|
Panggung eksperimen Haiza
Peluang
Semenjak menyertai program GV2, Haiza mengakui, curahan rezekinya tumpah tanpa terduga. Katanya, tawaran melakukan persembahan semakin lebat, jauh berbeza berbanding sebelum menyertai program berkenaan.
“Alhamdulillah, penglibatan saya dalam GV memberi banyak kesan positif. Kalau dahulu, orang selalu tawarkan pekerjaan dengan jumlah lagu yang sedikit dan kebanyakan dangdut sahaja, tetapi sekarang peluang itu lebih luas.
“Kalau dahulu, skeptikal khalayak terhadap penyanyi dangdut adalah penyanyi macam saya hanya boleh menyampaikan lagu dangdut. Sekarang kebanyakan orang mula sedar, selain dangdut saya juga boleh menyanyi lagu daripada pelbagai genre lain,” ujarnya gembira.
Pengorbanan dan penat lelah yang terbayar akhirnya, itu jawapan Haiza selepas ditanya mengenai survivalnya memperjuangkan irama dangdut di Malaysia.
“Dahulu, bukan mudah untuk saya menyinar. Sebab pada waktu kemunculan saya, irama dangdut dipelopori oleh ramai penyanyi hebat seperti Amelina, Iwan, Mas Idayu dan Ani Maiyuni.
“Apatah lagi mahu dapatkan imej dan identiti sendiri. Terpaksa bersaing. Tetapi, saya sangat bersyukur sebab lagu Dag Dig Dug membuatkan saya dikenali walaupun dalam banyak-banyak lagu, hanya sebuah lagu yang popular,” ujarnya yang pernah menzahirkan sebanyak lapan buah album sepanjang bergelar penyanyi.
Cabaran
Di sebalik pembabitan dan kemilau Haiza dalam program Gegar Vaganza, tiada sesiapa menyangka bahawa ada tuntutan yang harus dikorbankannya. Kesibukan membuat persiapan dan memastikan setiap perincian pertandingan konsert minggu berjalan lancar, Haiza sebenarnya terpaksa berulang-alik dari Johor Bahru, Johor ke ibu kota setiap minggu lantaran komitmennya selaku penyampai radio di stesen Best FM yang berpusat di Selatan tanah air.
“Setiap minggu saya perlu berulang-alik ke Kuala Lumpur untuk berlatih dan beraksi di pentas GV. Nampak macam penat tetapi sebenarnya, saya okey sahaja.
“Sebab saya mengendalikan segmen sembang pagi bermula pukul enam hingga 10 pagi. Jadi, selepas waktu pukul 10 pagi, waktu itu sangat fleksibel dan memberi ruang kepada saya untuk melakukan kerja lain,” ujarnya yang menyimpan impian untuk bekerjasama dengan pengarah muzik tersohor, Datuk Ramli MS dalam pembikinan lagu baharu.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 1.htm#ixzz3sm5X3HIQ
Hakcipta terpelihara
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|