CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1227|Reply: 2

[Tempatan] Edisi peberet peYno - Jawa merempat kat Kedah sis

[Copy link]
Post time 5-12-2015 06:16 PM | Show all posts |Read mode
Sanggup naik motor 600km demi Helang Merah


SEORANG peminat bola sepak sanggup datang dari Pontian, Johor untuk menyokong skuad Helang Merah bertemu Felda United dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Darul Aman di Alor Setar, malam esok.

Muhammad Riduan Abdul Kadir, 26, yang juga penyokong pasukan negerinya Johor Darul Ta'zim (JDT) menunggang motosikal secara solo sejauh 600 kilometer.

"Saya bertolak dari Skudai pada pukul 10 malam tadi dan tiba di sini pada pukul 1.30 tengah hari tadi.

"Niat awal saya datang ke Kedah kerana menjangka JDT yang akan mara ke separuh akhir dan menentang Kedah. Tapi oleh kerana JDT tidak layak, jadi saya ambil keputusan untuk beri sokongan kepada pasukan Kedah," katanya dan menambah tindakannya itu turut mendapat sokongan ibu bapanya.

Ketibaannya tidak sia-sia apabila disambut bekas jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah dan penyokong kelab Helang Kuning Fan Club (HKFC).

Sementara itu ditanya mengenai perlawanan antara Kedah dan Felda United, Azraai berkata, walaupun Kedah mempunyai kelebihan selepas memperoleh dua gol di tempat lawan, namun Felda United masih mampu untuk menambah jaringan.

"Tapi oleh kerana bermain di laman sendiri dengan sokongan kuat daripada penyokong, saya jangka Kedah mampu menewaskan Felda United dengan jaringan 2-1," katanya. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2015 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
dendam dengan felda
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2015 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
zamzarai replied at 5-12-2015 06:22 PM
dendam dengan felda

Logik.... hehhheeee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.404838 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list