CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2595|Reply: 12

[Tempatan] Hujung tahun AP dimansuhkan, peniaga Bumiputera dakwa hilang pendapatan

[Copy link]
Post time 29-11-2015 12:00 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Pemansuhan dasar Permit Import (AP) bagi kenderaan tidak hanya menjejaskan kalangan penggiat industri kereta import terpakai, tetapi turut memberi kesan terhadap pendapatan negara, kata Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA). Di bawah kajian semula Dasar Automotif Negara (NAP) pada 2010, sistem AP untuk kenderaan terpakai akan ditamatkan pada 31 Disember 2015 dan import kenderaan terpakai tidak lagi dibenarkan selepas tarikh itu. Namun, sehingga kini tiada sebarang kata putus oleh kerajaan berhubung perkara ini.

Presiden PEKEMA, Datuk Zainuddin Abd Rahman, berkata kalangan penggiat industri, khususnya bumiputera akan kehilangan sumber pendapatan jika pemansuhan AP itu diteruskan. "Apabila ia dihapuskan, penggiat industri yang bergantung kepadanya akan hilang sumber pendapatan. Malah, isu ini tidak hanya melibatkan pengimport, malahan turut menjejaskan keseluruhan ekosistem termasuklah perniagaan bengkel kereta dan yang berkaitan," katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Agung PEKEMA ke-34, di sini, hari ini. Zainuddin berkata, sehingga tahun lalu, ahli persatuan itu telah membayar sejumlah RM3 bilion yang meliputi cukai import dan eksais kepada kerajaan.

"Ini tidak termasuk cukai korporat dan cukai individu yang mungkin secara keseluruhannya mencecah sehingga RM5 bilion," katanya. Sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pihak berkuasa masih mengekalkan dasar AP untuk kereta terpakai. Malah, pemansuhan dasar tersebut masih dalam kajian. - BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2015 12:01 AM | Show all posts
Mansuh ? Jangan harap lah
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo mansuh pun helokler
Org pakai keter import, pastu kene bayar lebih sbb nk bayar poket puak2 AP nih
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 12:15 AM | Show all posts
habis tu nak suruh usahawan2 melayu yang berjaya ni nak berniaga apa pulak???
diaorang dah biasa jual ap kat cina, takkan nak suruh diaorang jual kereta pulak?
diaorang mana ada pengalaman jual kereta....
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 12:30 AM | Show all posts
toksah guna ayat melayu nak meraih simpati. keuntungan berapa kerat melayu je dari AP ni . lainla semua melayu dapat rase duit AP ni bole la ko jaja melayu situ sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
So, pekdahnye pada rakyat adalah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2015 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Punya la lama AP tue takkan takde berkembang bt bisnes lain?

Untung byk dr jual AP joli katak jer ke...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 06:04 AM | Show all posts
perniagaan bengkel kereta.....anak anak melayu punya ke yang di menyalak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2015 09:37 AM | Show all posts
naza mengamuk ke
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 09:39 AM | Show all posts
eh ada pun melayu yang kaya...
bukan dulu kata semua ekonomi cina yang kontrol?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Mansuh pastu ada laa menda lain ganti
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 09:46 AM | Show all posts
freebird replied at 29-11-2015 12:15 AM
habis tu nak suruh usahawan2 melayu yang berjaya ni nak berniaga apa pulak???
diaorang dah biasa  ...

hidup melayu! hidup AP!
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 09:48 AM | Show all posts
Padan mukalah. Jual kertas size a4 pun berpuluh ribu ringgit. Sepatutnya sebelum di mansuhkan kerajaan kena bagi free ap kepada setiap rakyat Malaysia yang layak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.068068 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list