CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2975|Reply: 2

Leonardo DiCaprio akhirnya menang trofi SAG

[Copy link]
Post time 31-1-2016 11:41 PM | Show all posts |Read mode




Pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio akhirnya memenangi anugerah Screen Actors Guild yang berlangsung pada Sabtu (waktu Amerika Syarikat) bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik untuk lakonannya dalam filem The Revenant.

Ini merupakan kemenangan DiCaprio yang pertama setelah dicalonkan sebanyak lapan kali sebelum ini.


Pada musim anugerah Hollywood tahun ini, DiCaprio memenangi anugerah Golden Globes dan Critics Choice Award.

Menurut laporan Vanity Fair, ramai menjangkakan bahawa ini merupakan tahun DiCaprio dan menjadi pilihan untuk memenangi Oscar yang bakal berlangsung pada 28 Februari.

Ia merupakan pencalonan kelima DiCaprio untuk anugerah berprestij itu bagi kategori lakonan.

Beliau turut tercalon sebagai  penerbit untuk filem The Wolf of Wall Street.


Anugerah SAG  turut dimenangi Brie Larson bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik, Idris Elba (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik) dan Alicia Vikander (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik).

Bagi kategori televisyen, Kevin Spacey menang kategori Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) manakala  Viola Davis menang Pelakon Wanita Terbaik (Drama).

Idris Elba turut memenangi Pelakon Lelaki Terbaik (siri TV dan siri mini).

Kemenangan berganda Elba turut membuktikan bahawa Anugerah SAG meraikan kepelbagaian, susulan kontroversi Anugerah Akademi yang tidak iktiraf pelakon dan pengarah bukan berkulit putih.

Bintang-bintang Hollywood bakal ke England untuk Anugerah BAFTA 2016 pada 14 Februari sebelum berlangsungnya Anugerah Akademi pada 28 Februari.- astroawani







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2016 01:17 PM | Show all posts
The revenant mengantuk movie

tp not bad la
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye ke. Baru je nak donlot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.091647 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list