masih berada
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kevin morais ni ada anak bini ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2015 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih sgt kematian Kevin ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 28-11-2015 01:20 PM
Kevin morais ni ada anak bini ke?

Katanya single lg...sumber dr tred yg lepas2 la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2015 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
RIP Kevin..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 28-11-2015 01:33 PM
Katanya single lg...sumber dr tred yg lepas2 la

Itu lah. Rasanya aku mcm pernah terbaca sebelum ni yang dia masih bujang sepanjang hayat beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Beliau ada anak ikan kat london kan?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 02:49 PM | Show all posts
tahniah kepada penerima-penerima anugerah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
bluehedgehog replied at 28-11-2015 01:11 PM
apa guna bagi yg da tiada?
nk appreciate sesiapa pun...bagi la kpdnya waktu masih berada

yup, sama macam i fikir..benda ni tak beguna lagi..hanya sebagai recognition sahaja..yang penting kematian beliau harus dibela
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 06:15 PM | Show all posts
dah mati nk bg watpe lg....
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye ke sis?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 03:42 PM | Show all posts
Stop..

Apa konflik keluarga Morais ni ya?? tertinggal keretapi.

Katanya lepas Kevin meninggal ada isu wasiat dan pertelagahan adik beradiknya Charles dan Richard sampai ada yg lari ke luar negara?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2015 05:22 PM | Show all posts
takde ke raja nak bagi anugerah kat nabi muhammad ke,saidina abu bakar ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.075316 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list