View: 1647|Reply: 9
|
Pemimpin DAP sendiri tidak senang Melayu jadi ahli
[Copy link]
|
|
Pemimpin DAP sendiri tidak senang Melayu jadi ahli
NIZAM ZAIN
14 Januari 2016
Ong Kian Ming (kanan) semasa Forum bertajuk 'Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu Pada PRU14' di Petaling Jaya, malam semalam. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN.
PETALING JAYA - DAP berada dalam dilema apabila segelintir pemimpin dan ahlinya sendiri tidak senang dengan hasrat parti itu untuk menerima keahlian daripada orang Melayu dan Bumiputera.
Pengarah Strateginya, Dr Ong Kian Ming berkata reaksi negatif terhadap cadangan itu tidak membantu untuk mengikis imej cauvanis yang didakwa sudah sebati dengan DAP.
"Ada ramai pemimpin DAP yang mahu DAP menambahkan keahlian daripada kaum Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.
"Tetapi dalam masa sama, ada juga ahli dan pemimpin DAP sendiri tidak begitu senang dengan cadangan DAP hendak mencapai 50 peratus ahlinya daripada orang Melayu dan Bumiputera dari Sabah dan Sarawak," katanya pada Forum bertajuk 'Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu Pada PRU14' di sini, malam semalam.
Mengulas lanjut, Kian Ming juga berkata jika dilema itu dapat diatasi, DAP dapat mengurangkan persepsi negatif dan memenangi undi Melayu pada PRU14 akan datang.
Dalam pada itu, Kian Ming selaku Ahli Parlimen Serdang berkata lagi, jika hasrat DAP itu berjaya menarik lebih ramai ahli Melayu ke dalam parti itu, ia juga tidak disenangi pihak lain.
"Ketika mesyuarat perjanjian Pakatan Harapan baru-baru ini, Amanah Johor mencadangkan supaya DAP tidak meletakkan calon Melayu di Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor.
"Saya rasa ini adalah sesuatu yang mesti ditangani sebagai satu cabaran jika DAP dan parti pembangkang bersama Pakatan Harapan mahu memenangi lebih undi Melayu," katanya lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
lagi 2 tahun weh.... singkat sgt masanya...lupakanlah hasrat nak letak calon DAP melayu
berikan tugas tu pada PKR dan Amanah |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 14-1-2016 04:04 PM
lagi 2 tahun weh.... singkat sgt masanya...lupakanlah hasrat nak letak calon DAP melayu
berikan tug ...
Aku rase baik deols ber3 ni bergabung bwh satu parti terus... Maybe parti democrat sesuai kot.. Tp nk ker diorg?
Klu mcm dulu ade pas, agak sukar sket sbb ideologi pas mmg islamic.. Skrg ni mgkn boleh buat |
|
|
|
|
|
|
|
susah nk pilih ketua...nnt org dh boleh congak saper bakal PM dan TPM...lg org melayu xmo undi
|
|
|
|
|
|
|
|
Ah pembangkang, time BN tengah lemah pun, diorang turut melemah diri jugak. Pastu sampai ke sudah tak mampu menang. |
|
|
|
|
|
|
|
Selagi tiada ideologi bersama. Tiga bangsa pasti tidak bersatu. |
|
|
|
|
|
|
|
Selagi DAPig bersikap angkuh nak jadik abang long taiko besar, selagi tu pembangkang akan terus jadi pembangakang... |
|
|
|
|
|
|
|
cadangan...ramai ramai melayu/islam masuk DAP dan bertanding presiden DAP lawan LGE & LKS |
|
|
|
|
|
|
|
Tidak senang jadi ahli biar ku je |
|
|
|
|
|
|
|
DAP patut diharamkan |
|
|
|
|
|
|
| |
|