CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12734|Reply: 72

Kebangkitan Siti Nordiana - Bakal Juara Gegar Vaganza

[Copy link]
Post time 29-11-2015 12:21 PM | Show all posts |Read mode
Kebangkitan Siti Nordiana
TEKS : NINA SHAROM, FOTO : AFIQ RAZALI & IHSAN ASTRO
29 NOVEMBER 2015





Siti Nordiana

JATUH naik sesebuah karier sudah menjadi asam garam buat mereka yang bergelar anak seni.
Biarpun populariti berjaya diraih namun itu bukanlah satu jaminan buat mereka mempertahankan karier dalam industri hiburan ini.


Merasai perkara yang sama, penyanyi Siti Nurdiana, bagaimanapun masih percaya selain rezeki, kerja keras adalah kayu pengukur sesebuah kejayaan.


Pernah menjadi perhatian sewaktu awal kemunculan dahulu, namun ia tidak bertahan lama malah selepas beberapa ketika kariernya seakan sepi.

Demi minat dalam bidang nyanyian, penyanyi yang mesra di sapa Nana ini tidak pernah mengambil jalan mudah untuk berputus asa malah yakin pasti ada ruang untuknya kembali bersinar.

Keyakinannya terbukti apabila, pentas program realiti, Gegar Vaganza 2 (GV2) telah menjadi platform buatnya kembali diingati.


“Mungkin sebelum ini ramai yang hanya lihat saya menyanyi lagu-lagu seperti Paling Comel, Bola Bola Api.


“Sebenarnya saya boleh menyanyi lagu lain dan pentas GV2 ini telah beri ruang yang besar kepada saya.


“Sebelum ini saya akui tidak berpeluang untuk buktikan bakat saya dan bila berpeluang sertai GV2, saya memang mahu manfaatkan dengan baik supaya orang lihat kebolehan saya,” katanya.


Tidak hanya bercakap kosong, Nana telah buktikan kemampuannya dalam setiap persembahan konsert mingguan.


Lebih membanggakan, selain mendapat pujian daripada para juri, persembahan Nana juga menjadi viral dalam sosial media kini.


“Alhamdulillah, ini adalah penangan Madah Berhelah yang saya persembahkan pada minggu kedua.


“Memang di luar jangkaan dan saya memang tidak pernah sangka respons orang seperti itu. Saya terkejut dan sangat bersyukur kerana masih ada yang menyokong saya,” ujarnya teruja.


Lebih bersedia

Di sebalik kejayaan pastinya terselit juga dugaan dan kesulitan.

Selepas nama kembali popular, Nana yakin bersedia untuk menerima segala kemungkinan yang berlaku memandangkan dia kini sudah menjadi perhatian umum.


“Biasalah, bila sudah menjadi perhatian, mesti ada juga cerita yang kurang senang akan keluar.


“Sama ada bersedia atau tidak, saya harus bersedia dan kalau boleh tidak mahu terlalu memikirkan soal itu.


“Lagi pun kita tidak mampu memuaskan hati semua pihak. Jadi jalan yang baik adalah beri perhatian kepada kehidupan dan masa depan saya sendiri tanpa memikirkan perkara yang tidak sepatutnya,” jelasnya panjang lebar.


Berkongsi persiapan konsert minggu ke tujuh menerusi GV2, Nana menjanjikan persembahan yang menghiburkan.


“Sebenarnya dua minggu berturut-turut memperoleh markah tertinggi buat saya sedikit tertekan. Tapi dari segi positifnya, saya sentiasa mahu beri yang terbaik.


“Malam ini saya akan sampaikan lagu Secangkir Madu Merah dan ia agak mencabar kerana bukan kebiasaan saya menyampaikan genre dangdut.


“Lagu ini ada dua versi dari Malaysia dan Indonesia, jadi saya cuba lari dari dua versi ini dengan menyampaikannya dengan gaya nyanyian yang tersendiri.


“Insya-ALLAH, saya akan buat yang terbaik,” katanya penuh semangat.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2015 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tetap nak abg heshe nasir wahab meniang!!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 12:45 PM | Show all posts
haiza
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Siti nordiana, ezad lazim, farahdhiya ke final.

Juara tak kisah antara 3 ni semua hebat
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
All the best ct nana
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak teh nak nana atau nassier wahab atau faradiya meniang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2015 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Mia suka bebeno nana time pakai baju itam dr ujung rambut smpai ujung kaki. Makeup nana lawa sangat2 dgn smokeyeyes nya..mia wembessssssssss
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ezad ezad ezad ezad ezad
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2015 02:35 PM | Show all posts
aritu bukan kata FD ke jora ? hahahah ..

tapi kesian FD . dpt lagu suma x umph utk suara beliau ..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
iols sokong nana! go nana! go nana!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2015 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
shanew3stga1z replied at 29-11-2015 02:35 PM
aritu bukan kata FD ke jora ? hahahah ..

tapi kesian FD . dpt lagu suma x umph utk suara beliau . ...

Dpt lagu suma x umph utk suara die ke, atau suara dia mmg x umph? Hahahah

Maaf ye nana dh 2 kali dpt performance plg top..xde lg peserta lain dpt celen kehebatan nana
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
maxim replied at 29-11-2015 02:58 PM
Dpt lagu suma x umph utk suara die ke, atau suara dia mmg x umph? Hahahah

Maaf ye nana dh 2 kal ...

tp kemain lg rata2 peserta lain termasuk fd tak pandang pun nana sbg pesaing time depa disuruh tulis nama sapa sbg pesaing huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 04:52 PM | Show all posts
nana bakal dpt no 1 la iols rasa.
2. ezad
3. fd
4. haiza
5. habang nasir rtm forever
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2015 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 29-11-2015 04:47 PM
tp kemain lg rata2 peserta lain termasuk fd tak pandang pun nana sbg pesaing time depa disuruh tul ...

Sebab tu persembahan mereka pn x seberapa. Angkuh. Pandang rendah dgn kehebatan nana!
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 05:53 PM | Show all posts
Nana memang best!
tiap  minggu tunggu persembahan dia
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 05:56 PM | Show all posts
Minggu ni x best la choice nana...patut pilihla lagu solo amelina alang2 suka nak dangdut amelina kan...kowser lagu secangkir madu merah...ala ala lagu tamil nek sheeda  jah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2015 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tabik juga pd designer yg sponsor baju nana.. cantik2 sedap mata memandang... sesuai dgn jiwa die... baju2 azian mazuan pon same..cantik2..kerlas sgt... nana mulut kecik tp suara lantang...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 08:16 PM | Show all posts
Naa..ezad...faradhia....mrk ber3 calon terbaik rasanya....nasir wahab selalu dpt.lagu2 yg tak mencabar....
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 08:18 PM | Show all posts
Tembam nya pipi nana dlm gmbr kt atas ni......gmbr lama ke nie....skrg dia nmpk mkin slim kan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 09:01 PM | Show all posts
nana....nana....nana.....ganu kiter
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.080122 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list