CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: enchikfitz

All About AJL30 | Royanan Intelektual MM 31 | Top 30 Terbaru #2434

[Copy link]
Post time 27-1-2016 10:46 PM | Show all posts

[url=]BUZZ![/url]  PUBLISHED: 7 hours ago

AJL30: Dayang Nurfaizah akan terus bertanding, belum terfikir bersara

BY: SHAZRYN MOHD. FAIZAL

Dayang Nurfaizah melihat pentas 'Anugerah Juara Lagu' sebagai medan untuk mempamerkan sebuah persembahan berbeza daripadanya selain menganggap ia satu cabaran buat dirinya sebagai seorang penghibur. - Foto TRP/Syahirah Roslan

[color=rgb(159, 159, 159) !important]ADVERTISEMENT





KUALA LUMPUR, 27 Januari:

Keunggulannya sebagai penghibur di atas pentas memang tiada tandingannya apabila buat kali kedua berturut-turut gelaran Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) menjadi miliknya.

Kehebatannya mempersembahkan lagu ciptaan anak-beranak, Akid dan Poji Samad berjudul Tak Pernah Menyerah di pentas Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL) membuktikan Dayang Nurfaizah atau mesra disapa Dayang bukan sembarangan penghibur.

Bertemu dengan Dayang selepas berakhirnya AJL30, malam Ahad lalu, penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak itu sudah mampu menghela nafas panjang bagai tanda tanggungjawabnya sudah dilunaskan sehabis baik.

[color=rgb(159, 159, 159) !important]ADVERTISEMENT




Ketika ditanya apakah susunan muzik baharu gubahan Genervie Kam untuk Tak Pernah Menyerah pada malam AJL30 sengaja diubah sedemikian rupa agar dia mampu untuk terus mempertahankan gelaran Vokal Terbaik, dengan tenang Dayang memberikan justifikasinya.




“Soal mahu menang atau mensasarkan trofi Vokal Terbaik tidak pernah ada dalam agenda saya. Keutamaan saya adalah untuk memberikan persembahan terbaik seiring dengan darjat AJL yang diangkat sebagai pertandingan lagu terulung penuh prestij di negara ini.

[color=rgb(159, 159, 159) !important]ADVERTISEMENT




“Lalu, apa yang saya persembahkan menerusi Tak Pernah Menyerah adalah demi untuk kepuasan saya sendiri selain mahu mencabar diri dengan mempersembahkan versi yang berbeza daripada lagu sebenar.

“Jika saya sampaikan dalam versi asal, ia tidak menampakkan sebarang kelainan untuk pertandingan seperti AJL lalu saya harus memberikan keadilan lagu itu sendiri agar ia kedengaran baharu dan segar selain mahu memberikan pendedahan meluas terhadap lagu itu sendiri,” demikian ulasan Dayang panjang lebar menjawab soalan The Rakyat Post berhubung persoalan itu.

Reaksi Dayang Nurfaizah sewaktu menerima hadiah kemenangannya selepas namanya diumumkan sebagai Vokal Terbaik. – Foto TRP/Syahirah Roslan

Dengan kemenangan itu, bekas pemenang Vokal Wanita Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-20 (2013) menerusi laguSeandainya Masih Ada Cinta ini mendapat durian runtuh berupa wang tunai sebanyak RM12,000 dan trofi.

Tahun lalu, menerusi lagu Di Pintu Syurga, Dayang memenangi Vokal Terbaik untuk kali pertama selepas sedekad tidak menyertai pertandingan berprestij anjuran TV3 itu.

Tampil kelihatan sungguh eksklusif dan sofistikated dengan menyarungkan busana haute couture rekaan pereka fesyen tersohor, Rizalman Ibrahim selain ditata rias oleh Khir Khalid dan Fendi Sani, Dayang sememangnya membawa dirinya umpama seorang penghibur bertaraf antarabangsa pada malam AJL30.

Dengan penggunaan vokal akrobatik selain penyampaian penuh dinamik, memang tidak syak lagi Dayang dari awal lagi sudah menjadi calon utama untuk meraih gelaran Vokal Terbaik meskipun saingannya bukan calang-calang juga.

Jika tidak mana mungkin Ketua Juri AJL30, Azmeer yang menyifatkan persembahan Dayang pada malam itu masih lagi pitch perfect seperti mana yang dilakukannya menerusi Di Pintu Syurga.

“Dayang memang hebat dan telah mempamerkan kecemerlangannya dalam mempersembahkan vokal yang penuh akrobatik dan dinamik lalu markah tinggi diberikan kepadanya.

“Dia masih belum gagal untuk tidak mengecewakan pihak juri yang tanpa ragu memilihnya sebagai pemenang walaupun Dayang sebenarnya berhadapan dengan saingan sengit.

Persembahan memukau seorang penghibur hebat. – Foto TRP/Syahirah Roslan

“Saya enggan memberitahu siapakah saingan terdekatnya tetapi nama-nama seperti Black, Hazama mahupun Kaka Azraff juga antara yang berpotensi merangkul gelaran Vokal Terbaik tetapi Dayang mengatasi mereka semuanya,” kata Azmeer ketika mengulas tentang kemenangan Dayang.

Sementara itu, ketika ditanya apakah pemilik nama penuh Dayang Nurfaizah Awang Dowty ini sudah berpuas hati dengan pencapaiannya di pentas AJL setakat ini, penyanyi itu seraya menggelengkan kepalanya.

Jelas penyanyi yang cukup masyhur dengan lagu Seandainya Masih Ada Cinta itu lagi, meskipun ada penyanyi seangkatannya sudah pun ‘bersara’ daripada menyertai AJL, namun untuk Dayang, dia masih memerlukan pertandingan seperti AJL.

“Di pentas AJL sahajalah, ia dapat menonjolkan bakat dan kemampuan seseorang artis itu dalam mempersembahkan sebuah persembahan eksklusif yang barangkali tidak akan dapat ditonton lagi selepas itu.

“Seperti mana yang saya katakan tadi, soal kemenangan bukan keutamaan tetapi untuk saya, kepuasan dalam melunaskan tanggungjawab bukan untuk diri saya semata-mata tetapi untuk komposer dan penulis lirik yang bertanding.

“Disebabkan itu, saya tidak akan pernah menyerah daripada untuk terus bertanding di AJL kerana di pentas itu, ia membuatkan saya lagi bersemangat untuk mempamerkan sisi berbeza saya sebagai seorang penghibur,” ujar penyanyi lagu Langit Cinta ini dalam nada cukup opitimis.

KRONOLOGI PENYERTAAN DAYANG NURFAIZAH DI PENTAS ANUGERAH JUARA LAGU

2001: Kategori Balada – Seandainya Masih Ada Cinta (MENANG)

2001: Kategori Pop Rock – Bahagia

2005: Kategori Etnik Kreatif – Erti Hidup (MENANG)

2015: Di Pintu Syurga (VOKAL TERBAIK & TEMPAT KETIGA)

2016: Tak Pernah Menyerah (VOKAL TERBAIK)






Read more: http://bm.therakyatpost.com/buzz/2016/01/27/ajl30-dayang-nurfaizah-akan-terus-bertanding-belum-terfikir-bersara/#ixzz3ySLfHRJs

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2016 11:13 PM | Show all posts
Mutu vokal Kaka dapat pujian juri
Sebelum ini, ramai yang meragui kemampuan vokal Kaka Azraff, 26, apabila beliau membabitkan diri dalam dunia nyanyian, kira-kira empat tahun lalu.

Bagaimanapun, penyanyi Bukan Hal Aku ini membuktikan, menerusi kerja keras beliau juga mampu muncul antara bakat yang tidak kurang hebatnya di arena seni suara seperti ditonjolkan ketika menyertai Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30), di Stadium Malawati Shah Alam, Ahad lalu.

Bukan sekadar menampilkan persembahan menarik pada malam kemuncak ketika mendendangkan lagu popularnya itu bersama-sama Alyph Sleeq, malah mutu vokalnya juga diakui antara yang terbaik pada saingan kali ini.

Biarpun persembahan dan lagu berkenaan tidak mendapat sebarang tempat, Azmeer selaku ketua juri sendiri memuji kawalan vokal Kaka ketika bercakap kepada media sebaik saja acara berakhir.

"Alhamdulillah, Kaka sendiri sangat terkejut apabila mendapat tahu daripada rakan media yang Azmeer memuji vokal Kaka. Tidak sangka, di sebalik cerita mereka yang menang, Kaka sendiri mendapat tempias pujian.

"Sejujurnya memang Kaka terkejut dengan pujian itu. Ia sedikit sebanyak menjadi penyuntik semangat buat diri Kaka, di sebalik segala kritikan terhadap keupayaan vokal Kaka selama ini," kata anak buah kepada Ella ini.



PERSEMBAHAN Kaka dan Alyph Sleeq pada malam kemuncak AJL 30, di Stadium Malawati. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Menurut Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, kerja keras untuk memberikan persembahan terbaik tidak sia-sia apabila ia mampu membuka mata orang ramai terhadap kemampuannya.

"Malam itu, Kaka hanya mahu menikmati detik indah AJL30 tanpa sebarang tekanan. Kaka hanya ingin berseronok di atas pentas. Soal kalah atau menang bukan perkara utama.

"Sejurus selesai membuat persembahan, Kaka tidak fikir apa-apa lagi. Kaka hanya keluar dari pentas dan bertepuk gembira dengan Alyph," katanya yang bersiap untuk persembahan berkenaan sejak jam 4 petang lagi.

Menurut gadis ini, selama tiga minggu beliau berlatih tanpa henti semata-mata untuk memberikan persembahan terbaik pada malam kemuncak AJL30.

"Kaka cuba memberikan kelainan. Selama tiga minggu itu juga Kaka mendapat bimbingan vokal daripada Sarah Ismail. Malah, Kaka ingin membawa sisi berbeza buat lagu ini.

"Biarpun ada yang mengandaikan lirik lagu berkenaan kosong dan tiada makna, Kaka melihat Bukan Hal Aku lebih daripada itu. Ia mengenai kekuatan manusia," katanya yang akan muncul bersama single baharu, juga ciptaan Alyph, tidak lama lagi.

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 11:29 PM | Show all posts
Edited by washere2 at 27-1-2016 11:33 PM

pandangan peribadi, tak ada masalah dengan senarai pemenang, tahniah

apapun tiap org ada pendapat sendiri terutama bila keputusan tidak berpihak pd artis kegemaran

cuma hairan dengan segelintir manusia/bloggers yang tanya samada Caliph Buskers menang sebab simpati?

Aku kurang minat melodi lagu Hanya NamaMu, tapi lihat pada persembahan malam tu memang kagum sangat
dengan kekurangan yg mereka ada, dengan status penyanyi jalanan and 'amatur' relatively to this so called 'industry', mereka (azmi) mampu memberi persembahan penuh penghayatan dan hampir sempurna yang mungkin ada sesetengah penyanyi lebih established gagal melakukannya

it is painful actually for anybody even jury to comment on it

the only performance yg ku ulang byk kali kat youtube

yg lain tengok sekerat tak habis

tahniah sebab tercalon top 5 AME duo/grp meletop

waiting for your next song



   

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 11:48 PM | Show all posts
Edited by encik_k_90 at 29-1-2016 10:25 PM
AppropriateNick replied at 27-1-2016 04:30 PM
tolong ingatkan aku fofular jek la selalu pasang kt era dulu..aku selalu ulas lagu tu dgn my ex bf ...

Betul ke ni????Mcm tk disangkakan.........
Sorilah wa tringat jgk waktu Di Pintu Syurga dn Masih Aku Cinta dpt top 3 dn Lagu Terbaik 1 dn 2 MM29...
Ternyata jangkaan wa agak meleset....Sampai Mati Lagu Terbaik 1 MM30 tk dpt top 3 trlps ke tangan pihak OKU dn Potret Lagu Terbaik 2 MM30 dpt menang besar....Lagu Terbaik 3 tu Assalamualaikum.....
Lagu Assalamualaikum ni ada mesej yng kuat mengenai perdamaian....Manakala Potret ialah lagu yng menceritakan ttg kehilangan insan tersayang dn ironinya Hanya NamaMu berada dlm minggu yng sama dgn Potret.....Lagu berunsur ketuhanan dn kerohanian memperolehi vokal yng mantap lagi luar biasa.....Tabik sama Caliph Buskers yng menaikkan diri mereka dri Persembahan Terbaik bersama Mojo tahun lps hingga dpt tempat 3.....Lagu tu slow giler.....
Jgn salahkan Hazama,psl dia tlhpun melakukan yng trbaik....Mungkin dia kurang sihat dn mencuba sedaya upaya,sehingga ikut stail Sudirman ni dgn pemetik api....
Berbalik pada lagu ketuhanan,ada jgk lagu yng berjaya seperti lagu ni,Noktah Cinta dn juga Warkah Buat Laila.....Ada yng tk berjaya iaitu AdaMu dn juga Jagalah Diri......
Pada mulanya Assalamualaikum dijangka sebagai juara diikuti Potret slaku Naib Juara brikutan pernilaian markah awal.....Lagu tsb merupakan pemenang Lagu Terbaik APM 2015....Tpi melihat kekurangan momentum FT pada persembahannya yng menyentuh jiwa,Potret akhirnya pintas lagu tsb berikutan kemantapan vokal Akim dn mutu persembahan yng cukup memuaskan ramai sehingga dpt standing ovation....Potret juga merupakan lagu yng paling popular dn hit sepanjang tahun 2015...
OK nilah jangkaan hasil top 4-12,trmasuk Top 3....
1.Potret
2.Assalamualaikum
3.Hanya NamaMu
4.Sampai Mati
5.Tak Pernah Menyerah
6.Not for Sale
7.Mana Mungkin
8.Angin Kencang
9.Biarkanlah
10.Bukan Hal Aku
11.Malam Ini Kita Punya
12.Knock Knock
Tkpe wa trpaksa kembali buat sementara waktu untuk komen sikit je....Walaupun ni mmg AJL terakhir wa kali ini...Wa takkan ikut AJL 31 dn strusnya psl wa dh puas....>!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 12:14 AM | Show all posts
Edited by encik_k_90 at 29-1-2016 01:25 AM

OK, nilah biografi tiap pemenang.....
JUARA AJL 30 dn Persembahan Terbaik-Akim and the Majistret
Pimpinan Akim Ahmad,iaitu pemenang tempat ke 3 AF7,merangkumi 7 orang yng memperolehi sebuah band yng agak powerhouse.....Members terdiri dripada org kuat 6ixth Sense,Sofazr,Hyper Act dll.....Ditubuhkan pada tahun 2014,dgn single pertama iaitu Mewangi ciptaan Zulkifli Majid,namun kecundang dn terkandas di semifinals MM29....Tak mematahkan semangat,Akim dinamakan sebagai komposer termuda yng berjaya oleh MACCP,walaupun menyertai AJL sulungnya pada tahun 2009 dn seterusnya gagal untuk kelayakan diri secara solo hingga kini.....Bukan tu aja,menang Vokal Terbaik Lelaki di AIM bagi lagu Mewangi dn menang ABPBH 2014 bgi kategori Penyanyi Lelaki Popular dn Band/Duo Popular bgi Akim and the Majistret....Kluar dgn album sulung mereka iaitu Patriot,dn Potret merupakan single kedua ciptaannya dgn nukilan lirik oleh abangnya...Merupakan bakal suami kepada penyanyi wanita yng cukup popular di kalangan masyarakat golongan muda tk lama lagi....

Naib Juara AJL 30-Faizal Tahir
Pemilik nama sebenar Ahmad Faizal bin Mohd Tahir mula bercenderung dlm bidang nyanyian,pernah menyertai kumpulan nasyid sebelum bergelar Naib Juara OIAM pertama di belakang Suki Low....Menyertai AJL sulungnya pada tahun 2008 ataupun keduanya sendiri kerana 2 lagu sulungnya iaitu Mahakarya CInta dn Kasih Tercipta layak ke AJL 2007 namun atas sebab tertentu bliau digantikan....Menang Juara Balada menerusi Sampai Syurga diikuti dgn sapu bersih bagi Vokal dn Persembahan Terbaik tpi tewas ke tangan Lagu Untukmu dendangan Meet Uncle Hussein....Menang tempat 3 tahun 2009 menerusi Bencinta dn menang Album Terbaik bgi Adrenalin di AIM tahun berikutnya,Persembahan Terbaik menerusi lagu Hanyut,tempat 3 pada tahun 2011 bgi lagu Karma dn Assalamualaikum dinobatkan sebagai Lagu Terbaik APM 2015 namun ttp berpuas hati dgn kedudukan Naib Juara...

Tempat 3-Caliph Buskers
Dianggotai oleh sekumpulan pemuzik jalanan yng cacat pengelihatan diketuai oleh Azmi Saat...Bermain muzik untuk mencari rezki terlebih dahulu di perkarangan Sogo namun bakat mereka diasah oleh komposer terkemuka Edry Halim yng secara kebetulan lalu di situ....Bermulalah satu kehidupan baru apabila dijemput untuk mendendangkan Romancinta bersama dgn Mojo yng mendpt Persembahan Terbaik bgi AJL 29 tahun lps....Kluar dgn single pertama mereka iaitu Hanya NamaMu yng memperolehi tempat ketiga walaupun lagu tsb merupakan lagu unsur kerohanian....Bertambahlah rezki mereka semua yerrr....

Vokal Terbaik-Dayang Nurfaizah
Diva veteran kelahiran negeri bumi kenyalang ini mula berkecimpung dlm bidang seni pada tahun 2000 dn meraih Juara Balada 2001 menerusi Seadanya Masih Ada Cinta ciptaan Ajai....Dri situlah itulah signature lagunya dgn signature vokal yng sungguh lantang....Menang kategori Etnik Kreatif menerusi lagu Erti Hidup tahun 2004 dn meraih pelbagai anugerah termasuk tempat 3 di AJL lps menerusi lagu Di Pintu Syurga dn disamping itu menerima Vokal Terbaik sulungnya selps sedekad menyertai AJL....
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 12:17 AM | Show all posts
lil_honey replied at 26-1-2016 11:41 AM
akim byk influenced dengan muse..
masa intro tu aku dah macam...alaa...ikut muse lagi...
aku suka  ...

Oh jdi kirakan Akim and the Majistret tu Muse Malaysia ataupun FT Island Malaysia kan????Gitu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2016 12:28 AM | Show all posts
Edited by encik_k_90 at 29-1-2016 10:49 PM
AppropriateNick replied at 26-1-2016 04:26 PM
setuju..i rasa hanya dua AJL ni sahaja yg semua lagu berpotensi muncul juara!
1. AJL 26 paling te ...

Stuju,stuju........AJL 26 semuanya hebat belaka.....
AJL 25 pun....Jangkaan Kebahagiaan Dalam Perpisahan,Raja Drama,Noktah Cinta,Cinta Sempurna,Ku Ada Kamu,Pelita,Sofea Jane,Hanyut,Selamat Malam dll.....Overall AJL25 ni mcm funfair laaaa bole tgk persembahan yng bermcam-macam jenis....
AJL 28 agak sendu,tpi tema Game On dia mmglah hebat sama dgn props dn stage yng cukup solid!!!!!
Padahal Stadium Putra Bukit Jalil adalah lokasi yng paling meriah......Apamcm sampai kat Stadium Malawati ni????
Rindu skali dgn tajaan Celcom sama dgn XPax....Kembalikan.....
Wa mmg tkleh lupa jgk duit berterbangan bgi Awi Rafael dn Altimet,Hafiz nyanyi di balik ranting pokok ala Puncak Kasih, Stacy dh macam Alice dhhhh dgn rambut punk spiky dia,Datin Alyah dgn Empayar Roman,Hazama di balik layar perak sambil ketawa.....Yng paling menarik skali,Stacy ni mmg semakin hampir menang Persembahan Terbaik tpi menurut undian,Hafiz mendahului dgn setipisnya sbyk 51%...Kalolah 50% SMS dn 50% juri sperti mana yng didapatkan oleh Mojo dn juga Akim and the Majistret,Stacylah pemenangnya!!!!!
Wa sokong Kisah Hati,Awan Nano,Sedetik Lebih,Sungai Lui,Karma,Penakut.....Semua hebat,trutama skali Beribu Sesalan......Semua hebat-hebat sehingga mmglah AJL yng sebenarnya yng ada persaingan yng LEBIH SENGIT!!!!!!Tkleh lupa,Hafiz dgn T-shirt dgn track pants dia,Datin Alyah berpelukan dgn Remy Ishak,persembahan Jac-Shila-Ning ala Dream Girls,FT main piano sampai bole terbakor,Najwa Latif dgn FB dia,Ana Raffali,Sohaimi Mior Hassan dn Altimet menari ala 60an gitu,Atilia dgn Loque ala tradisional gitu,Aizat Amdan dgn lukisan pasir,Yuna Zarai dgn chandelier.....Gitu....
Bgi AJL 27,lu lupa lagu Andai Ku Bercinta Lagi dn juga Pelangi Senja....Tk begitu kureng hebatnya jgk.....
Trus trang wa katakan jgk AJL 30 ada persaingan yng PALING SENGIT seperti Potret,Assalamualaikum,Sampai Mati,Hanya NamaMu,Mana Mungkin,Not for Sale,etc.....
Bru perasan Stadium Putra tlhpun menjalankan kerja pembaikan untuk SEA Games tahun dpn nanti.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 12:39 AM | Show all posts
Edited by encik_k_90 at 29-1-2016 09:11 PM
AppropriateNick replied at 27-1-2016 04:38 PM
nampak sgt minggu kedua byk lagu hebat kot

Separuh Akhir Kedua (29 November)Hanya Namamu – Cal ...

Ye mungkin jgk Tolong Ingatkan Aku pun lagu popular dn pernah selalu diputarkan di EraFM.....
Suka sgt!!!
Trkejut plak namun sangkaan wa mmg tepat....Minggu yng memperolehi lagu terbanyak untuk kelayakan AJL akan memperolehi juara....
Mmgpun minggu kedua mmglah cukup sengit dgn 6 lagu termasuk Potret layak ke AJL....Yng mengherankan Sampai Mati masuk AJL dpt Lagu Terbaik minggu 1 tpi tk dpt top 3 skaligus....Apa cerita???
Yng tkleh lupa...Sarimah Ibrahim ni mmg ada kelas gitu bila mulut terlopong!!!!!Hahahaha!!!Lagi satu Ogy,Salih Yaccob,Shamsul Ghau Ghau,Anne Hamid,Zalina Azman,Aidil Abd Ghafar,Aznil Nawawi,Azwan Ali,FBI,Ally dn juga yng paling best skali,Cheryl Samad....Wa miss dia beb....Perfect!!!!!
Bgi wa,Cheryl,FBI dn juga Ally mmg best!!!!Terbaik dri ladang dn juga bintang!!!!!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2016 12:54 AM | Show all posts
Edited by encik_k_90 at 6-2-2016 12:06 AM

OK sblum berpisah slamanya lps 7 tahun dlm forum berkaitan AJL,wa nk kasi flashback untuk top 5 lagu-lagu yng PATUT dicalonkan dlm MM30....Sayang kan????


Patah-Stacy
Lagu yng sungguh melankolik dikatakan Wrecking Ball versi Melayu.....Psl iramanya agak sama bijik tpi lagi slow.....Tabik pada komposer Omar K dn Kimberly Chin juga atas penghasilan lagu yng sungguh meruntun jiwa ni....Tambah plak dgn lirik yng sungguh menusuk kalbu dn puitis dn kemantapan vokal yng sungguh aaauuuuummmmm!!!!Alangkah bestnya kalo lagu ni dicalonkan dlm AIM tak lama lagi....Tgk VC dia,jalan ceritanya sungguh menyedihkan....Tk semena itulah lagu utama yng dinantikan dlm senarai berpotensi tahun lps....


Tak Harus Memiliki-Tomok
Merupakan lagu tema bgi filem Isyarat Cinta,ciptaan Gjie dri kumpulan Akim and the Majistret....Kesyahduan lagu tsb boleh dpt dirasakan ditambahkan pula dgn irama rock yng sungguh mengancam lagi epik..Sayang skali lagu tu psl lagu yng sungguh hebat....


Terus Mencintaimu-Wanns Ahmad
Takde kena mengena dgn vokalis band feveret wa k....Sama biji suara dia tpi muka lain agak seiras dgn pelakon Filipina tuuuu.....Boleh balik ke zaman 80an dgn lagu ni yng berunsur nostalgia....Tgk VC dia dn lihatlah kepiluan yng dirasai bliau....Wa tk tahu seh siapa dia punya model pompuan dlm VC tu???


Andai-Kaer AzamiLagu ciptaan Azlan Abu Hassan ni dikatakan kesinambungan lagu-lagu sblumnya dn kali ni mmglah lagi bagus dia punya susunan.....Sudah berapa lama kitorg tak pernah dgr jgk khabar Kaer Azami yng sungguh jiwang ni.....Sungguh menruntun jiwa ni......


Cinta Hati-Shila Amzah
Lagu yng paling best skali iaitu lagu rancak....Anak pada ND Lala ni mmglah tk pernah mengecewakan kami....Fuyyyoooo dia boleh rap seh dlm lagu ni....Cukup upbeat.....
Mengharapkan kesemua 5 lagu ni akan trus dicalonkan dlm MM31 nanti....Bru wa percayakan MM31 lagi nanti....
OK tu saja pertemuan kita.....Bye bye dn jaga diri korang semua......

PS-Bru je dh dgr lagu Romeo dri Stacy,ciptaan sepenuhnya oleh Hang Nadim.....Mmg jgk ada potensi kali ni untuk top 3 AJL tahun dpn nanti......At least Tempat 3 kalo bole yek.....Skali sama bijik dgn lagu Ilusi oleh Adira Suhaimi....Inilah masanya untuk Stacy menang top 3 pun jadi dgn Persembahan Terbaik bgi kali ke-8 bliau berada di sini...Mungkin jgk Juara AJL 31 nanti???? Hee3.....Harap-harap tak mengandung,mcm ZZ ni k.....Ataupun sakit tekak....Ni aja yng wa spekulasikan...Yng lain wa serahkan pada korang semua psl wa tkde nanti....Bak kata pepatah,pergi tak kembali....


Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
enchikfitz replied at 27-1-2016 11:13 PM
Mutu vokal Kaka dapat pujian juri
Sebelum ini, ramai yang meragui kemampuan vokal Kaka Azraff, 26,  ...

Iols sendiri agak terkejut kaka boleh kawal vokal sheols dgn baik malam ajl lps. Kalau compare dgn persmbhn masa konsert debaran ajl yg kt melaka tu & persmbhn live yg sblm ni mmg hauk.

Byk improvement la. Bkn sng nk nyanyi atas pentas yg prestij & noisy.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 09:07 AM | Show all posts
sedang dgr lagu angin kencang ..ulang2..terbuai2..rs indah je.. thanks to ajl sebab aii br rs lagu ni best .. sblm ni x minat pun..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 09:14 AM | Show all posts
encik_k_90 replied at 28-1-2016 12:28 AM
Stuju,stuju........AJL 26 semuanya hebat belaka.....
AJL 25 pun....Jangkaan Kebahagiaan Dalam Per ...

sbb stadium putra x boleh pakai kn until 2017..ade baca kt page belakang2 semlm

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 09:33 AM | Show all posts
shahima0909 replied at 28-1-2016 09:07 AM
sedang dgr lagu angin kencang ..ulang2..terbuai2..rs indah je.. thanks to ajl sebab aii br rs lagu n ...

best kan lagu tu...
mcm ala2 zaman 60-an gitu...

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 10:15 AM | Show all posts
sepitsiput replied at 27-1-2016 07:00 PM
nak tanya chuols.. stacy buat wistle regsiter tu betul ke salah masa sheols umur 17thn ni?

choiiinyerrr...betul la kata forumer tu mcm cerek rosak kat ujung siap tersangkut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2016 10:34 AM | Show all posts
af_mania replied at 28-1-2016 07:40 AM
Iols sendiri agak terkejut kaka boleh kawal vokal sheols dgn baik malam ajl lps. Kalau compare dgn ...

Yup meols sgt berpuas hati dgn vokal kaka malam tu. Byk sgt improvement berbanding masa kat APM / semi final AJL hari tu. Kalau sebelum ni lebih banyak berdiri je dan vokal hauk, tapi malam ni, sheols lebih byk bergerak dan vokal sgt2 bagus. Vokal sheols lagi terserlah masa ganti part Syarif.

Meols tertunggu2 lagu baru sheols lepas ni dgn Alyph. Kalau Kaka maintain muzik sheols, dia boleh jadi Queen of R&B/Hiphop dalam 3-4 tahun lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 11:36 AM | Show all posts
meluat plak tgk si hafiz ms interviu kt backstage
mcm bdk2 sgt



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2016 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
refleCtion replied at 27-1-2016 03:56 PM
lagu naluri cinta (kak ana gaga dgn tokki) tu bermesej sama dgn lagu assalamualaikum....
but for me ...

Khenn..puitis gitu..
ni lagu tak puitis langsung.. kecuali part "adakah matamu mengatasi akalmu" jah
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 11:40 AM | Show all posts
dress gee ada bentuk tiub fallopio
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 12:11 PM | Show all posts
ade charmaine augustine jgk rupanya
nmpk hot lg
tp rakaman awl
fara jumpa bekas pengacara ajl
ada jgk fbi & aidil abd ghafar
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
af_mania posted on 28-1-2016 07:40 AM
Iols sendiri agak terkejut kaka boleh kawal vokal sheols dgn baik malam ajl lps. Kalau compare dgn ...

betul...sedap kaka nyanyi malam tu. lagu tu mungkin xde part jerit mnjerit tp klu diukur dr segi vokal bukan lagu y tinggi je prlu vokal y baik... ptt ktua juri pun ada sbut nama kaka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.321077 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list