CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: freebird

[Tempatan] Biasiswa JPA digantung sebab kerajaan dah takde duit untuk pendidikan

[Copy link]
Post time 22-1-2016 02:39 PM | Show all posts
hurmm...bersabarlah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2016 10:45 PM | Show all posts
bezita60 replied at 22-1-2016 02:30 PM
Oh mcm tu pulak. Aku tatau pulak ada yg berani langgar kontrak.

Mslhnya terlampau ramai..bila jumpa org Malaysia Yg stay Kt sni rupanya2 dr undergrad study medic Pstu terus stay terus Dan beranak pinak Kt sni..aku rs rugi sgt Sbb dorg pg bawah biasiswa Malaysia tp xberkhidmat utk rakyat Malaysia..dhla bila bt tukaran duit Malaysia dgn wang asing Ni berkali2 ganda..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2016 03:59 AM | Show all posts
bezita60 replied at 22-1-2016 02:33 PM
Masa student aku pernah je handle lawatan vip malaysia ni. Meeting pkl 11. Pkl 1.30 br sampai. Ala ...

euwww hampehnya perangai.....meeting bukannya lama (melainkan spesis meleis yg suke meleret2 bncng benda bebukan time meeting..last2 tangguh ke next meeting)..dah la solat leh jamak....
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2016 04:04 AM | Show all posts
scorpionkiki replied at 22-1-2016 08:23 AM
Sbnarnya lebih teruk lagi dari yg you katakan....tp yg paling utaka ialah kenapa? Bnyk redundancy  ...

aik pelik tapi alih2 student gak tolong handle lawatan VVVVVVVIP nih! @bezita60
euuuuwww jijik tul...pastu bawak keluarga tuh naik 1st class kpl terbng lak.....patut la metlufi meninggalkan persoalan....adakah msia ni telah kehilangan duit or berkat?



Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2016 05:20 AM | Show all posts
bezita60 replied at 22-1-2016 12:39 AM
Sebab aku dpt JPA, aku lebih setuju dgn sistem JPA. Habis belajar, serve balik ikut term kontrak.
...

tapi masalahnya, mcmn nak serve kalau kerja pun tak ada..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2016 05:47 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 21-1-2016 05:56 PM
Mana macai2 bangsat abadi semua nih? Diam persis babi jah aku tengok?? @dizeck @harimau76 @Skuau @bi ...

menda ni bukan pertama kali JPA buat.. sebelum ni pernah ja JPA halt scholar masa zaman gawat dolu2.. afterall, impact budak baru jer.. mmg kesian.. tp tak dpt scholar JPA tak bermakna kena berenti belajar terus kan? cuma kena opt for other option.. kalau teruskan pengajian kat local, apply la PTPTN, then belajq la betoi2 sampai dpt first class.. then conver loan jadi scholar.. tak payah la ko meroyan umpama segalanya berakhir bila tak dpt scholar JPA..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2016 09:06 PM | Show all posts
merrissa replied at 22-1-2016 07:21 AM
aku just nak taya...wat apa deme wat sesi soal jawab di London dgn pak menteri...bukannya ader solut ...

No wonder masa ai call ofis london haritu depa mcm acuh x acuh menjawab....maybe tengah sibuk berfb atau bengang sbb tidur terganggu
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2016 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
bezita60 replied at 22-1-2016 12:39 AM
Sebab aku dpt JPA, aku lebih setuju dgn sistem JPA. Habis belajar, serve balik ikut term kontrak.
...

Aku bekas pemegang biasiswa jpa.bkn aku xnk serve..tp aku tggu x pggil2 pun.aku siap register bagai..hampeh..last2..kpli pggil..aku g jela..sebbek serve utk kerajaan gak.xla aku ralat sgt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2016 10:33 PM | Show all posts
bezita60 replied at 22-1-2016 12:32 AM
Cep, UK esp wales n scotland pun sama. Susah gila dpt scholarship. My friend sumer loan study. Seb ...

Betul tu bez. My friend bapak dia pekerja arang batu je kat sana boleh menyimpan anak nak masuk universiti masa dia belajar undergrad. Masa buat phd ikat perut giler makan makanan dalam tin yang tesco dok buat sale 0.99 pound selama 3 tahun.

psst bez dah habis belajar ke? long time no see.

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2016 11:19 PM | Show all posts
fofuler replied at 22-1-2016 06:39 AM
Aku cakap contoh daaa 100 phd tu. Tapi kalau nak ikut sekarang ni yang tengah buat phd kat oversea ...


.......maksud you jarang jumpa publication yang membantu?

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 12:04 AM | Show all posts
education tu tanggungjawab mak ayah..dpt scholarship tu kira rezeki, tp apa2 pun mak ayah kena la prepare jugak utk anak2 punye education. klau menyimpan je mmg susah nak cukup. why not invest/berniaga etc?

tp masalahnya ada parents yg bukan setakat x menyimpan untuk education anak. anak dah dpt scholarship lg la dia lepas tgn. duit elaun mkn minum anak pun langsung x hulur. rokok boleh beli. true story.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 09:11 AM | Show all posts
Pelajar menangis biasiswa JPA digantung sementara

http://www.malaysiakini.com/news/328328

Anne Muhammad
26 Jan 2016, 6:00 petang      Hari ini, 1:34 pagi



Sekumpulan pelajar yang mendapat tawaran pelajaran ke luar negara menemui jalan buntu apabila mendapat tahu tidak akan menerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Isu mengenai perkara itu hangat diperkatakan sejak minggu lalu, menyebabkan pelajar berkenaan berjumpa dengan pegawai JPA di Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan.

Namun, jawapan yang diterima sungguh mengejutkan apabila pihak jabatan tersebut mengesahkan ia digantung sementara waktu.

“Dalam sesi perjumpaan dengan pegawai JPA pada 19 Januari lalu memang mereka sahkan biasiswa digantung sementara, semua orang terkejut dan hampir semuanya menangis mendengar berita itu,” kata seorang wakil pelajar dalam sidang media di sebuah restoran di Subang Jaya hari ini.

Malah, pelajar-pelajar ini turut mendakwa pegawai dari JPA mengesahkan terdapat lima jurusan lain seperti arkitek, perubatan, pemakanan, farmasi, dan pergigian telah digantung sementara.

Mereka juga difahamkan pihak JPA akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu namun sehingga kini masih belum berbuat demikian.

Sebelum ini terdapat ibu bapa membuat aduan berkenaan biasiswa JPA digantung.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wee Ka Siong dilaporkan telah membangkitkan isu itu di kabinet dan menggesa supaya biasiswa itu diberikan semula.

Wee turut berkata, beliau tidak mengumumkan penggantungan biasiswa JPA sebaliknya hanya sekadar menjawab keprihatinan ibu bapa tentang biasiswa itu yang telah dilaporkan secara meluas dalam media.

Dalam sidang media yang sama hari ini, pelajar-pelajar tersebut yang enggan wajah mereka dirakam melahirkan rasa kesal dengan penarikan biasiswa tersebut.

Berputih mata

Menurut salah seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai K, beliau sudah menerima tawaran dari Universiti Melbourne, Australia dan harus mendaftar pada 29 Januari ini. Bagaimanapun beliau kini berputih mata apabila JPA menarik balik tawaran biasiswa itu.

“Buntu, Keputusan dari Universiti Melbourne saya terima pada 13 Januari lalu yang mengatakan saya diterima masuk.

“Tapi, sebelum mendaftar saya harus dapatkan dulu slip (biasiswa) dari JPA, tapi saya difahamkan biasiswa sudah digantung. Masa yang saya ada sangat singkat, sekarang saya buntu,” katanya.

Bagi pelajar yang mahu dikenali sebagai G pula berkata, beliau telah ditawarkan pengajian di Imperial College London dalam jurusan Kejuruteraan Sivil.

Namun usaha kerasnya iaitu perlu menjalani lima peperiksaan berbeza termasuk temuduga dengan pihak universiti mengalami jalan gelap apabila biasiswa JPA tidak lagi diberikan.

“Lima peperiksaan berbeza, ada temuduga itu dalam masa satu bulan yang saya kena tempuh, ia sangat sukar dan sekarang tidak ada biasiswa untuk saya teruskan pelajaran,” katanya.

Justeru, pelajar-pelajar terbabit berharap agar biasiswa JPA diberikan semula kepada mereka bagi meneruskan pelajaran di luar negara.



Bernama pada 22 Januari lalu melaporkan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Wee Ka Siong (gambar) sebagai meminta penerima biasiswa JPA menunggu laporan jabatan berkenaan dan tidak membuat kesimpulan tidak berasas mengenai perkara itu.

Wee berkata laporan sebuah portal dalam talian bahawa JPA telah menghentikan pemberian biasiswa adalah tidak berasas, tidak bertanggungjawab dan menimbulkan kekecohan.

Sehari sebelum itu, Wee, yang juga timbalan presiden MCA, menulis di Facebooknya bahawa sebuah portal berita tersilap memetik laporan Sin Chew Daily mengenai komen beliau tentang isu tersebut, dan oleh itu, beliau tidak boleh dipertanggungjawabkan jika komennya diputar belit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2016 12:06 PM | Show all posts
EJALTI replied at 27-1-2016 09:11 AM
Pelajar menangis biasiswa JPA digantung sementara

http://www.malaysiakini.com/news/328328

ni dikatakan 'sins of thy father'...

mak bapak diaorang ni dulu mungkin pernah undi parti barisan najis...
balasannya terkena kat si anak2....
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 01:00 PM | Show all posts
saki_kawaii replied at 26-1-2016 04:04 PM
education tu tanggungjawab mak ayah..dpt scholarship tu kira rezeki, tp apa2 pun mak ayah kena la pr ...

sis....kalau mak pak mampu....kalau tak mampu?

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 01:02 PM | Show all posts
freebird replied at 27-1-2016 04:06 AM
ni dikatakan 'sins of thy father'...

mak bapak diaorang ni dulu mungkin pernah undi parti baris ...

berdasarkan gambar, kakak syak mak pak mereka undi DAP dan Keadilan....

maka cash lah kan....

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 01:05 PM | Show all posts
EJALTI replied at 27-1-2016 09:11 AM
Pelajar menangis biasiswa JPA digantung sementara

http://www.malaysiakini.com/news/328328

bebudak A level taylor's college ka neh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2016 01:20 PM | Show all posts
JPA enggan ulas isu biasiswa, minta tunggu PM

http://www.malaysiakini.com/news/328403

Anne Muhammad     
Hari ini, 12:52 tengahari      Hari ini, 12:54 tengahari



Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal enggan mengulas desas-desus bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menghentikan tajaan biasiswa kepada mahasiswa yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Bagaimanapun katanya, perkara itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak esok dalam Majlis Perutusan Khas Pengubahsuaian Bajet 2016.

"Tak saya tak (mahu komen). Esok akan dibuat pengumuman. Sekali dengan pengumuman... kita dengar sekali daripada perdana menteri esok," katanya dalam sidang media di Majlis Perhimpunan Penguatkuasaan Sektor Awam di Pusat Konvensyen CIDB hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai status biasiswa yang sebelum ini terdapat desas-desus akan ditarik semula.

Semalam, sekumpulan pelajar mendakwa dalam perjumpaan bersama JPA minggu lalu, jabatan itu mengesahkan bahawa biasiswa tersebut telah digantung sementara waktu.

Terdahulu Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wee Ka Siong berkata, keputusan itu akan menjejaskan 700 pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara.

Bagaimanapun, Wee kemudian menafikan ada membuat pengumuman mengenai penggantungan biasiswa oleh JPA.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 01:24 PM | Show all posts
kipaslaju00 replied at 20-1-2016 01:58 PM
Mara pun sama. Parents tgh bising tu.

setahu kakak, MARA tak gantung pinjaman  tetapi bagi alternatif lain...contohnya kalau sepatutnya pelajar tu dapat belajar ke UK tetapi diberi alternatif untuk belajar  ke Australia.....jadi pelajar  tak lah terkilan sgt khennnn

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 01:38 PM | Show all posts
EJALTI replied at 27-1-2016 09:11 AM
Pelajar menangis biasiswa JPA digantung sementara

http://www.malaysiakini.com/news/328328

cash ler ko...undi lagi DAP...time biAsiswa merengek menangis cam ba** kelaparan ..tau plak merayu kat BN...bodoh budak2 ni..cash dan padan muka...baik terjun bangunan sekor2...

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 01:41 PM | Show all posts
harimau76 replied at 26-1-2016 09:47 AM
menda ni bukan pertama kali JPA buat.. sebelum ni pernah ja JPA halt scholar masa zaman gawat dolu ...

nyah....bebudak yg amik A-level dan IB tu boleh ke apply  IPTA? setahu saya IPTA cuma amik lepasan STPM, Matrikulasi dan Asasi UM dan UITM saja  kan....
Tak kan lah bebudak cemerlang nak masuk IPTS yg sendu sesendu air longkang iteww?


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.115250 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list