CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1646|Reply: 9

Pemimpin DAP sendiri tidak senang Melayu jadi ahli

[Copy link]
Post time 14-1-2016 03:48 PM | Show all posts |Read mode
Pemimpin DAP sendiri tidak senang Melayu jadi ahli
NIZAM ZAIN
14 Januari 2016


Ong Kian Ming (kanan) semasa Forum bertajuk 'Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu Pada PRU14' di Petaling Jaya, malam semalam. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN.

PETALING JAYA - DAP berada dalam dilema apabila segelintir pemimpin dan ahlinya sendiri tidak senang dengan hasrat parti itu untuk menerima keahlian daripada orang Melayu dan Bumiputera.

Pengarah Strateginya, Dr Ong Kian Ming berkata reaksi negatif terhadap cadangan itu tidak membantu untuk mengikis imej cauvanis yang didakwa sudah sebati dengan DAP.

"Ada ramai pemimpin DAP yang mahu DAP menambahkan keahlian daripada kaum Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

"Tetapi dalam masa sama, ada juga ahli dan pemimpin DAP sendiri tidak begitu senang dengan cadangan DAP hendak mencapai 50 peratus ahlinya daripada orang Melayu dan Bumiputera dari Sabah dan Sarawak," katanya pada Forum bertajuk 'Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu Pada PRU14' di sini,  malam semalam.

Mengulas lanjut, Kian Ming juga berkata jika dilema itu dapat diatasi, DAP dapat mengurangkan persepsi negatif dan memenangi undi Melayu pada PRU14 akan datang.

Dalam pada itu, Kian Ming selaku Ahli Parlimen Serdang berkata lagi, jika hasrat DAP itu berjaya menarik lebih ramai ahli Melayu ke dalam parti itu, ia juga tidak disenangi pihak lain.

"Ketika mesyuarat perjanjian Pakatan Harapan baru-baru ini, Amanah Johor mencadangkan supaya DAP tidak meletakkan calon Melayu di Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor.

"Saya rasa ini adalah sesuatu yang mesti ditangani sebagai satu cabaran jika DAP dan parti pembangkang bersama Pakatan Harapan mahu memenangi lebih undi Melayu," katanya lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2016 04:04 PM | Show all posts
lagi 2 tahun weh.... singkat sgt masanya...lupakanlah hasrat nak letak calon DAP melayu
berikan tugas tu pada PKR dan Amanah
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 14-1-2016 04:04 PM
lagi 2 tahun weh.... singkat sgt masanya...lupakanlah hasrat nak letak calon DAP melayu
berikan tug ...

Aku rase baik deols ber3 ni bergabung bwh satu parti terus...  Maybe parti democrat sesuai kot.. Tp nk ker diorg?  

Klu mcm dulu ade pas, agak sukar sket sbb ideologi pas mmg islamic.. Skrg ni mgkn boleh buat
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 05:43 PM | Show all posts
dauswq replied at 14-1-2016 04:33 PM
Aku rase baik deols ber3 ni bergabung bwh satu parti terus...  Maybe parti democrat sesuai kot.. T ...

susah nk pilih ketua...nnt org dh boleh congak saper bakal PM dan TPM...lg org melayu xmo undi
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 04:32 AM | Show all posts
Ah pembangkang, time BN tengah lemah pun, diorang turut melemah diri jugak. Pastu sampai ke sudah tak mampu menang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 02:39 PM | Show all posts
Selagi tiada ideologi bersama. Tiga bangsa pasti tidak bersatu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2016 04:20 PM | Show all posts
Selagi DAPig bersikap angkuh nak jadik abang long taiko besar, selagi tu pembangkang akan terus jadi pembangakang...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 05:03 PM | Show all posts
cadangan...ramai ramai melayu/islam masuk DAP dan bertanding presiden DAP lawan LGE & LKS
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2016 12:00 PM | Show all posts
Tidak senang jadi ahli biar ku je
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 11:22 PM | Show all posts
DAP patut diharamkan   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.137871 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list