CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4736|Reply: 13

Ukur Coli Dibadan Sendiri : 2 Cara Betul Memilih Coli

[Copy link]
Post time 2-2-2016 06:03 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ








Ramai wanita menganggap memilih coli adalah perkara remeh namun adakah anda tidak pernah tersilap membeli coli?


Kadang-kadang beli coli mahal-mahal, balik rumah bila sudah pakai langsung tidak selesa kerana longgar atau terlalu ketat. Akibatnya, ada yang gatal-gatal di bahagian payudara, melecet sekitar bawah lingkaran payudara, sakit belakang atau sukar bernafas?

Memetik dari ninieshop2u.blogspot.my, Hanim Sahrom, Pakar AVON INTIMATES berkata ramai wanita menganggap bahawa 'cup D' lebih besar dari 'cup C atau B'. Tanggapan ini adalah tidak benar. Sebenarnya saiz 'cup' bergantung pada ukur lilit coli.


Contohnya, jika anda memakai saiz 36D dan ingin menggunakan coli dengan ukur lilit yang lebih kecil, anda memerlukan coli bersaiz 34E (Turun 2 inci saiz ukur lilit, naik satu saiz 'cup').


Begitu juga sekiranya anda ingin mengecilkan saiz 'cup', anda hanya perlu menambah 2 inci saiz ukur lilit dan mengurangkan satu saiz 'cup'.


Pastikan anda menukar ukur lilit atau saiz 'cup' anda hanya jika perlu kerana saiz coli yang salah akan menyebabkan anda berasa kurang selesa sepanjang hari.


Mengetahui saiz ukur lilit coli dan 'cup' yang sesuai cukup penting. Saiz coli yang sempurna akan membantu postur anda, membentuk kemas badan dan meningkatkan keyakinan diri anda!"







BAGAIMANA MENENTUKAN SAIZ BRA ANDA:-


Langkah 1
1) Pakai coli semasa mengukur
2) Ukur di sekeliling bawah payudara.Jika anda mendapat nombor genap, tambah 4 inci.Jka anda mendapat nombor ganjil, tambah 5 inci.Sebagai contoh:


Jika ukuran anda adalah = 31"
Tambah = 5"
Jadi saiz coli anda = 36"


Langkah 2
Ukur di sekeliling bahagian terpadat payudara.Bandingkan nombor ini dengan saiz coli anda.Jika nombornya sama, bermakna saiz cup anda adalah A. Jika perbezaannya 1" bermakna saiz cup anda adalah B dan seterusnya.


Bagaimana menentukan saiz cup anda:-


1. Saiz coli +0" = Cup A
2. Saiz coli +1" = Cup B
3. Saiz coli +2" = Cup C
4. Saiz coli +3" = Cup D
5. Saiz coli +4" = Cup E













Semoga bermanfaat dan sis tidak lagi mengalami masalah ketika memilih coli yang sesuai dengan saiz payudara sis. - CARI Infonet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2016 06:35 PM | Show all posts
akak size aiskrim cup
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 07:36 PM | Show all posts
berpinar mata dubb baca
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 08:55 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 2-2-2016 10:21 PM

well , i guess i rasa  kalau wanita yang sebenarnya nak keselesaan , kan? suruh je sales asisstant wacoal ke triumph ke what not ke... ukur kat dalam  fitting room.

it is okay.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 2-2-2016 08:55 PM
well , i guess i rasa  kalau wanita yang sebenarnya nak keselesaan , kan? suruh je sales asistant wa ...

betul2 . aku selalu pegi fitting je terus . konpius nk tgk n beli
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 02:50 AM | Show all posts
Bagus info ni. Kadang2 kite kena ambik tau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2016 02:51 AM | Show all posts
mbhcsf:    Edited by mbhcsf at 2-2-2016 10:21 PM  well , i guess i rasa  kalau wanita yang sebenarnya nak keselesaan , kan? suruh je sales asisstant wacoal ke  ...


But makesure bulu ketiak kena shave kan kan
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 03:28 AM | Show all posts
Iols dah besar panjang pun kdg2 masih mak yg beli kan kehkehkeh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2016 07:30 AM | Show all posts
wah..bagusnya info ni. Beng kalau pi belikan bra untuk wife...cuma tunjukkan aja kedua2 tapak tangan bentukkan seperti mangkuk dan bitau kepada amoi seller "saya nak bra yang cupnya saiz begini".
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 08:46 AM | Show all posts
taste i cup B je. sekian
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 04:39 PM | Show all posts
owhhh begitu ceritanya...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 04:44 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 2-2-2016 08:55 PM
well , i guess i rasa  kalau wanita yang sebenarnya nak keselesaan , kan? suruh je sales asisstant w ...

kadang kadang kalau dia tak tahu dia terus je ukur takpayah dalam fitting room pun dah 2 kali jadi

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Artikel mcm ni mmg bagus sbb sy sendiri tahu size btepatan dgn dada ms umur 21.itu pun kakak yg keje avon yg ajarkn.lg2 bila dah kawin n beranak,sedikit sbyk size akan berubah dan kena la tau mcmana nk ukur kan..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 12:45 AM | Show all posts
pening plak bce
mcm formula matematik da
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.106536 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list