CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3106|Reply: 2

Virus Zika Penyerang Janin, Ibu Hamil Perlu Waspada

[Copy link]
Post time 26-1-2016 12:28 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ


Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa sejenis kecacatan otak yang menyerang bayi dalam kandungan adalah disebabkan oleh virus bawaan nyamuk Aedes, Zika, ejen yang sama untuk penyakit demam denggi.


Virus Zika dikenal pasti sebagai penyakit baharu yang sebenarnya telah wujud kira-kira 50 tahun dahulu. Virus Zika didakwa pernah merebak dan menyerang beberapa kawasan di Afrika, Amerika Selatan, Asia Tenggara dan sebilangan pulau di Kepulauan Pasifik sebelum ini namun ketika itu ia tidak dikenali.



Virus ini tersebar ke Asia Tenggara selepas wabak melanda Kepulauan Mikronesia tahun 2007. Pada tahun 2009, dikatakan bahawa virus Zika mampu menular melalui hubungan intim.






Seluruh negara menerusi bahagian pengurusan kesihatan sedang "risau" akan kewujudan satu virus bawaan vektor nyamuk yang di namakan sebagai Virus Zika.



Kerajaan persekutuan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysian (KKM) memandang serius akan perkara ini dan sedang merangka plan untuk mencegah dan kawalan virus ini daripada menular kepada negara Malaysia.






Secara amnya, Virus Zika adalah satu virus bawaan vektor iaitu nyamuk daripada spesies "flaviviridae" dan di sebarkan oleh nyamuk aedes. Pada kebiasaanya, nyamuk ini akan aktif pada waktu pagi. Tambahan lagi, antara simptom yang akan terjadi jika terkena gigitan nyamuk ini ialah mirip akan jangkitan virus iaitu sakit kepala, "rashes" (kemerahan), demam, keletihan , mata kemerahan, kesakitan pada sendi. Namun demikian, apa yang paling di takuti adalah apabila para pengkaji sains telah menemui satu "link" antara kecacatan kongenital sewaktu lahir dan virus ini yang di namakan sebagai gejala "microcephaly" iaitu kekecilan kepala pada bayi yang baru di lahirkan.


Setakat hari ini, tiada ubatan mahupun vaksin yang berjaya bagi menangani perkara ini. Rawatan yang di berikan adalah rawatan simptomatik sahaja. Tambahan lagi, "ubatan" terbaik bagi mengelak terkena penyakit ini adalah dengan mencegah. Pencegahan adalah sama seperti pencegahan membasmi penyakit denggi di mana iaitu dengan memusnahkan tempat pembiakkan nyamuk. Tambahan pula, ibu yang mengandung di nasihati agar tidak melawat pada negara negara yang di warna di dalam gambar.







Sebagai petugas kesihatan termasuk Penolong Pegawai Perubatan, kepekaan terhadap penyakit ini adalah perlu dengan mengambil kira tempat yang pesakit lawati kerana simptom yang akan timbul mirip akan keadaan demam biasa agar rawatan awal dapat di berikan di samping memberi pendidikan kesihatan kepada masyarakat dalam pencegahan penularan virus ini.


Sumber : Penolong Pegawai Perubatan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2016 03:35 PM | Show all posts
alamak dahla wife kene denggi masa mengandung hari tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2016 10:09 PM | Show all posts
dah sampai malaysia?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.062124 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list