Edited by Voyagers at 11-12-2015 09:22 AM
SEORANG juruteknik tidak menyangka menjadi antara yang bertuah apabiladiberi peluang menyaksikan kebesaran Tuhan yang maha esa iaitu dapatmelihat kalimah Allah di langit.
Menurut Norizam Mohd Safar, 33, kalimah Allah itu dilihat ketika dia dan dualagi rakannya sedang dalam perjalanan pulang ke tempat kerja selepas selesaisolat jumaat di masjid di Taman Teknologi Tinggi, Kulim, Kedah.
Terpegun melihat fenomena unik itu, Norizam kemudian menangkap gambar imejkalimah Allah tersebut sebelum memuat naik di laman sosial.
“Bertuah dapat melihat kejadian berkenaan dan tidak pernah melihatawan sebegitu seumur hidup.
“Saya ambil gambar kalimah berkenaan sebelum menghantarnya kepadarakan-rakan dan memuat naik di laman sosial,” katanya kepada HarianMetro.
Tambah Norizam, pada mulanya awan itu hanya dilihat dalam keadaansamar-samar sebelum membentuk kalimah berkenaan.
|