View: 6367|Reply: 82
|
[Tempatan]
Banyak Cuti Panjang 2016.Rancang Nak Ke Mana Tew Dek Nonnn
[Copy link]
|
|
Cuti panjang 2016, sudah siapkan perancangan percutian anda?
Kohilah Sekaran, Astro Awani | Diterbitkan pada Januari 30, 2016 08:04 MYT
KUALA LUMPUR: Tahun 2016 sudah pasti tahun yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan rakyat Malaysia kerana bilangan cuti panjang yang banyak.
Bukan sekali ataupun dua kali, tetapi tahun ini, kita dapat menikmati lapan kali cuti panjang yang berjumlah 30 hari.
Bagaimanapun, anda dapat menikmati tambahan seminggu lagi dengan hanya mengambil cuti sehari pada 8 Julai untuk melanjutkan cuti hujung minggu pada Hari Raya Aidilfitri.
Cuti hujung minggu bermula dari Tahun Baru Cina (6-9 Februari), Hari Pekerja (30 April-2 Mei), Hari Raya Haji (10-12 September), Hari Malaysia (16-18 September), Deepavali (29-31 Oktober) dan Krismas (24-26 Disember).
Rakyat Malaysia yang mengambil cuti pada 8 Julai akan mempunyai cuti lima hari sempena Hari Raya Aidilfitri, yang dijangka jatuh pada 6 dan 7 Julai.
Ini tidak termasuk bilangan cuti di peringkat negeri yang berbeza di setiap negeri.
Jadi, sudah pasti ini merupakan peluang yang baik untuk anda melakukan perancangan percutian bersama keluarga dan orang tercinta.
Infografik cuti panjang yang akan berlaku di Malaysia
Infografik cuti panjang yang akan berlaku di Malaysia
Segala persiapan dan perancangan yang baik, akan menghadiahkan anda dan keluarga pengalaman percutian yang tenang dan menyeronokkan, walau ke manapun destinasinya.
Banyak perkara yang anda boleh lakukan pada masa ini, antaranya melancong ke tempat-tempat bersejarah, bersantai di pulau peranginan, meneroka ke destinasi semula jadi ataupun sekadar berseronok bersama keluyarga di taman-taman tema.
Atau mungkin bagi mereka yang sekadar mahu menghabiskan waktu kualiti bersama keluarga di rumah, tanpa 'dicuri' urusan di tempat kerja, tahun ini sememangnya memberikan ruang dan peluang tersebut.
Syarikat penerbangan kos rendah, Air Asia juga menawarkan beberapa promosi bagi pelancongan dalam negara. Lihat juga pilihan pengangkutan umum yang lain, pasti ada juga promosi menarik sempena kekerapan hari cuti bersiri tahun ini.
Jadi, apakah rancangan anda? Kongsilah bersama kami. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by chazey at 31-1-2016 07:32 PM
Tahun ni ada pekeliling penyelarasan cuti seluruh negara di mana,
Sekolah boleh ambik cuti seminggu (cuti perayaan+cuti peristiwa) untuk tiga perayaan utama masyarakat majmuk Malaysia yakni;
Raya Idulfitri
CNY
Deepavali
Tanpa perlu mengganti (sebab cuti hujung tahun hujung November juga so bilangan hari persekolahan cukup).
So akak is hepi.
Yeayea
|
|
|
|
|
|
|
|
Perlu berjimat tahun ini. Teringin nak pegi oversea tapi fikir balik, next time la. |
|
|
|
|
|
|
|
Soklan tu dituju kepada ahkak rossy kaa?
Ko jangan... kang dia jet lag bangkok-dubai-milan-london-neuyok-calipornia-hawaii-jepang- bangkok kangggg baru korang taww. |
|
|
|
|
|
|
|
Hujung2 thn bru best cuti....awl2 ni kelip mata je lah keja separuh mati |
|
|
|
|
|
|
|
ni yg aku suka dok msia, cuti bnyk
tax n saman pun bnyk jgk |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pittjie at 1-2-2016 09:51 AM
antara cuti 1 may atau cuti Hari Malaysia/Raya Haji ... nak pegi lepak2 london kjp la sis. kalau pg may ... boleh lajak ke Amsterdam tgk tulip kat kuekenhof. lain2 cuti tu ... duduk rumah je la try tanam pokok bunga dan asah skill masak yg tak brapa sharp. |
|
|
|
|
|
|
|
..... pening la banyak banyak cuti ni ... cikgu cuti seminggu sempena raya cina .... laki ku dah sibuk bertanya ... kita nak bercuti ke mana yang??? .....dia sibuk ngajakbercuti atau balik kelantan ...saya pulak tengah banyak kerja ofis .... adoiiii .... ada orang yang kesentapan ni nanti ... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak tahu la sis...layan wechat gay jah...opzzz |
|
|
|
|
|
|
|
Klu KL mmg byk betul cuti. Nih pun berturut 3 minggu weekday pendek. Thaipusam, Hari Wilayah, Raya Cina.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bestnyer byk cuti... dah tukar portfolio nie senang ler i nak apply cuti |
|
|
|
|
|
|
|
Cuti-cuti Malaysia sajork. Nak kluar negara tak mampu. Bajet terhad. Gituh |
|
|
|
|
|
|
|
elok la tu..i nak layan wechat lesbo
|
|
|
|
|
|
|
|
tahun lepas aku dah tak balik raya puasa sebab kerja
tahun ni nak cuti sebulan yakni 30 hari, duduk kampung, puasa, bantu famili bisnes dan mlm pegi teraweh |
|
|
|
|
|
|
|
bajet terhad.. terpaksa la aku memerap kat umah je, kemas2 umah apa yg patut je la aktiviti cuti aku.. |
|
|
|
|
|
|
|
MeghanK posted on 31-1-2016 08:51 PM
elok la tu..i nak layan wechat lesbo
Saje je layan grup wechat tu...diorg suke menyanyi ...sedap jugak sore diorg..lepastu buat drama diwale pelbagai...iols x chat pon dlm tu...jadi cctv jah |
|
|
|
|
|
|
|
jangan terjebak sudah la sis ye
|
|
|
|
|
|
|
|
Duk diam2 ja lahh..duit yilekk |
|
|
|
|
|
|
| |
|