CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: enchikfitz

All About AJL30 | Royanan Intelektual MM 31 | Top 30 Terbaru #2434

[Copy link]
Post time 27-1-2016 04:03 PM | Show all posts
qqOfficial replied at 26-1-2016 08:11 PM
meols rasa kebanyakan yg bertanding, termasuk retis selingan time full dress rehearsal mmg superb  ...

bab ni i setuju sgt..kenapa tah masa rehearsal semua mcm best jek..tetibe masa final betul..hancus masing2 kecuali akim magistrate
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2016 04:29 PM | Show all posts
parasitology replied at 27-1-2016 02:25 PM
iols pelik ramai pulak yg dok up vokal aepul
iols rasa vokal heshe persis dinding rumah yg berkerak ...

entah yerr....iols rs sore epul mlm tuuu lebih jelas n smooth berbanding ngn dayang....
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 04:30 PM | Show all posts
encik_k_90 replied at 27-1-2016 12:03 AM
Bagus jgk ulasannya......
Hazama Azmi mmg tkleh dilupakan walaupun tk dpt top 3,namun Anugerah Mi ...

tolong ingatkan aku fofular jek la selalu pasang kt era dulu..aku selalu ulas lagu tu dgn my ex bf dlu la nyah oii

anyway..ko pnya teori dah xboleh pakai tentang juara mingguan dpt top 3...tgk tu..calip buskers minggu ketiga ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 04:35 PM | Show all posts
cikmouse replied at 27-1-2016 04:29 PM
entah yerr....iols rs sore epul mlm tuuu lebih jelas n smooth berbanding ngn dayang....

sore epul mmg smooth tp agak bingit...perlu dipolish lagi nampaknya....kalau x..nampak mcm susah sgt nak keluar suara die..tp above average la..tp kenapa ketua juri tak mention..nampak sgt markah vokal die rendah!..ternyata indah jek saingan hebat Dayang
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 04:38 PM | Show all posts
alesandra replied at 27-1-2016 12:42 PM
lagu angin kencang tu tak mencabar vokal dan nak persembahan yg mcm maner lagi?dah tahap vokal noh ...

nampak sgt minggu kedua byk lagu hebat kot

Separuh Akhir Kedua (29 November)

Hanya Namamu – Caliph Buskers

Not For Sale – Stacy

Hey Kau – Sandra

Potret – Akim & The Majistret

Syurga – Alyah

Malam Ini Kita Punya – Bunkface

Mana Mungkin – Black Hanifah

Senyum – Aziz Harun

Angin Kencang – Noh Salleh

Peristiwa – Sofazr, Asfan dan RJ


6 lagu layak ke juara lagu, so boleh speku minggu mana byk lagu layak berpotensi dpt top 3 juga..xsemestinya juara minggu sahaja...setuju?


Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 04:42 PM | Show all posts
parasitology replied at 27-1-2016 02:25 PM
iols pelik ramai pulak yg dok up vokal aepul
iols rasa vokal heshe persis dinding rumah yg berkerak ...

setuju juga...mesti markah Vokal Terbaik

1. Tak Pernah Menyerah 100.99%
2. Black 71.01%
3. Akim 70.99%
4. Faizal Tahir 69.89%
5. Kaka Azraff 65.57%
6. Hazama 65.51%

compared to AJL29

1. Di Pintu Syurga 100.99%
2. Percayalah 100.98%
3. Masih Aku Cinta 80.98%
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2016 04:42 PM | Show all posts
enchikfitz replied at 27-1-2016 02:06 PM
Menarik jugak speku 4-12 ni, so meols pun nak speku:

Sebelum AJL:

xyah nak speku sgt..ajl paling bosan dalam abad ini
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 04:46 PM | Show all posts
syue86 replied at 27-1-2016 10:05 AM
sama ek designer dafi n arja lee?
kasut sama heels

nampak sgt gay dua org tu kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2016 04:56 PM | Show all posts
lagu naluri cinta (kak ana gaga dgn tokki) tu bermesej sama dgn lagu assalamualaikum....
but for me lagu naluri cinta lebih menyentuh qolbu..

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 05:57 PM | Show all posts
AppropriateNick replied at 27-1-2016 04:38 PM
nampak sgt minggu kedua byk lagu hebat kot

Separuh Akhir Kedua (29 November)Hanya Namamu – Cal ...

apa2pun aku rase 20% perjurian malam final tu tak byk mana  pun.kita sendiri pun tak tahu jurang beza berapa point atau markah sesebuah lagu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 06:22 PM | Show all posts
chazey replied at 24-1-2016 11:53 PM
Gay ka,

Main pondan gitu?

iols mcm ad igt dlu gosip heols penah 'main' sbelum kawen... tp dgan sapa tu xtau... penah kene terjah ngn melodi rsenye
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 06:32 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 25-1-2016 12:33 AM
Akim, Sam Bunkface, Sonaone ada sex appeal yg kuat ya..

Teringat lagu lucah Spider masuk AJL23 ...

penah jumpa sonaone n sam bunkface, dua2 pendek chuolsss... dlam tv nmpak tggi... dua2 tu iols speku bawah 170cm.. klau lebih pn 1-2cm jah
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 07:00 PM | Show all posts
alesandra replied at 27-1-2016 05:57 PM
apa2pun aku rase 20% perjurian malam final tu tak byk mana  pun.kita sendiri pun tak tahu jurang b ...

nak tanya chuols.. stacy buat wistle regsiter tu betul ke salah masa sheols umur 17thn ni?



Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 08:26 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 27-1-2016 01:04 PM
Choi. X dgr hot fm ke bebaru ni?

Alam maya / maya sari = komposer Tapai

Haaaaaa Tapai.... aah silap2.... ucu pulak...
Olooo kakasepit.... sowwy.... gurau aje....
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 08:28 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 27-1-2016 07:00 PM
nak tanya chuols.. stacy buat wistle regsiter tu betul ke salah masa sheols umur 17thn ni?

tak betul ni.... bunyik cerek rosak je...

tapi ada satu vid youtube to dia tunjuk stacy pegang rekod whistling note paling tinggi masa satu show...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 08:33 PM | Show all posts
AppropriateNick replied at 27-1-2016 04:42 PM
setuju juga...mesti markah Vokal Terbaik

1. Tak Pernah Menyerah 100.99%

Cane markah bole over the top tu.... Dayang part awal tersedak ok.... siap pegang dada lagi senyum coverline...

tahun lepas terasa pedihiiiiiii... pintu syurgahaaaaaaa

tapi kelmarin masa live dengar macam ade something wrong part korus verse masuk muzik...

tapi bila ngulang astro macam sedap lak.... dayang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2016 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput replied at 27-1-2016 01:04 PM
Choi. X dgr hot fm ke bebaru ni?

Alam maya / maya sari = komposer Tapai

Oo so tapai nila lyricist tuk lgu puncak kasih n kau kekasihku... N komposer lagu pesanan buat kekasih spring kn...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
AppropriateNick replied at 27-1-2016 04:03 PM
bab ni i setuju sgt..kenapa tah masa rehearsal semua mcm best jek..tetibe masa final betul..hancus ...

Knapa iols rasa full dress rehearsal lgi hampeh..huhu.. nk ttdo... lain org lain rasanya kot...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput replied at 27-1-2016 07:00 PM
nak tanya chuols.. stacy buat wistle regsiter tu betul ke salah masa sheols umur 17thn ni?

Iols tertinggal keretapi. Baru terbaca juandanza mengamuk dgn uols siap mentioned nama lagi

Iols belum jumpe lagi mana2 benang juandanza vs sepitsiput. Apa kes sis?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 10:42 PM | Show all posts


Hot List: Lima Persembahan Terbaik ‘Anugerah Juara Lagu ke-30’
BY: SHAZRYN MOHD. FAIZAL

Persembahan Kaka Azraff bersama Alif menerusi lagu 'Bukan Hal Aku' tidak kurang menariknya apabila memilih konsep futuristik yang dilihat sebagai kesinambungan daripada muzik video lagu tersebut. - Foto TRP/Syahirah Roslan

[color=rgb(159, 159, 159) !important]ADVERTISEMENT





KUALA LUMPUR, 27 Januari:

Walaupun sudah tiga hari berlalu namun, pertandingan lagu terulung negara, Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) masih lagi diperkatakan.

Tidak dinafikan ada yang berbeza pendapat tentang edisi ke-30 itu tetapi tidak dinafikan, impak penganjurannya tetap mendapat perhatian ramai seperti mana tahun-tahun sebelum ni.

Seperti mana yang diketahui, AJL antara acara anugerah yang memang ditunggu-tunggu setiap tahun meskipun ada pendapat mengatakan AJL bagaikan tidak lagi relevan dalam mengiktiraf karya tempatan.

Waima apa keadaan sekalipun, ia tetap mampu membuatkan penonton terus mengikuti perkembangan anugerah yang mula diperkenalkan pada tahun 1986 itu.

[color=rgb(159, 159, 159) !important]ADVERTISEMENT




Berbalik kepada AJL30, pengamatan The Rakyat Post kali ini melihat persembahan penyanyi yang bertanding tidak kurang menariknya.




Dalam satu aspek, harus diakui, kemeriahan itu kurang dirasai tetapi 12 penyanyi yang melunaskan tanggungjawab masing-masing dalam menyempurnakan persembahan mereka wajar dipuji.

[color=rgb(159, 159, 159) !important]ADVERTISEMENT




Justeru, The Rakyat Post menerusi Hot List kali ini menampilkan lima persembahan terbaik yang telah dipersembahkan pada malam AJL30 lalu dengan seleksi gambar yang sempat dirakamkan oleh jurufoto kami, SITI SYAHIRAH ROSLAN.

Namun, harus diingatkan senarai ini hanyalah sekadar pandangan peribadi dan tidak berniat untuk menidakkan keputusan yang telah dibuat oleh pihak juri dan peminat yang memilih Akim & The Majistret sebagai pemenang tahun ini.


DAYANG NURFAIZAH – TAK PERNAH MENYERAH

Terbaik! Hanya satu perkataan itu yang menggambarkan persembahan Dayang Nurfaizah pada malam itu. Ramai tidak menyangka lagu balada itu yang dianggap sesetengah pihak tidak berupaya menonjolkan kehebatan vokalnya menjadi sesuatu yang ekstravaganza.

Kehebatan Dayang bukan hanya terletak kepada keampuhan vokalnya tetapi dia hadir dengan pakej yang dilengkapi dengan aura dan persona sebagai seorang penghibur. Persembahannya pada malam AJL30 telah menaik taraf prestij AJL dan itulah yang dikatakan persembahan eksklusif dan bertaraf antarabangsa.

Mungkin ada yang kurang selesa dengan pujian ini tetapi maaf cakap kepada mereka yang tidak sukakan persembahan Dayang, tetapi ia adalah contoh terbaik jika mahu menjadi seorang penghibur yang disegani.

Sekali lagi maaf cakap, persembahan Dayang untuk AJL tahun ini adalah bertaraf persembahan di pentas Anugerah Grammy. That is what we call a brilliant performance! Kalau diberi pilihan untuk memilih pemenang Persembahan Terbaik dengan penilaian 100 peratus daripada juri, tidak mustahil ini adalah pemenangnya.


FAIZAL TAHIR – ASSALAMUALAIKUM

Sebelum ini, dalam satu temubual bersama The Rakyat Post, Faizal Tahir sempat ditanya tentang konsep persembahannya dan jelas Faizal, dia akan memberikan sesuatu yang akan meninggalkan kesan kepada audiens.

Mengenali Faizal, jarang sekali dia mengecewakan peminat dan penonton dengan persembahannya dan dia antara penyanyi yang sering ditunggu-tunggu setiap kali menyertai AJL.

Ternyata, Faizal mengotakan janjinya dan dia membuat kejutan apabila tampil dengan sebuah persembahan yang cukup minimal namun, impaknya besar sehingga ada yang meremang bulu roma serta bergenang air mata menonton persembahannya.

Secara jelas, persembahan Faizal pada malam tersebut telah menampakkan sisi matang dan berbeza daripadanya seiring dengan niatnya yang mahu menyampaikan mesej positif menerusi Assalamualaikum.


AKIM & THE MAJISTRET – POTRET

Mengenengahkan konsep seperti di dalam mahkamah walaupun bukan dalam konteks yang sebenar, apa yang dipersembahkan oleh Akim & The Majistret sudah jelas membuktikan penyampaian mereka sebenarnya.

Seiring dengan maksud lagu berkenaan, maka tidak hairanlah kumpulan ini menjadi pilihan peminat dan juri yang berkongsi markah untuk melayakkan mereka diangkat sebagai Persembahan Terbaik.

Sudah menjadi resmi AJL, persembahan berkonsep seringkali menjadi pertaruhan penyanyi dalam memberikan sesuatu yang berbeza kepada audiens sekaligus menjadi kumpulan kelima dalam sejarah penganjuran AJL yang memenangi kategori itu.

Sebelum ini ia pernah dimenangi oleh Caliph Buskers (2015), Wings (1990), Search (1989) dan Alleycats (1986).


ANGIN KENCANG – NOH SALLEH

Mempertaruhkan hasil karyanya sendiri, vokalis kumpulan Hujan ini tampil ringkas dengan mengambil konsep gaya retro pada pemakaiannya yang sesuai dengan mood lagu itu sendiri.

Walaupun tidak memenangi sebarang anugerah, tetapi Noh telah memberikan persembahan yang membangkitkan mood romantis dan membawa penonton seolah-olah ke satu dimensi lain dengan lagu Angin Kencang ini.

Dari satu aspek lain, kelihatan Noh sungguh matang dalam persembahan ini yang mampu mencuri perhatian bukan dari kalangan peminat Hujan selain mengumpul peminat baharu yang mungkin sudah jatuh cinta dengan lagu Angin Kencang.


NOT FOR SALE – STACY & ALTIMET

Sekali lagi Stacy mencuri perhatian ramai dengan persembahan ini yang turut disertai oleh rapper terkenal, Altimet. Kata seorang teman, gandingan mereka di atas pentas tidak ubah seperti melihat Jennifer Lopez dan Pitbull jika dilihat daripada konsep lagu dan pakaian mereka.

Biarpun dikhabarkan mengalami kecederaan kecil pada kakinya, namun, Stacy masih lagi berupaya menari dan menutup kesakitan itu dengan persembahan yang memikat audiens di stadium dan mungki juga di rumah.

Setiap kali dia menyertai AJL, ramai yang bertanya apakah lagi yang mahu dipersembahkan oleh Stacy sementelah sudah pelbagai konsep persembahan sudah dilakukannya.

Tetapi, Stacy sekali lagi tidak gagal menghiburkan penonton dengan kelincahannya di atas pentas. Mungkin belum rezeki Stacy lagi untuk membawa pulang sebarang anugerah tetapi pastinya, dia juga tumpang gembira dengan kemenangan bakal suami.



Read more: http://bm.therakyatpost.com/buzz/2016/01/27/hot-list-lima-persembahan-terbaik-anugerah-juara-lagu-ke-30/#ixzz3ySKPzwEl

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.541423 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list