CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1148|Reply: 17

[Tempatan] PLUS berhak naikkan kadar tol 5 peratus tahun depan

[Copy link]
Post time 30-11-2015 02:52 PM | Show all posts |Read mode
PLUS berhak naikkan kadar tol 5 peratus tahun depan

http://www.malaysiakini.com/news/321582
Kow Gah Chie      Hari ini, 2:13 petang      Hari ini, 2:16 petang




PARLIMEN l Semua lebuh raya yang dibina dan dikendalikan oleh Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad (PLUS) Malaysia Bhd layak untuk menaikkan kadar tol sebanyak lima peratus mulai tahun 2016.


Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dalam satu kenyataan bertulis di Dewan Rakyat juga memaklumkan syarikat itu juga berhak mengkaji kadar tol semula setiap tiga tahun sehingga kontraknya berakhir pada 2038.


"Berdasarkan perjanjian konsesi tambahan PLUS yang ditandatangani pada November 2011, kerajaan dan PLUS Expressway Berhad (PEB) bersetuju memutuskan tiada kenaikan kadar tol di semua lebuh raya di bawah kendalian Plus bagi temph lima tahun daripada 2011 hingga 2015," kata Rosnah.


"Kenaikan akan datang ialah 206 (kecuali Jambatan Pulau Pinang di mana kadar tolnya kekal sehingga 31 Disember 2038.


“Perjanjian terkini tersebut juga menetapkan kemaikan kadar tol 5 peratus sahaja setiap tiga tahun mulai 2016 hingga tamat tempoh konsesi pada 31 Disember 2038,” katanya.



Lebuh raya di bawah Plus adalah Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 (FHR2), Lebuh Raya Seremban Port Dickson, Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (NSECL), Laluan Kedua Malaysia-Singapura (MSSL) dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE).


Minggu lalu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof mengakui bahawa kerajaan perlu membayar RM214 juta kepada PLUS sebagai pampasan jika menafikan kenaikan tol di lebuh raya berkenaan.


Kerajaan tidak mempunyai niat, buat masa ini, untuk melanjutkan konsesi Lebuhraya Utara Selatan (NSE), yang akan berakhir pada 2038, Rosnah memberitahu Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab.


"Pada masa ini, kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan tempoh konsesi," katanya ketika menjawab soalan Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa), yang menyoal mengenai kenaikan tol lebuh raya.


Ahmad Fauzi meminta kerajaan untuk mendedahkan butiran kenaikan kadar tol supaya rakyat boleh membuat persediaan.


Sementara itu, Rosnah juga berkata PLUS hanya membuat keuntungan selepas cukai RM8.4 juta daripada kutipan tol RM2.61 bilion tahun lalu.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2015 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tempoh prjanjian terlalu pnjg. Itu pun xbersyukur? Serap je la:
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 02:56 PM | Show all posts
Naikkan la banyak sikit
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Macai tu sblm ni x hbis2 intercity intracity
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 03:07 PM | Show all posts
ini semua salah Madey
klu xkerana Madey..xyah ada PLUS dan duit pun selamat
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 03:08 PM | Show all posts
jangan salah kan kerajaan
salahkan Madey
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2015 03:10 PM | Show all posts
yang ni jamal tanak salahkan azmin ali ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 03:11 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 30-11-2015 03:07 PM
ini semua salah Madey
klu xkerana Madey..xyah ada PLUS dan duit pun selamat

kalau camtu, PLUS takkan wujud....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2015 03:17 PM | Show all posts
kena paham konsep apa konsep tol/highway

camne highway ber tol boleh wujud

bayangkan selama ni korang makan beras B, kerajaan bagi percuma

tapi beras B tak sedap

lalu ada kompeni swasta tawarkan beras A, dengan harga RM1 sekilo

oleh sebab beras A ni sedap, maka rakyat marhein tak kisah keluarkan duit sikit, asalkan boleh memuaskan perut

satu hari, kompeni beras A decide nak naikkan harga beras A

perut dan tekak rakyat dah biasa makan beras gred A

nak makan beras B dah tak lalu

last2 salahkan kerajaan, padahal kerajaan offer beras B percuma je

takkan la nak harapkan kerajaan subsidikan harga beras A semata-mata nak puaskan perut korang je????
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 03:39 PM | Show all posts
kemaruk replied at 30-11-2015 03:11 PM
kalau camtu, PLUS takkan wujud....

Jangan layan budak bodoh. Nanti kita akan jadi bodoh sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 03:55 PM | Show all posts
kemaruk replied at 30-11-2015 03:17 PM
kena paham konsep apa konsep tol/highway

camne highway ber tol boleh wujud

konsepnya madey nak pelahap duit, padahal
JKR bleh je buat jalan pree of cas, sekali dgn menten.

tapi bila konsesi dah nak abes, mula la org tua tu
buat2 terperanjat. anak murid (a.k.a bijan) bleh pelahap
lagi sakan.

isu nih kecik je, cikgu jeles dgn anak murid.


tapi yg jadik magsa
rakyat la.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 03:56 PM | Show all posts
bangcak replied at 30-11-2015 03:55 PM
konsepnya madey nak pelahap duit, padahal
JKR bleh je buat jalan pree of cas, sekali dgn menten.
...

takpe



bangkem paham mentaliti bangcak tahap mana je
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 04:04 PM | Show all posts
highway pan borneo takde tol la plak ye?
puak umngok tak pelik ke?

kat semenanjung bukan main backup konsesi tol umngok sampai
jatuh hukum 'mustahil highwey tanpa tol'

bila tiba kat sabah sarawak
.....itu laayeennn
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 05:29 PM | Show all posts
bangcak replied at 30-11-2015 04:04 PM
highway pan borneo takde tol la plak ye?
puak umngok tak pelik ke?

sebab tu bangkem kata bangcak punya otak tak sampai nak fikir jauh2

highway pan borneo tu takde jalan alternatif yang lain, sebab tu takde tol

tapi kalau nak drive dari JB ke perlis, tak lalu PLUS pon boleh, sebab ada jalan alternatif yang lain

pahami dulu ye konsepnya, bangcak

kang nampak bodo je kang
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
bersukur ajelahhh..semoga tahun depan highway dh x jem time raya..

antara hujah macai mrnghalalkan kenaikkan tol ialah mengurangkan jem di highway..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku paling pelik hiway nak g desaru tu..jalan satu lane xde divider biasa pon leh dikenakan tol.mahal lak tu.sumenye nak kayakan kompeni kroni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2015 07:20 PM | Show all posts
kemaruk replied at 30-11-2015 05:29 PM
sebab tu bangkem kata bangcak punya otak tak sampai nak fikir jauh2

highway pan borneo tu takde ...

bangkem jgn jadi mcm puak umngok tau.
dorang takreti melawan/komplen bila citer pasal 'alternatif'.

tiap2 hari kene kencing

"kalu tol naik, sila cari alternatif ikut ladang getah" ...macai follow.
"kalu daging/ayam/beras naik harga sila cari alternatif, kangkong pon sodap" ...macai follow.

i tau bangkem takbodo sbb bangkem bukan macai umngok, kan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 07:27 PM | Show all posts
nasib baik naik sikit je... kalau tak aku undi pembangkang baru ko tau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.292191 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list